Anda di halaman 1dari 15

Pendidikan Moral Dapat Meningkatkan Pemahaman Murid- Murid Tahun 4 Tentang

Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMANOUNIVERSITI
MATRIKNO TELEFONKAREN
PENDIDIKAN NANCY A/P
SULTAN IDRIS
ANTHONYSAMYM201220015270124708653
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

PENSYARAH: DR ABDUL TALIB HASHIM

KUMPULAN KULIAH:

SEMESTER 1 - SESI 2013/14

1
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN MORAL

Tajuk Kajian :

Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran &


Pembelajaran Pendidikan Moral Dapat Meningkatkan Pemahaman
Murid- Murid Tahun 4 Tentang Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

ABSTRAK
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang
bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama,
tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan
mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan
verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
intrapersonal, dan naturalis yang merupakan salah satu kemahiran bernilai tambah dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengembangkan
potensi kecerdasan murid dengan menyediakan pedagogi pembelajaran yang sesuai
dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan yang berbeza. Oleh sebab itu, penggabungjalinan unsur muzik, seni visual,
dan sivik dalam Pendidikan Moral boleh meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid
bagi isi pelajaran Pendidikan Moral pada hari berkenaan serta pemahaman tentang
kepelbagaian budaya di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang
kaum dan bangsa dan secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan
kepada budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri
kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan
sebagainya. Kajian ini dilakukan terhadap dua puluh satu orang pelajar dari tahun 4
Anggerik di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perak River Valley. Sebelum
kajian tindakan ini dilaksanakan tinjauan telah dibuat menggunakan pemerhatian dan soal
selidik kepada kumpulan sasaran. Sehubungan dengan itu, saya telah menyediakan empat
siri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan unsur muzik
dan seni visual yang bertujuan meningkatkan kemahiran bernilai tambah murid yang sesuai
dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid dan senario dunia yang global serta
meningkatkan pemahaman kepelbagaian budaya. Empat set rancangan pengajaran dan
pembelajaran telah disediakan untuk menjayakan kajian tindakan ini. Pemahaman pelajar
diuji melalui lembaran kerja yang disediakan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Hasil
pelaksanaan kemahiran kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan kefahaman pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan murid kumpulan sasaran kajian.

2
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat
sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan
dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan
negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Semasa
pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat murid- murid yang tidak dapat
menjelaskan tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Hampir keseluruhan pelajar dari
Tahun 4 Anggerik gagal menyatakan adat resam dan budaya kaum-kaum di Malaysia. Topik
Kepercayaan kepada Tuhan adalah topik yang penting untuk meningkatkan pengetahuan
murid- murid tentang kepelbagaian budaya Apabila dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, murid sering tidak dapat menyatakan kepentingan menganuti agama dan
kepentingan menghormati agama lain. Murid hanya meneka dan tidak dapat menyatakan
mengapa rakyat Malaysia perlu menghormati budaya kaum lain di negara kita. Murid
memberi ulasan, bahawa pemahaman budaya kaum lain amat sukar dilaksanakan. Guru-
guru lain juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati murid amat sukar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan berkaitan budaya di Malaysia. Murid sering
melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan berkaitan kepelbagaian
budaya di Malaysia. Murid juga memberikan alasan amat sukar untuk mengingati konsep
pendidikan kepelbagaian budaya di negara kita. Topik ini dirasakan penting kerana murid-
murid negara kita perlu menghormati adat dan budaya kaum lain kerana negara kita
merupakan negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Beberapa prinsip utama telah
dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani,
intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah: Bertanggungjawab pada diri,
keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam
sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang
terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu
membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat
bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap
toleransi. Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip –
prinsip tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral
disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan
kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan
kebudayaan. Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk
meningkatkan pemahaman tentang hubungan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid
telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

3
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh murid- murid tahun 4 Anggerik dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah murid-
murid yang tidak dapat memahami tentang kepelbagaian budaya di negara kita. Kesilapan
yang sering dilakukan oleh murid- murid adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan adat dan budaya kaum lain.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam menghuraikan perayaan, makanan,
pakaian dan topik –topik yang lain tentang pelbagai kaum di Malaysia.

Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami kepelbagaian budaya di
Malaysia. Namun bagi murid- murid ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesuatu
perkara yang berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka. Saya yakin
dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran iaitu dengan menggunakan
penggabungjalinan unsur muzik dan seni, murid akan lebih berminat untuk belajar. Dengan
menerapkan kaedah yang mudah untuk mereka ingati serta berkait rapat dengan kehidupan
seharian mereka, adalah lebih mudah untuk mereka belajar. Minat setiap kumpulan murid
adalah berbeza. Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan
pemahaman murid- murid tentang kepelbagaian budaya di Negara kita. Kajian ini juga
memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan
konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan
murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan
penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga
akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan
cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh
sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-
Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai
perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi.

4
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan murid -murid yang telibat dapat
mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan.
Pemahaman murid- murid terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia akan
dipertingkatkan. Keyakinan murid-murid juga akan bertambah apabila
menyelesaikan masalah melibatkan pemahaman kepelbagaian budaya.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;


3.2.2 Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
3.2.3 Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
3.2.4 Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 31 orang murid- murid yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar India. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang
yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 21 orang
pelajar sahaja yang terpilih.

Murid- murid 4 Anggerik


Lelaki : 10 orang
Perempuan : 11 orang
Jumlah : 21 orang

5
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenal pasti kelemahan mereka. Langkah


pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka.
Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara. Dalam pelaksanaan
kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos, soal
selidik dan buku latihan serta lembaran kerja.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons kepada soalan
yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar perempuan yang lebih
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang
dijalankan.

5.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan mereka mengenai sub topik Kepercayaan Kepada
Tuhan. Item Ujian Pra merupakan item Kertas 1 – Program Gerak Gempur
Pendidikan Moral Negeri Perak bagi tahun 2013. Selepas saya menyemak
jawapan murid- murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid- murid
dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah
memperkenalkan Rancangan Pengajaran Harian dengan penggabungjalinan
unsur muzik dan seni dan 24 hari selepas itu saya telah memberikan Ujian
Pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. Lebih kurang
empat minggu selepas Ujian Pos 1, pelajar saya telah menduduki
Peperiksaan Akhir Tahun Selaras bagi Negeri Perak dan saya telah
menggunakan item kertas 1 berkenaan topik Kepercayaan kepada Tuhan
sebagai Ujian Pos 2.

5.1.3 Soal selidik


Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid- murid
untuk mendapatkan maklum balas murid- murid berkenaan Topik
Kepercayaan kepada Tuhan, sebelum dan selepas memperkenalkan
Rancangan Pengajaran Harian dengan penggabungjalinan unsur muzik dan
seni diperkenalkan .

6
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan – rakan guru
yang ada dan tiada latar belakang pendidikan moral untuk mendapatkan
pandangan mereka mengenai Rancangan Pengajaran Harian dengan
penggabungjalinan unsur muzik dan seni.

5.1.4 Buku Latihan dan Lembaran Kerja


Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan murid-murid
terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral. Didapati murid-murid tidak
berminat untuk mempelajari Pendidikan Moral. Di sini guru memainkan
peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik. Lembaran Kerja dilihat untuk
mengetahui tentang kebolehan murid- murid dalam membuat aktiviti yang
diberikan oleh guru.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

5.2.1 Analisis pemerhatian


Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati :

- Murid- murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh
guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak
lagi menundukkan muka apabila guru menyoal.

-Murid- murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja


dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.

-Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

-Murid- murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan lebih aktif.

7
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos.


Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :

Gred Bilangan Pelajar

Pra Pos 1 Pos 2

A 0 5 8

B 1 2 5

C 7 8 5

D 7 3 3

E 1 1 0

G 3 2 0

TH 2 1 0

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang gagal tetapi tiada
seorang pun pelajar yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra
dimana 3 orang pelajar telah mendapat sifar.

5.2.3 Analisis Soal Selidik


Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah
memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang
telah dijawab oleh pelajar :-

Skala Likert : 1 - sangat tidak setuju

2 - tidak setuju

3 - kurang setuju

4 - setuju

5 - sangat setuju

Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah
seperti berikut:

8
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Guru Pendidikan Seni :-

Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan


pelajar kerana muzik dan seni adalah dua perkara yang ringkas dan padat
jika dibandingkan dengan nota.

Guru Bahasa Inggeris :

 Satu teknik yang menyamai ‘Peta Minda’. Unsur muzik dan seni
adalah seronok dan menarik minat.

 Penggunaan unsur muzik dan seni berkesan untuk menjelaskan


aliran proses dan meningkatkan pemahaman murid-murid.

 Proses lebih mudah dihafal dan difahami oleh pelajar.

Guru Sains

Teknik ini dapat menambah ingatan dan kefahaman pelajar di samping dapat
melihat secara menyeluruh dan mengetahui hubung kait antara sub-sub topik
dalam sesuatu tajuk besar.

9
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM ( BILANGAN MURID-MURID)

1. Pendidikan Moral merupakan subjek yang 1 3 10 4 3


mudah.
2. Kepelbagaian budaya merupakan satu cabang
Pendidikan Moral yang mudah dikuasai 2 3 13 0 3
walaupun tanpa unsur muzik dan seni.
3. Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri
daripada unsur muzik dan seni. 0 10 9 1 1
4. Saya mudah memahami tentang kepelbagaian
0 0 0 11 10
budaya selepas guru memperkenalkan unsur
muzik dan seni.
5. Saya mudah mengingati tentang kepelbagaian
0 0 4 15 2
budaya selepas guru memperkenalkan unsur
muzik dan seni.
6. Saya rasa lebih seronok belajar tajuk
0 0 0 10 11
kepelbagaian budaya menggunakan unsur muzik
dan seni.
7. Saya akan menggunakan unsur muzik dan seni
0 0 4 13 4
bagi tajuk lain dalam Pendidikan Moral.
8. Saya akan menggunakan unsur muzik dan seni 0 0 5 15 1
untuk mata pelajaran lain .
9. Unsur muzik dan seni membantu meningkatkan
daya kreativiti saya. 0 0 4 9 8

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

10
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

1.Selepas murid-murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta murid- murid tahun 4
Anggerik untuk bersedia untuk belajar topik Kepercayaan kepada Tuhan kerana saya
ingin memperkenalkan satu teknik P & P yang dapat membantu mereka memahami
dengan lebih mendalam.

2.Sebelum saya membimbing murid-murid saya telah menerangkan serba sedikit


tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

3.Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan mempelajari kepelbagaian budaya


dalam kehidupan sebagaimana yang dinyatakan oleh James A.Banks. Pendidikan
Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar
berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas
sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan
Cherry A. McGee Banks, 2003).

4.Seterusnya saya membimbing murid- murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
berasaskan unsur muzik dan seni. Sebelum itu saya telah mencungkil idea dan
pengetahuan sedia ada pelajar terlebih dahulu.

5.Murid- murid diingatkan untuk mempelajari tentang perayaan, adat resam, pantang
larang dengan menggunakan unsur muzik dan seni dan dapat membezakan antara
satu tindak balas dengan tindak balas yang lain.

6.Murid-murid membina kad perayaan di atas dengan menggunakan kertas warna


( rujuk lampiran ).

7.Murid-murid menjalani Ujian Pos 1 dan Pos 2. Selepas ujian Pos 1 dan 2, saya dan
murid-murid akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

8.Setiap kali kelas pendidikan Moral, saya mengingatkan murid-murid supaya


membaca atau memahami topik Kepercayaan kepada Tuhan untuk mengukuhkan
daya ingatan.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/


PENILAIAN.

11
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 6 minggu. Semasa saya
menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran Pendidikan
Moral. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing murid-murid
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan unsur muzik dan seni. Pelajar telah menjalani
ujian Pos1, 24 hari selepas menjalankan aktiviti tentang kepelbagaian budaya dan
Ujian Pos 2, sebulan selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta memenuhkan
borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang aktiviti berunsur
muzik dan seni. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas
dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya
juga telah menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti berunsur muzik dan seni
kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan
pemerhatian saya aktiviti ini berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di
dalam sub topik Kepercayaan kepada Tuhan. Pelajar berlumba – lumba hendak
menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa
menjawab koleksi soalan dari negeri – negeri lain. Saya berasa lebih seronok, tidak
lagi marah- marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 4 Anggerik. Rakan
– rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan
terhadap usaha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar
anak – anak mereka tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 menunjukkan peningkatan
yang agak ketara. Kebolehan mempelajari tentang kepelbagaian budaya merupakan
salah satu kemahiran yang penting dalam Pendidikan Moral dan secara kebetulan.
21 daripada 31 orang murid Tahun 4 Anggerik mempunyai kecerdasan dominan di
dalam Muzik dan Seni. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan unsur
muzik dan seni banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan
dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P
lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam Ujian Pos
1 dan 2 kerana pada hari saya memperkenalkan aktiviti berunsur muzik dan seni
ada seramai 2 orang pelajar tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain
daripada itu ada 4 orang murid Tahun 4 Anggerik yang kerap tidak hadir ke sekolah
dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam Ujian Pos. Saya sepatutnya
menerangkan dan memastikan bahawa mereka faham dan buat lembaran kerja
bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga
sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir pelajar lelaki yang agak malas
dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid
Tahun 4 Bakawali menghantar SMS meminta saya mengajar mereka aktiviti
berunsurkan muzik dan seni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan ada yang
menyalin dari murid Tahun 4 Anggerik sebelum disuruh. Saya yakin bahawa
Pendidikan Moral dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka
tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Analisis keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun 4 Anggerik menunjukkan peratus kelulusan Pendidikan Moral adalah di tangga
ke 5 selepas BM, BI, Matematik dan Bahasa Tamil.

12
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa
cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

 mengguna pakai aktiviti berunsurkan muzik dan seni sebaik sahaja guru mengajar
bab Kepercayaan Kepada Tuhan.
 memasukkan unsur warna dalam kaedah / teknik P&P yang lain seperti peta minda,
rajah pengurusan grafik dan carta berwarna
 guru boleh menyediakan satu modul Kepelbagaian Budaya dalam P&P secara lebih
terancang / teratur.
 selepas melibatkan diri dalam aktiviti unsur muzik dan seni, murid-murid dibekalkan
dengan soalan-soalan yang dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman dan
daya ingatan.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil kajian saya
ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan. Akhir kata :-

prasarana
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI
Kondusif

7.0 BIBLOGRAFI

13
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Berk, L.E. 1989. Child development. Boston : Allyn and Bacon.

Chan, K.Y. 2000. Need for quality teachers. Surat. Sunday Star, 23 Januari : 6.

Concerned Parent. 1999. No flexibility in marking for Moral Studies. Surat kepada editor.
Sunday Star, 8 Ogos: 6.

Gage, N.L. & Berliner, D.C. 1988. Educational psychology. Boston : Houghton Mifflin
Company.

Gibbs,J.C., Basinger, K.S. & Fuller, D. 1992. Moral maturity, measuring the development of
sociomoral reflection. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Hersh, R.H., Paolitto, D.P. & Reimer, J. 1979. Promoting moral growth, from Piaget to
Kohlberg. New York : Longman.

Jeevajothi, N. 1997. Keberkesanan perbincangan dilema moral dalam perubahan peringkat


penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan IV. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Kitwood, T. 1990. Concern for others, a new psychology of conscience and morality. London
: Routledge.

Kohlberg, L. 1975. The cognitive-developmental approach to Moral Education. Phi Delta


Kappan LVI (10) : 670 677.

Loganathan, R. 1995. Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah


menengah bandar dan luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

New Straits Times. 1999. Youth Quake : Down with Moral Studies. 9 Julai :1.

New Straits Times. 1999. Teachers and parents have their say. 9 Julai : 3.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Sukatan


pelajaran sekolah menengah : Pendidikan Moral. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rest, J.R. 1976. The research base of the cognitive developmental approach to Moral
Education. Dlm. Hennessy, T.C. (pnyt.). Values and moral development, hlm. 102
123. New York : Paulist Press.

Ruslin Amir. 1996. Kesan teknik perbincangan dilema moral ke atas tahap pertimbangan
moral pelajar-pelajar tingkatan 4 Sek. Men. Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wilson, J. 1973. The assessment of morality. Great Britain : NFER Publishing Company Ltd.

Zarin Ismail. 1990. Kajian tentang tanggapan mengenai masalah pengajaran Pendidikan

14
KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Moral KBSM. Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor


Darul Ehsan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai