Anda di halaman 1dari 20

OUMM3203

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPTEMBER 2017

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NAMA : NORMAFARAH NADIA BT MUHD NORILLAHI

NO. MATRIKULASI : 950621035580001

NO.KAD PENGENALAN : 950621-03-5580

NO. TELEFON : 0112-9414871

E-MEL : nornadia2015@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

1
OUMM3203

ISI KANDUNGAN

___________________________________________________________________________

PENGHARGAAN HALAMAN
PENGENALAN 3
Definisi Etika 3-5

LATAR BELAKANG MASALAH 6

ORGANISASI YANG TERLIBAT DENGAN MASALAH ETIKA


Latar belakang Perniagaan Peruncitan 6-9
Misi Kedai Runcit Ah Seng 9

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan 10-11


Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai 11-12
Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi 12-13

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Analisis Ekonomi 13-14


Analisis Undang-Undang 14-15
Analisis Etika 15

PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas 16-17


Mengenakan Denda Dan Membuat Aduan Atas Kesalahan Kenaikan Harga 17-18
Mengadakan Kempen Jimat Cermat 18

KESIMPULAN 19

RUJUKAN 20

2
OUMM3203

1.0 PENGENALAN

Dalam organisasi kerajaan atau swasta di Malaysia , peranan sumber tenaga manusia
sangat penting kerana suatu organisasi berkembang bergantung kepada sumber tenaga
manusia. Apabila sumber tenaga maksimum dan mencukupi , maka organisasi sesebuah
syarikat akan berkembang pesat tanpa sebarang masalah. Kemajuan ekonomi suatu Negara
kearah perkembangan mendorong munculnya pengusaha-pengusaha baru sehingga
menimbulkan persaingan yang cukup hebat. Usaha ini bertujuan untuk memperoleh
keuntungan yang besar. Namun untuk mencapai tujuan itu segala upaya dan tindakan dilakukan
oleh pengusaha haruslah mengikut etika-etika yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan Negara.

1.1 Definisi Etika

Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud
perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan
Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk
kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.

Menurut James J. Spillane SJ definisi etika ialah mempertimbangkan atau


memperhatikan tingkah laku manusia dalam mengambi suatu keputusan yang berkaitan dengan
moral. Etika lebih mengarah pada penggunaan akal budi manusia dengan objektif untuk
menentukan benar atau salahnya serta tingkah laku seseorang kepada orang lain. Kesimpulanya
etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan
memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan
tanggungjawab mereka

Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya seluruh organisasi
memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja,
rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan
itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang
tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi, dan
segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam organisasi berkenaan yang
menyumbang kepada peningkatan keuntungan organisasi.

3
OUMM3203

Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi keuntungan
tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan sahaja organisasi yang menikmati
kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan
diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap
disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu
menjadi seorang yang beretika tinggi.

1.2 Etika Perniagaan Menurut Pandangan Islam

Menurut pandangan Islam, etika di definisikan sebagai satu set moral atau prinsip moral
yang membantu melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (distinguish right from
wrong) yang juga disebut sebagai Akhlak (Azlan Khalili, 2006). Di dalam islam akhlak
merupakan sesuatu yang amat penting dan ditekankan dalam setiap amalan seharian individu,
akhlak merujuk kepada tetapan syarak.

Di dalam Al-Quran, istilah seperti khayr(kebaikan), birr(kebenaran), qist wal adl


(kesamarataan dan keadilan), haqq(kebenaran yang hakiki), maruf(perkara yang baik) dan
taqwa(takwa) adalah konsep yang merujuk kepada set moral atau etika. Etika atau akhlak di
dalam Islam ini memandu setiap Muslim di dalam setiap amalan mereka sama ada perniagaan
atau apa sahaja (Azlan Khalili, 2006).

Kefahaman seseorang usahawan kepada etika perniagaan menurut Islam berdasarkan


kefahaman mereka dalam konsep ibadah atau setiap perkara yang baik itu adalah ibadah dan
juga pengetahuan dan pemerhatian kepada perkara yang halal dan haram menurut pandangan
syariah.

4
OUMM3203

1.3 Amalan yang beretika dan tidak beretika dalam perniagaan

Amalan beretika membawa maksud suatu amalan yang mengikuti dengan kesesuaian
set moral yang diterima umum seperti norma budaya, ajaran agama dan sebagainya. Etika juga
memberi panduan kepada individu untuk mengetahui perbuatan yang betul dan salah. Di dalam
perniagaan, setiap tingkah laku organisasi dan individu didalam organisasi mencerminkan
sama ada perniagaan berkenaan beretika atau tidak. Etika perniagaan amat penting dan perlu
diamalkan kerana ianya memperlihatkan sejauh mana kualiti sesebuah perniagaan itu.

1.3.1 Amalan perniagaan yang beretika.

1- Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

2- Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

3- Menghormati budaya atau norma masyarakat di mana perniagaan beroperasi

4- Menjalankan perniagaan mengikut undang-undang negara seperti yang ditetapkan

5- Menjalankan perniagaan yang memberi kualiti terbaik kepada pelanggan.

1.3.2 Amalan perniagaan yang tidak beretika

1- Menjalankan perniagaan secara salah dari segi undang-undang negara

2- Memberi layanan yang buruk kepada pelanggan

3- Tidak menghormati sensitiviti masyarakat di mana perniagaan beroperasi.

4- Kurang mengambil berat mengenai kualiti perkhidmatan kepada pelanggan seperti

menipu pelanggan, tidak menjaga kebersihan perniagaan dan sebagainya.

5- Bersekongkol dalam menjalankan aktiviti yang salah di sisi undang-undang seperti

menyorok barang, menyeludup dan menggunakan barang tiruan.

5
OUMM3203

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Tugasan ini akan mengkaji tentang kesalahan etika yang dilakukan oleh Peniaga Kedai
Runcit Ah Seng yang mengenakan harga barang tidak mematuhi undang-undang . Perihal yang
hendak ditekankan dalam tugasan ini adalah kepentingan etika dalam sebuah organisasi. Selain
itu, tugasain ini akan dibahagikan kepada topik-topik yang akan menghuraikan latar belakang
organisasi tersebut. Serta penghuraian tentang klasifikasi masalah sebagai masalah etika dalam
pengurusan.

Topik-topik lain yang akan diperbincangkan berkaitan kaedah analisis masalah etika
yang telah dikenalpasti dalam pengurusan.Akhir sekali, tugasan ini membincangkan
pengesyoran yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah etika yang dikenal pasti
oleh organisasi yang terlibat dengan masalah ini.

3.0 ORGANISASI YANG TERLIBAT DENGAN MASALAH ETIKA

Isu barangan terkawal sering menjadi paparan dalam media massa terutamanya di
musim perayaan. Terdapat perbezaan antara barangan terkawal semasa musim perayaan dan
pada waktu-waktu biasa. Kebiasaannya, barang-barang yang dijadikan barang kawalan semasa
musim perayaan adalah melibatkan barang basah dan bahan masakan. Hal ini berlaku kerana
pada musim perayaan, permintaan terhadap barang-barang seperti ayam, tepung, telor dan
bawang adalah lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

Dengan kata lain barangan tertentu melebihi pengeluaran. Justeru, ini menyebabkan
terdapat segelintir peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi
dengan sewenang-wenangnya. Faktor inilah yang memaksa pihak kerajaan mengenakan
kawalan harga bagi sesetengah barangan bagi menjaga kebajikan pengguna. Namun begitu,
ada juga sesetengah peniaga yang tidak mengikut harga yang telah ditetapkan, malah berani
mengenakan harga melepasi harga siling. Harga siling ini adalah untuk memastikan pengguna
dapat menikmati harga barangan pada kadar yang munasabah.

6
OUMM3203

Definisi kawalan harga ialah kawalan bermaksud usaha atau tindakan mengenakan
(menjaga, mengawasi), manakala harga pula didefinisikan sebagai nilai sesuatu barang dengan
(kiraan) wang. Maka, dapat dirumuskan maksud kawalan harga adalah tindakan mengenakan
sekatan terhadap nilai barangan daripada dinaikkan sesuka hati yang biasa dilakukan oleh
peniaga dan juga peruncit. Menteri berkuasa menetapkan apa-apa barang yang hendak dikawal
harganya secara undang-undang.

Manakala definisi barangan kawalan Barangan terkawal pula boleh didefinisikan


sebagai benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan tetapi barangan tersebut dikawal daripada
segi harganya agar para peniaga tidak dapat menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.
Kebanyakan harga bagi barang terkawal adalah dijual di bawah atau mengikut paras harga
maksimum seperti yang telah ditetapkan diperingkat borong dan runcit. Penguatkuasaan yang
dilakukan ialah bermula dari pembekal barangan berkenaan sehinggalah kepada pemborong.
Pembekal dan pemborong perlulah mendaftarkan pergerakan mereka dan perlulah mendapat
lesen terlebih dahulu.

Selain itu, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 pula adalah akta terbaru yang
menggantikan Akta Kawalan Harga 1946. Ia digubal bagi mewujudkan sebuah mekanisme
menghalang dan melarang peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab dan peniaga tidak
boleh menaikkan harga barang serta mengaut untung berlebihan sesuka hati sehingga
menyusah dan menekan pengguna yang sedikit sebanyak sama-sama membantu memajukan
perniagaan mereka. Sekiranya melanggar peraturan tersebut, mereka akan berdepan
hukuman berat bagi menyekat sikap tamak dan tidak amanah berkenaan. Selaras dengan
kewujudan akta itu juga ditubuhkan Majlis Penasihat Harga Barang dianggotai golongan
peniaga, pengguna dan pegawai kementerian yang akan menjalankan pemantauan ke atas
semua peniaga. Jika didapati peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab, jawatankuasa
terbabit akan membuat laporan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.

7
OUMM3203

Hasil kajian ini mendapati sebuah Kedai Runcit di Berdekatan kawasan perumahan
Pangsapuri Sri Murni 2, Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru, Johor darul Ta’zim telah
melanggar etika dalam perniagaan. Kesalahan mereka apabila mengenakan harga yang tinggi
keatas barangan yang dijual. Pekerja di kedai ini telah sewenang-wenangnya menaikkan harga
barang keperluan asas seperti gula, minyak dan tepung. Disebabkan terdapat perbezaan harga
ketika musim perayaan memberi peluang mereka untuk mengambil kesempatan menaikan
harga barang. Tambahan pula, kedai runcit yang lain agak jauh dari kawasan perumahan itu,
pelanggan terpaksa membeli barang keperluan harian di kedai runcit.

3.1 Latar belakang Perniagaan Peruncitan

Alamat perniagaan : Kedai Runcit Ah Seng, Kawasan perumahan Pangsapuri Sri Murni,

Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru, Johor darul Ta’zim

Pengkhususan Perniagaan : Perniagaan menjual barang harian

Kedai Runcit Ah Seng merupakan sebuah perniagaan milikan tungggal. Operasi utama
perniagaan ini ialah membekal barangan makanan basah dan kering serta keperluan harian
secara runcit kepada penduduk-penduduk sekitar perumahan Pangsapuri Sri Murni di Johor
Bharu. Perniagaan ini telah beroperasi pada 1 Disember 2014. Faktor pemilihan perniagaan
runcit di kawasan ini adalah kerana adalah satu-satunya perniagaan kedai runcit di kawasan
yang terhampir dengan kawasan perumahan di sekitar ini kira- kita hanya 2 kilometer jauhnya.
Dengan populasi penduduk lebih daripada 1000 orang adalah satu faktor yang menyebabkan
pemiliknya mendapat keuntungan yang besar.

8
OUMM3203

a. Nama Perniagaan: KEDAI RUNCIT AH SENG


b. Alamat Perniagaan: Kawasan perumahan Pangsapuri Sri Murni, Jalan
Pengkalan Rinting, Johor Bahru, Johor darul Ta’zim
c. Nama Pemilik: Ah Seng Sdn Bhd
d. Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal

e. Aktiviti utama Membekalkan barangan makanan basah dan kering serta


perniagaan: barang-barang keperluan harian secara runcit kepada
seisi rumah.

f. Tarikh memulakan 1 Disember 2014


perniagaan:

g Modal perniagaan: RM133,000.00

3.2 Misi Kedai Runcit Ah Seng

i) Membekalkan keperluan harian kepada penduduk Kawasan perumahan Pangsapuri

Sri Murni, Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru

ii) Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pembeli

iii) Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan

iv) Menilai daya maju perniagaan .

9
OUMM3203

4.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menurut Hosmer ( 1991 ) terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan seperti rajah
dibawah :

Rajah 1 : Ciri-ciri Masalah Etika dalam pengurusan

Masalah etika adalah salah satu masalah pengurusan ianya merupakan kobflik antara
pretasi ekonomi dengan pretasi sosial dalam organisasi. Kebanyakan keputusan yang dibuat
selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada kepada pihak yang membuat keputusan
atau pihak yang menerima sesuatu keputusan tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang
diambil oleh pihak pengurusan ataupun individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada
satu pihak ataupun pada satu tahap sahaja. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas
sesebuah masyarakat setempat sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan
untuk masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh kenaikan harga barang yang kenakan oleh penjual kedai runcit yang
membebankan masyarakat yang membeli barang di kedai tersebut. Ini secara tidak lansung
memberi kesan kepada masyarakat yang berpendapatan rendah kerana terpaksa membeli
barangan keperluan dengan harga yang tinggi. Ini juga menyebabkan amalan tiada ketulusan
di dalam sesebuah organisasi.

10
OUMM3203

4.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan

Impak daripada keputusan sesebuah organisasi dan tindakan pengurus yang tidak
beretika akan berlarutan dan akan berpanjangan sehingga melibatkan lapisan masyarakat dan
Negara.Hal ini mengatakan bahawa keputusan pengurus memberi kesan keatas organisasi, oleh
sebab itu, pengurus haruslah mempertimbangkan setiap tindakan mereka denga teliti.

Seperti masalah yang di hadapi oleh masyarakat di kawasan perumahan Pangsapuri Sri
Murni kesan kenaikan harga barang runcit Ah Seng jelas memberi kesan kepada mereka.
Antaranya menyebabkan golongan berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini berlaku
demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurang dan pendapatan mereka semakin
berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur dijual semakin meningkat dan
dianggarkan meningkat dalam lingkungan 20 hingga 50 peratus daripada harga yang
sebelumnya.

Perkara ini sudah tentu kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya
cukup untuk makan. Sikap idak bertanggungjawab ini yang sewenag-wenangnya menaikkan
harga barang sesuka hati membawa kesan negatif yang berlarutan kepada sosioekonomi dan
menyekat kemajuan ekonomi Negara.

4.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai

Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada
masa hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang
diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang negatif
terhadap organisasi itu sendiri. Sebagai contoh Ah Seng iaitu pengurus sebuah kedai runcit
telah menaikan harga barangan jualanya dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sikap
tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menaikan harga barang-barang
jualan kepada masyarakat. Walaupun pada hakikatnya pada sebelumnya kedai tersebut telah
mendapat keuntungan yang tinggi kerana masyarakat di kawasan perumahan tersebut hanya
membeli barangan keperluan harian di kedainya.

11
OUMM3203

Selain itu, hasil yang sama berlaku apabila Ah Seng menaikkan harga barang di
kedainya secara tidak langsung dapat memperolehi keuntungan yang besar dan perniagaanya
akan semakin maju kerana mendapat modal dan untung yang mencukupi untuk memasarkan
barang di kedainya. Walaupun barang dijual dengan harga yang tinggi, masyarakat merasakan
tiada pilihan untuk mendapatkan barangan harian dari kedai yang berhampiran, hal ini kerana
mereka bekerja dan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan bekalan harian dari kedai yang
lain. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk peniaga mengenakan harga barangan
kepada mereka.

Namun tindakan yang dilakukan oleh peniaga menyalahi etika dan undang-undang
kerana tidak mematuhi harga yang sepatutnya. Sepeti rangka kerja dikotomi , model anititesis
yang menilai akibat isu-isu etika melalui focus yang jelas. Namun ia tidak mengambarkan
pengurusan yang tepat. Faedah-faedah sosial dan kos serta pendapatan dan perbelanjaan
kewangan juga harus diambil kira kerana ia berhubung kait dengan kesemua alternatif dalam
etika.

4.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Secara umumnya, Sebahagian besar isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat
bukan peribadi dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya para pengurus. Kebanyakan
masyarakat percaya bahawa keputusan yang dianggap beretika dalam sesuatu operasi boleh
meningkatkan keuntungan dan dapat mengaji pekerja-pekerja dengan lumayan.

Walau bagaimanapun, kawalan pengurus telah direka bentuk untuk mencatat pretasi
kewangan operasi dan bukannya kualiti etika terhadap keputusan-keputusan yang diambil kira
kearah pretasi kewangan tersebut. Sebagai contoh Ah Seng yang telah menaikan harga
barangan di kedainya kerana untuk mendapatkan keuntungan untuk memajukan perniagaanya,
hal ini dapat disimpulkan apabila keuntungan yang tinggi yang diperolehi olehnya dapat
membantunya menyediakan keperluan harian yang secukupnya untuk dijual supaya
masyarakat dapat membeli semua barang yang diperlukan.

Selain itu, keputusan yang dibuat oleh Ah Seng menaikkan harga barang kerana ingin
mengaji para pekerjanya dengan upah yang sepatutnya untuk mendapatkan khidmat pekerja .
yang mencukupi membantunya menguruskan kedai tersebut supaya barangan yang dijual
diuruskan dengan teliti.

12
OUMM3203

Suatu modal yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat
keputusan ke atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilemma pengurusan secara tepat.
Faedah dan kos kepada individu termasuk faedah dan kos kewangan dan sosial adalah berkait
dengan kebanyakan alternatif kaputusan etika.

5.0 Analisis Masalah Etika Dalam Pengurusan

Keputusan etika bukanlah pilihan antara “betul” dan “salah”. Keputusan yang dibuat
adalah rumit untuk mengimbangi di antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial di dalam
sesebuah organisasi.Keseimbangan ini dapat dicapai melalui tiga kaedah analisis yang releven
bagi menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan. Sebagai contoh rajah dibawah :

Rajah 2 : Tiga Kaedah Analisis Masalah Etika Dalam Pengurusan

Tiga kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan keseimbangan antara pretasi ekonomi
dan sosial dengan menggunakan contoh ketidakseimbangan harga barang. Tiga kaedah ini
digunakan untuk menyelesaikan masalah etika dalam pengurusan.

5.1 Analisis Ekonomi

Perlu diketahui juga bahawa semua barangan sama ada keperluan harian seperti makanan
dan minuman, pakaian, kenderaan, rumah kediaman, malah apa saja yang melibatkan
pengguna, termasuklah tambang pengangkutan awam turut sama dalam kategori perlu kepada
kawalan harga. Sebagai contoh, barang keperluan dapur seperti yang disenaraikan di atas tadi,
apakah kita hanya membeli satu atau dua jenis bahan sahaja untuk sehari. Tentulah tidak.

13
OUMM3203

Apatah lagi jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Pasti bahannya akan bertambah yang
akan membawa kepada bertambahnya wang yang digunakan untuk membayar keperluan
seharian. Semuanya itu melibatkan harga yang jika tidak dikawal akan mengakibatkan inflasi
yang lebih parah. Pengguna tidak lagi mampu untuk berbelanja dan akan timbul perasaan serba
salah, apakah yang perlu diutamakan sama ada membeli barangan dapur keperluan seharian
atau membayar dan menyara persekolahan anak yang tidak kurang juga pentingnya. Sedangkan
pendapatan mereka tidak selari dengan harga barang yang berada dipasaran dan lebih memberi
kesan lagi kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Selain dari itu, jika harga barangan tidak dikawal ia akan mengakibatkan kuasa pembeli
makin mengecil dan kurang berlaku proses jualbeli. Kesannya ialah ekonomi negara tidak
dapat berkembang kerana para pengguna tidak mahu berbelanja sebaliknya hanya memilih
barangan tertentu sahaja untuk dibeli seperti barang makanan harian. Selain itu keadaan ini
juga memberi kesan kepada kemajuan Negara akibat sikap perniaga yang pentingkan diri
sendiri sewenang-wenangnya meningkatkan harga barangan.

5.2 Analisis Undang-Undang

Melalui kerangka Teori sah (Legal Theory), bergantung pada kuasa sosial yang tidak
peribadi untuk membuat keputusan antara “betul” dan “salah”. Dalam masyarakat demokratik
di Malaysia, kita mempunyai undang-undang kita sendiri yang bertindak sebagai peraturan am
atau garis panduan untuk menguatkuasakan institusi sosial atau mentadbir tingkah laku
manusia. Apabila orang berhadapan dengan konflik antara pertubuhan dan pertunjukan sosial,
penghakiman kolektif yang dibuat oleh anggota masyarakat akan digunakan. Biasanya sistem
undang-undang dibuat oleh parlimen atau kerajaan untuk membentuk politik, ekonomi dan
masyarakat di Malaysia.

Kenaikan harga yang telah dilakukan oleh Ah Seng merupakan salah satu kesalahan
yang melanggar undang-undang Negara dan sudah pasti adalah tidak menyenangkan pengguna
dan seharusnya mereka mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya. Tetapi sekiranya
pengguna tidak merasa tindakan tersebut adalah tidak penting adalah satu kesilapan kerana
ianya memberi impak besar kepada pengguna yang mempunyai pendapat yang rendah untuk
membeli barangan harian. Kepercayaan bahawa masyarakat demokrasi dapat mengadakan
aturan menangani masalah ini supaya organisasi ini meletakkan harga yang sepatutnya keatas
barangan yang dijual. Tindakan ini juga dapat membantu peniaga mematuhi etika-etika dalam

14
OUMM3203

perniagaan. Selain itu, undang–undang ini adalah satu alternatif yang sangat penting untuk
melahirkan pengurus-pengurus yang bersikap jujur dan tidak mementingkan diri sendiri.

Melalui akta baru ini pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap peniaga yang
mengaut keuntungan secara berlebihan dan akan menjadi satu lagi platform penting yang
menjaga hak dan kepentingan pengguna. Dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan
dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab di negara
kita. Walaupun tidak dinafikan masih terdapat ramai peniaga yang jujur dan amanah, namun
segelintir peniaga yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengambil pendekatan
menjejaskan pengguna demi mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga sanggup
mengenepikan larangan agama dan undang-undang pengguna. Oleh itu, cara terbaik bagi
mengatasi sikap tamak ini ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang mantap dan
komprehensif.

5.3 Analisis Etika

Masalah etika mengunnakan stuktur falsafah normatif iaitu bergantung kepada prinsip-
prinsip asas untuk memutuskan “betul” dan “salah”. Keadaan ini dapat di gambarkan apabila
“kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak” dan menggunakanya sebagai dasar keputusan
apabila berlakunya kenaikan harga barangan keperluan. Sebagai contoh peniaga dalam kajian
ini telah melanggar etika dalam perniagaan. Seharusnya semua peniaga diwajibkan menjual
harga barang terkawal mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Etika dalam perniagaan adalah sangat penting untuk semua peniaga fahami kerana
ianya salah satu faktor sesebuah organisasi berkembang dan tidak menyalahi undang-undang
Negara. Tambahan pula sekiranya peniaga melangar peraturan tersebut, mereka akan berdepan
dengan hukuman berat bagi menyekat sikap tamak dan tidak amanah berkenaan.

Kepercayaan dasarnya adalah jika semua masyarakat yang rasional dan bertindak atas
prinsip kemurahan hati atau sifat kosisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan
akan mendapat seberapa adil yang mungkin.

15
OUMM3203

6.0 PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KENAIKAN HARGA

Terdapat pelbagai langkah yang boleh di ambil oleh pihak yang bertanggungjawab
dalam masalah ini seperti pihak kerajaan dan anggota masyarakat di Negara kita untuk
menangani masalah ini. Masalah ini haruslah ditangani dengan segera kerana ianya memberi
banyak kesan buruk kepada masyarakat dan Negara. Antara langkah-langkah yang dapat
diambil untuk menangani masalah ini seperti dibawah :

6.1 Membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas

Pada pendapat kajian ini , Pihak kerajaan hendaklah membuat pemantauan yang kerap
dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga
barangan dengan sesuka hati tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa
untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap
seperti lintah darat. Contohnya, mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan
sesuka hati atau cuba mengambil kesempatan hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini
akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara
menghadapi kenaikan harga barang.

Menurut dari sumber ilmiah yang diperolehi mengikut mengikut Undang-undang


Malaysia, Akta 723 iaitu mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-
apa barangan harga terkawal atau menyediakan atau menawarkan untuk menyediakan apa-apa
perkhidmatan caj terkawal atau yang mengutip deposit selain mengikut harga atau caj yang
ditentukan oleh Pengawal di bawah seksyen 4, 5 atau 7 dianggap sebagai melakukan suatu
kesalahan.

Tujuan utama akta ini ditubuhkan untuk menetapkan peraturan bagi memastikan
peniaga tidak menjual barang atau perkhidmatan dengan harga yang tidak mengikut undang-
undang yang telah ditetapkan. Akta ini juga memberi kuasa kepada Menteri KPDNKK untuk
menetapkan harga ang munasabah berdasarkan elemen-elemen dalam penetapan harga seperti
barangan keperluan harian manusia.

Tambahan lagi untuk membantu dalam pelaksanaan akta ini, sebuah Majlis Penasihat Harga
ditubuhkan, Majlis ini berperanan untuk menasihatkan Menteri PDNKK berkaitan dengan
perbuatan mengaut keuntungan yang berlebih-lebihan dan hal-hal lain yang berkenaan dengan

16
OUMM3203

harga serta caj barang dan perkhidmatan. Majlis Penasihat Harga ini dianggotai oleh Ketua
Setiausaha KPDNKK atau wakilnya dan 10 orang ahli lain, yang terdiri daripada empat orang
wakil daripada kerajaan dan enam orang daripada orang awam, industri dan pertubuhan bukan
kerajaan. Dengan adanya langkah seperti ini, saya percaya kegiatan ini dapat dibentung dengan
berhasil.

6.2 Mengenakan Denda Dan Membuat Aduan Atas Kesalahan Kenaikan Harga

Bagi membantu menangani masalah ini dari terus berleluasa, dengan mengenakan hukuman
atau denda juga adalah salah satu cara yang berkesan. Sebagai contoh Peniaga yang melakukan
kesalahan ini akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 10,000 dan penjara tiga tahun
atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama. Bagi kesalahan yang seterusnya, peniaga ini
boleh dikenakan denda sehingga RM 100,000 atau penjara melebihi 3 tahun atau keduanya
sekali.

Menurut sumber yang dikaji, bagi memastikan undang-undang atau akta ini dipatuhi,
pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
bersama pegawai pemantauan harga akan memantau penjualan barang terkawal tersebut.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah
menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna (SRP) di seluruh negara tahun ini bagi
memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika ini.

Selain dari itu kerjasama dari orang ramai juga diperlukan untuk melapurkan salahlaku
para peniaga dengan membuat aduan kepada KPDNKK. Aduan mengenai peniaga tidak
mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas
tol 1-800-886-800, SMS ke 15888dengan menaip “KPDNKK ADUAN” atau lapor terus di
pejabat KPDNKK di seluruh negara.

Daripada kajian yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini terdapat golongan
pengguna yang menggunakan laman web atau kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk
membuat sebarang aduan berkenaan dengan masalah kenaikan harga barang di kedai-kedai
runcit.

17
OUMM3203

6.3 Mengadakan Kempen Jimat Cermat

Berjimat cermat juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil bagi menangani
masalah ini. Oleh itu, kerajaan haruslah menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan
pengguna. Hal ini kerana melalui kempen ini ia boleh menggalakan masyarakat supaya
berjimat cermat bagi mendatangkan hasil. Antara cara yang boleh disampaikan oleh
masyarakat melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio dan juga media cetak.
Dengan cara ini , kesan kenaikan harga barang dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam
kalangan masyarakat.

Sekiranya masyarakat mempunyai kesedaran tentang masalah ini, mereka akan mengikut
amalan berjimat cermat. Sebagai contoh amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan
perbelanjaan seperti jikalau dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut
mestilah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang yang selebihnya hendaklah kita
simpan dan dengan cara ini dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran atau seterusnya
dapat mengurangkan permintaan terhadap barang sekali gus mengurangkan kenaikan harga
barang

18
OUMM3203

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, etika perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan


perniagaan yang diterima oleh komuniti dalam dunia perniagaan. Etika merupakan satu set
nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi
perniagaan. Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan
nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan
Undang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika
dapat menguatkan perhubungan dan kepercayaan daripada pengguna dalam dunia perniagaan.

Berdasarkan kajian yang dibuat dalam kertas kerja ini mengenai masalah etika
dilakukan oleh peniaga kedai runcit yang telah mengenakan harga barang keperluan harian
yang tidak munasabah dan menyalahi undang-undang kepada pengguna. Selain itu, turut
dibincangkan secara jelas tentang tiga ciri masalah etika pengurusan iaitu keputusan etika
mempunyai kesan yang berlarutan, keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai dan
keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Ciri-ciri masalah ini diberi penerangan untuk
mengenalpasti masalah etika yang dilakukan oleh peniaga runcit tersebut. Selain itu, untuk
mengukuhkan lagi perbincangan dalam kertas kerja ini analisis masalah etika dalam
pengurusan turut di bincangkan iaitu analisis ekonomi, analisis undang-undang dan analisis
etika. Setiap masalah yang berlaku sudah pasti ada jalan penyelesainya, oleh itu bagi
memastikan masalah etika ini tidak berlarutan beberapa langkah yang harus diambil oleh pihak
bertanggungjawab untuk menangani masalah ini.

Akhir sekali, semua masyarakat juga hendaklah bersepakat dan bersatu hati untuk
mengatasi masalah ini seperti dalam pepatah melayu selalu ada mengatakan bersatu teguh,
bercerai roboh supaya masyarakat tidak terkena kesan daripada kenaikan harga yang dilakukan
oleh perniaga-perniaga runcit. Oleh yang demikian, seorang peniaga hendaklah mengamalkan
etika yang betul supaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berurusan dengan perniagaan
tersebut.

19
OUMM3203

RUJUKAN

Abdul Rahman I. Doi (1995). Syariah: The Islamic Law. Terj. oleh Rohani

Abdul Rahim. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Azam Hamzah dan Md. Akhir Haji Yaacob (1986). Falsafah dan

Prinsip Perundangan Islam, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammed Embeay. Fight Against Corruption, Islamic Perspective.

http://www.guardiannewsngr.com/friday_worship/article01/100306

Munir Quddus, Henri Bailey and Larry White (2005). Business Ethics –

Perspectives from Judaism, Christianity and Islam. 2005 Proceedings of the Midwest

Economic Association. 152-162

Prof Bernad S. Black. (2001). The Principal Fiduciary Duties of Boards of Directors.

Presentation at Third Asian Roundtable on Corporate Governance. Singapore. 4 April

2001.

20

Anda mungkin juga menyukai