Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti 4

My Virtual Learning Enviroment (myVLE) adalah satu platform e-pembelajaran yang


diintegrasikan secara dalam talian di OUM.

Pengalaman saya yang dapat dikongsi sebagai seorang pelajar OUM dan merupakan
pengguna myVLE secara langsung dalam pembelajaran yang ianya ternyata membantu
mempertingkatkan pembelajaran saya. Antaranya ialah sumber dapatkan segala informasi
tentang kursus, tutorial dan tugasan. Mengakses myVLE saya dapat info terkini tentang
kandungan kursus dan tugasan yang patut saya sempurnakan mengikut semester, memuat turun
rubrik pemarkahan bagi setiap soalan tugasan dan mengemukakan tugasan yang telah disiapkan
kepada tutor untuk dinilai sebelum dihantar secara formal.

MyVLE satu platform untuk saya berinteraksi dan berkomunikasi secara bebas bersama
tutor dan rakan-rakan tanpa sempadan masa dan tempat . Perananya lebih daripada bilik darjah
maya kerana saya bebas membincangkan isu-isu penting bersangkutan tugasan yang diberi dan
saling bekerjasama menyumbang idea dan pandangan terhadap sesuatu isu yang kurang jelas.

Saya dapat memperolehi maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah dan cepat
dengan penggunaan e-book dan perpustakaan digital yang dibekalkan. Maklumat tambahan
seperti dari buku,majalah, artikel dan sebagainya juga dapat diakses dengan hujung jari sahaja.

Kesimpulannya, kemudahan myVLE adalah sangat relevan kepada pembelajaran moden


terkini yang boleh diterima pakai lebih-lebih lagi bagi pembelajaran yang melibatkan pelajar
yang belajar sambil bekerja.

(200 Patah Perkataan )

Anda mungkin juga menyukai