Anda di halaman 1dari 9

OUMH 1103

FAKULTI SAINS & TEKNOLGI

SEMESTER 1 / TAHUN 2016

OUMH 1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN & DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI : 920213035138001

NO. KAD PENGNEALAN : 920213035138

NO. TELEFON : 013928823

E-MEL : amalintasnim13@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN OUM

KELANTAN

1
OUMH 1103

Isi Kandungan

AKTIVITI 1 4
AKTIVITI 2 7
AKTIVITI 3 10

AKTIVITI 4

2
OUMH 1103

AKTIVITI 1 (30 %)

“Mengajar pelajar bagaimana untuk belajar adalah sama pentingnya dengan mengajar isi
kandungan sesebuah kursus. Kemahiran belajar dapat membantu pelajar memenuhi
matlamat sama ada ketika berada di sekolah/kolej/universiti, malah dalam pembelajaran”

Adakah anda bersetuju atau tidak dengan kenyataan tersebut?

Dalam 300-350 perkataan, bincangkan sebab-sebab yang berkaitan untuk menyokong


pendirian anda.

3
OUMH 1103

Penulis bersetuju bahawa kemahiran belajar membantu dalam pembelajaran. Mohd


Yunus(1990), mendefinisikan kemahiran belajar sebagai kebolehan menyiapkan aktiviti
pembelajaran dengan efektif. Antara contoh kemahiran belajar ialah kebolehan membaca,
kebolehan mencatat nota, kebolehan mendengar, kebolehan mengingat dan kebolehan
mendisiplinkan diri.

Kenyataan penulis ditunjang oleh pendapat - pendapat berdasarkan berikut:

1) Kemahiran belajar yang baik dapat membina motivasi dalam diri pelajar. Pengurusan
masa seperti membuat jadual waktu mengelakkan penulis daripada tertekan kerana
gagal membahagikan masa untuk belajar dan bersosial dengan seimbang. Keupayaan
mencatat nota dan menumpukan perhatian semasa kuliah menyumbang kepada
peningkatan pemahaman pelajar dalam subjek. Hasilnya, penulis lebih yakin semasa
menjawab peperiksaan dan memperoleh prestasi akademik yang cemerlang.
Keputusan yang cemerlang akan memotivasikan diri pelajar untuk mengekalkan
prestasi mereka.

2) Kemahiran belajar dapat meningkatkan semangat berdaya saing secara sihat. Penulis
akan berusaha mencari sumber rujukan dan berbincang bersama kawan atau
pensyarah untuk menghasilkan tugasan berdasarkan kriteria pemarkahan Penilaian

tugasan dinilai dengan gred seperti A atau cemerlang mendorong pelajar untuk

memberi tugasan yang berkualilti. Selain itu, penilaian gred ini menjadi penanda aras
bagi pelajar yang mendapat gred yang kurang memuaskan. Oleh itu, penulis akan
lebih berusaha untuk meningkatkan gred dengan menghasilkan tugasan yang lebih
berkualiti daripada sebelum ini.

3) Pelajar akan lebih bertanggungjawab untuk mematuhi masa seperti menghadiri kuliah
atau menghantar tugasan dalam tempoh ditetapkan dengan mendisiplinkan diri
mematuhi pelan perancangan yang dirancang. Secara tidak langsung, kemahiran ini
dapat disemai dalam keperibadian seorang pelajar untuk bertanggungjawab sekiranya
gagal menyiapkan tugasan atau amanah diberi. Tanggungjawab sebagai seorang
pelajar, penulis akan merancang tindakan dengan membuat persediaan awal sebelum
menghadiri kuliah dan mentelaah pelajaran untuk mendapat keputusan yang
cemerlang.

4
OUMH 1103

4) Kemahiran belajar seperti keupayaan menganalisis mendidik pelajar untuk


menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka,
kritis ialah menimbang membuat keputusan berdasarkan bukti dan pendapat yang
sahih, manakala, kreatif ditakrifkan sebagai mengngembangkan idea asal dengan
menghasilkan atau mencipta seseuatu yang baru. Oleh itu, penulis perlu mencari
penyelesaian dengan menghasilkan idea-idea baru disokong oleh bukti-bukti kajian
yang berkesan.

Konklusinya, berdasarkan hujah-hujah di atas, penulis bersetuju bahawa kemahiran


belajar yang baik membantu pelajar dalam proses pembelajaran.

(341 patah perkataan)

RUJUKAN

Dewan Bahasa & Pustaka. (n.d). Retrieved from

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kritis

Dewan Bhasa & Pustaka.(n.d). Retrieved from

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kreatif

Mohd Yunus N.(1990). Psikologi Belajar Dan Teknik Belajar yang Berkesan. Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5
OUMH 1103

AKTIVITI 2 (30%)

Tidak kira apa jua tujuan anda untuk melanjutkan pelajaran, sama ada untuk keseronokan,
kemajuan kerjaya, mendapatkan satu kelayakan atau memperoleh pengetahuan dan
kemahiran, kemahiran belajar yang anda pelajari menawarkan satu peluang yang baik dalam
kemajuan diri anda. Mengkaji dan membangunkan kemahiran belajar bukan sahaja akan
meningkatkan keyakinan anda dan membantu anda berjaya, tetapi juga akan membolehkan
anda belajar dengan lebih berkesan dalam tempoh masa yang anda ada.

Dalam bentuk esei 300-350 perkataan, huraikan secara terperinci bagaimana kemahiran
pengurusan masa yang anda pelajari dapat membantu perancangan anda dalam
pembelajaran. Sokong jawapan anda dengan contoh yang sesuai.

6
OUMH 1103

Pengurusan masa sangat penting bagi pelajar pengajian jarak jauh. 24 jam sehari perlu
diperuntukkan sebagai seorang pekerja, pelajar dan keluarga. Menurut al – Quran dalam
surah Al-ahsr, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang - orang
yang beriman dan berbuat kebajikan, dan saling menasihati untuk kebenaran, saling
menasihati untuk kesabaran.”

Proses pembelajaran lebih efektif apabila pengurusan masa seperti berkut diamalkan:

1) Perancangan awal untuk harian atau mingguan. Penulis merancang dengan


menetapkan masa dan aktiviti bersesuaian seperti membuat jadual waktu. Penggunaan
buku perancangan membantu penulis untuk menanda tarikh-tarikh penting seperti
tarikh menghadiri kelas dan peperiksaan. Hal ini membantu penulis membuat
persediaan awal dan mengelakkan tekanan disebabkan kurang persediaan.
2) Mengutamakan tugasan yang lebih penting. Belajar sambil bekerja menambahkan
tanggungjawab dan peranan. Oleh itu, penulis perlu mendahulukan tugasan yang
memerlukan perhatian atau tugasan yang perlu dilaksanakan dengan segera. Sebagai
contoh, membuat senarai semak dengan menyenaraikan tugasan dan menanda tugasan
yang telah selesai. Tugasan yang telah siap akan meningkatkan motivasi penulis untuk
lebih berusaha menyiapkan tugasan lain.
3) Pematuhan masa dengan mendisiplinkan diri melatih penulis menggunakan masa
dengan berkualiti. Penggunaan buku log masa dengan merekod masa bermula dan
masa tamat seperti kad pengetip masa membantu penulis untuk merancang masa yang
bersesuaian bagi tugasan seterusnya. Malahan, membantu penulis untuk
mengendalikan tugasan dengan terkawal. Contohnya, semasa menjawab peperiksaan.
4) Fokus pada matlamat. Penulis perlu menetapkan matlamat atau objektif tugasan
mengikut keupayaan berdasarkan konsep ‘SMART’ iaitu spesifik, boleh diukur, boleh
dicapai, logik dan tempoh yang sesuai. Hal ini membantu penulis untuk lebih fokus
dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Misalnya, membuat nota
dalam masa dua jam dan elakkan dari melakukan aktiviti lain seperti menonton
televisyen dalam tempoh tersebut.

7
OUMH 1103

5) Meningkatkan tahap pemahaman dan daya analisis penulis. Keberjayaan penulis


menyiapkan tugasan atau mentelaah dalam tempoh yang ditetapkan melatih
pemahaman dan tumpuan penulis untuk memahami tugasan dan nota dalam tempoh
yang singkat. Hal ini kerana latihan pengurusan masa yang berterusan dari awal sesi
pengajian menjadi rutin seterusnya membantu penulis dalam situasi penting .

Kesimpulannya, pengurusan masa amat membantu penulis menggalas tanggungjawab


sebagai pelajar dan pekerja. Penulis juga lebih bersedia menangani tekanan secara terkawal
dan menyumbang kepada prestasi akademik.

(350 patah perkataan)

8
OUMH 1103

AKTIVITI 3 (30 %)

Baca esei mengenai ‘Memorization' (Lampiran 1). Berdasarkan esei tersebut, anda
dikehendaki menyediakan:

(a) nota anotasi; dan


(b) peta minda (peta minda anda boleh dilakarkan melalui tulisan tangan atau menggunakan
komputer).

*Nota: Bagi aktiviti ini pelajar dikehendaki mengimbas (scan) nota anotasi dan peta minda.
(jika penyediaan menggunakan tulisan tangan) dan menghantar tugasan secara online.

Anda mungkin juga menyukai