Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum WRB,

Ke hadapan syura-syura, orang tanggungjawab & rakan-rakan seusaha tempat-tempat shabguzari seluruh negara,
semoga kita sentiasa disibukkan dan diterima dalam usaha Rasullullah SAW.

Untuk melibatkan setiap lapisan ummat dalam usaha dakwah dan mewujudkan umumiyyat & ijtimaiyyat dalam
usaha, maka Markaz Nizamuddin menyarankan supaya jord pelajar-pelajar agama hendaklah diadakan. Berikut
adalah sedikit garispanduan berkaitan jord pelajar-pelajar agama yang telah diberikan oleh elders kita insyaAllah.

1) Jord pelajar-pelajar agama hendaklah dibuat 2 kali setahun insyaAllah. Kali pertama pada awal tahun pengajian
dan kali kedua pada akhir tahun pengajian. Maksud jord pertama adalah untuk melibatkan dan meningkatkan usaha
dikalangan pelajar-pelajar di madrasah dan pusat-pusat pengajian (termasuk pondok, sekolah dan kolej agama dll),
dan juga untuk mengambil azam-azam khuruj satu tahun bagi yg akan menamatkan pengajian dan 40 hari dll pada
cuti-cuti mereka terutamanya cuti panjang akhir tahun. Maksud jord kedua adalah untuk membuat tashkil baru dan
menguatkan azam-azam yg lepas.

2) Untuk tujuan jord ini, insyaAllah beberapa madrasah dan pusat pengajian boleh dihimpunkan samada mengikut
markaz, kelompok atau halkah. Perkara tersebut boleh dìmesyuaratkan dan diputus mengikut kesuaian tempat, jarak
dan masa. Waktu dan tempat jord hendaklah tidak menganggu waktu pengajian para pelajar.

3) Memandangkan kebanyakan madaris diniyyah di negara kita memulakan tahun pengajian pada bulan Syawal,
maka setiap tempat shabguzari diminta untuk megadakan jord-jord tersebut pada awal tahun penhajian iaitu bulan-
bulan Syawal, Zul-Qaedah atau Zul-Hijjah insyaAllah.

4) Jord-jord pelajar agama ini adalah untuk pelajar-pelajar yg pernah keluar di jalan Allah walaupun untuk satu hari,
ataupun paling kurang pernah melibatkan diri dalam amal-amal dan usaha tempatan. Bagi madrasah-madrasah yg
belum ada usaha, jemaah hendaklah segera dihantar ke sana terlebih dahulu untuk mewujudkan usaha insyaAllah.
Setelah usaha berjaya diwujudkan, maka bolehlah jord diadakan untuk madrasah tersebut.

5) Jord ini hanyalah untuk pelajar-pelajar yg berumur 15 tahun ke atas.

6) Majlis pertama adalah untuk targhib pembukaan dan karguzari. Sebelum karguzari dimulakan, sedikit targhib
hendaklah diberi tentang kepentingan dan maksud usaha dakwah, serta kepentingan usaha di kalangan pelajar
semasa mereka belajar. Setelah itu karguzari usaha dari setiap madrasah diambil disamping nasihat dan targhib
tentang amal-amal usaha tempatan dikalangan pelajar. Amal usaha tempatan yg disyorkan untuk pelajar adalah
seperti berikut:

a) Mesyuarat harian selama 10-15 minit setiap hari.


b) Taalim selama 15-20 minit setiap hari.
c) Usaha mulaqaat (dakwah harian) dikalangan pelajar selam 20-30 minit setiap hari.
d) gasht pertama dan kedua.
e) Keluar satu hari, paling kurang sekali sebulan dan digalakkan 2 atau 3 kali sebulan.

PERINGATAN: semua amal-amal usaha tempatan ini hendaklah dijalankan dengan kebenaran pihak madrasah dan
pusat pengajian tanpa sekali-kali melanggar undang-undang madrasah.

7) Majlis kedua adalah targhib dan muzakarah berkaitan usaha tempatan berdasarkan karguzari yg diberi. Selepas
targhib, majma atau peserta jord dipecahkan mengikut madrasah masing-masing untuk membuat azam atas usaha-
usaha yg akan mereka mulakan. Madrasah-madrasah kecil dan kurang pelajar boleh disertakan bersama madrasah-
madrasah yang besar. Orang-orang tanggungjawab tempatan dari mohalla-mohalla yg bertanggungjawab perlu
duduk bersama-sama dgn madrasah-madrasah tersebut.

8) Majlis yg ketiga adalah untuk bayan tasykil. Pada hujung majlis, tasykil untuk khuruj satu tahun, 40 hari dll dibuat
dan nama-nama dicatit dan dihimpunkan mengikut madrasah untuk usaha susulan.
9) Majlis keempat adalah untuk nasihat tentang sifat-sifat seorang dai dalam menjalankan usaha dakwah,
terutamanya untuk menjaga pelajaran, menjaga undang-undang serta tertib madrasah dan pusat pengajian,
memelihara adab-adab dgn guru serta akhlak sesama pelajar dll. Jord diakhiri dgn doa insyaAllah.

10) Sangat penting untuk orang-orang tanggungjawab tempat shabguzari dan halkah, terutamanya rakan-rakan
seusaha dari mohalla-mohalla yg bertanggungjawab ke atas madrasah-madrasah dan pusat pengajian agama yg
berkaitan untuk hadir sama di dalam jord dan mengambil bahagian dalam majlis-majlis di atas. Mohalla
bertanggungjawab sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menguruskan keperluan jord seperti logistic
(kenderaan) dan khidmat makan minum para pelajar supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada
amal-amal ijtimai insyaAllah.

Jazakumullah khair atas kerjasama tuan-tuan, semoga Allah SWT terima kita semua utk usaha suci murni Rasulullah
SAW ini insyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai