Anda di halaman 1dari 4

5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr.

Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok

Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok


menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait
rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika
anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang
digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial
yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga
pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak

Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat
kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan
wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan
kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan
anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara
bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan
yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah
satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya
sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap
hari.

Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan
butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan
masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu
tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding
individu biasa).
“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama
rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik),
yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Gaya hidup sihat merupakan satu tuntutan kepada semua manusia. Gaya hidup manusia secara sihat
bukan sahaja memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri bahkan ianya memberikan kesan yang
besar kepada kecemerlangan tamadun itu sendiri. Menyedari hakikat ini, Islam amat menekankan
kepentingan gaya hidup secara sihat agar umatnya terhindar daripada penyakit bagi melestarikan
pembangunan tamadu

1.1 Pendahuluan Kesihatan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat
pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.
Justeru, kesihatan yang normal.haruslah dianggap sebagai satu aset yang paling berharga yang perlu
kita miliki dan seterusnya kita nikrnati. Untuk mengabaikan walau hanya sebahagian kecil daripada
aspek kesihatan kita yang normal, sarna ada dari sekecil-kecil satu sel, akan mengakibatkan segala
sistemnya terjejas bahkan mungkin tergendala. Ini kerana, semua organ-organ dalam badan kita
saling bergantung dan berfungsi secara kolektif. 1 Justeru, kita dikatakan sihat bila semua bahagian
badan kita ini berfungsi dengan baik. Terdapat banyak sekali tips, kajian, petua mahupun
perbahasan tentang soal gaya hidup sihat ini. Melihat kepada kepentingan dan signifikannya, ia telah
pun dibincangkan sejak dan dahulu lagi. Menyorot pula ke hari ini, ia semakin hangat dibincangkan.
Kajian-kajian barn ini malah turut dilengkapi dengan fakta kes, analisis, pembuktian, perkaitan dan
sebagainya. Malah, penemuan-penemuan barn berkaitan bidang ini juga masih banyak dilakukan.
Kesihatan merupakan satu daripada anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia.
Kesihatan yang baik adalah berpunca daripada pelbagai faktor dan salah satu faktor yang terpenting
ialah faktor pemakanan. Dalam Islam, aspek pemakanan amat dititikberatkan kerana daripadanya
tubuh badan manusia itu terbina. Islam mengarahkan umatnya agar makan makanan yang baik dan
halal sahaja dan mengharamkan beberapa jenis makanan tertentu seperti daging babi, arak, bangkai
dan sebagainya.
..Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

.Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang
dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan
segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak
ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini
boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing
manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi
amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah,
diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien
yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyaraka

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu
menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti
pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan
cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta
membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi
dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu
dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.
....

Anda mungkin juga menyukai