Anda di halaman 1dari 21

LANGKAH – LANGKAH STRATEGIK BAGI MENCAPAI GPS SASARAN UPSR 2018

SK.ST.PAUL,ROBAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

1. Mengadakan kelas bimbingan mengikut aras murid Februari hingga September.


2. Mengadakan aktiviti pengayaan untuk kumpulan cemerlang dan pemulihan
untuk kumpulan lemah.
3. Amalan 1 kosa kata 1 ayat sehari.
4. Mengadakan kem motivasi dan klinik UPSR.
5. Mendedahkan maklumat terkini mengenai Bahasa Melayu dari semasa ke
semasa kepada murid.
6. Menekankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
7. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah ke arah kemahiran Abad
ke-21.

Kekuatan Pelajar

1. Kebanyakan murid dapat membaca dengan lancar dan mempunyai intonasi yang
betul.
2. Semua murid bersetuju menghadirkan diri ke kelas bimbingan yang diadakan.
3. Terdapat juga sebilangan murid yang akan berjumpa dengan guru apabila
mengadapi masalah pembelajaran.
4. Golongan kumpulan cemerlang memberi kerjasama sepenuhnya semasa
menjalankan aktiviti dan kerja rumah.
5. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid menunjukkan respon yang
baik terhadap pengajaran guru.
6. Kumpulan cemerlang sering membantu rakan-rakan mereka yang lemah
terutamanya dalam membuat latihan.

Kelemahan Pelajar

1. Murid kurang berkeyakinan terhadap kebolehan sendiri.


2. Murid lemah dalam menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
3. Jarang bertutur dalam Bahasa Melayu di sekolah dan rumah kerana majoriti
murid berbangsa Iban.
4. Penguasaan kosa kata yang terhad.
5. Murid tidak menunjukkan sikap yang positif untuk memajukan diri.
6. Murid malu untuk bertanya dengan guru.

RANCANGAN DAN TINDAKAN PANITIA BAHASA MELAYU

SK.ST.PAUL,ROBAN

2018

1. Pendahuluan
Di sekolah ini pelbagai tindakan dan rancangan telah dirancang dengan
teliti untuk meningkatkan prestasi murid – murid dalam kedua – dua kertas
Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Penulisan dan Bahasa Melayu
Pemahaman. Lebih-lebih lagi terdapat perubahan format, khususnya dalam
UPSR.

2. Mesyuarat Panitia
Pada tahun ini mesyuarat Panitia Bahasa Melayu akan diadakan 4 kali
setahun. Perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat adalah meliputi rancangan
tahunan pelajaran Bahasa Melayu, kelemahan murid – murid menguasai
kemahiran membaca, mendengar dan menulis, kaedah – kaedah dan bahan –
bahan pembelajaran dan lain – lain lagi perkara yang berkaitan dengan mata
pelajaran Bahasa Melayu.

3. Kursus Dalaman
Kursus dalam akan dikendalikan oleh guru – guru yang telah mengikuti
kursus dan dihadiri oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
meningkatkan ilmu profesionalisme Bahasa Melayu.

4. Pertandingan
Pelbagai pertandingan ( rujuk Lampiran ) telah dirancang dan akan
dilaksanakan untuk mencungkil bakat, meningkatkan prestasi dan menanam
minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

5. Program Membaca Buku Cerita


Murid – murid dari Tahun 1 hingga 6 digalakkan membaca sekurang –
kurangnya sebuah buku seminggu. Mereka juga digalakkan mencatat jumlah
buku yang dibaca dalam buku NILAM yang disediakan di dalam bilik darjah
masing – masing. Setiap kelas juga diberi peluang untuk membaca buku di
Pusat Sumber Sekolah mengikut jadual yang disediakan.

6. Kelas Bimbingan dan Pemulihan


Kelas tambahan dan pemulihan untuk murid tahun 6 akan diadakan pada
petang hari Isnin hingga Khamis. Murid – murid akan diberikan latihan dan
aktiviti – aktiviti yang lebih mencabar berbanding kelas biasa untuk
meningkatkan prestasi murid – murid.

7. Sudut Bacaan Bahasa Melayu


Sudut bacaan Bahasa Melayu akan diadakan untuk mempamerkan
bahan-bahan bacaan serta mempamerkan karya – karya murid supaya dapat
mencungkil minat murid dalam Bahasa Melayu dan menanam sikap suka
membaca dalam diri murid.
8. Ujian Bulanan
Ujian bulanan akan diadakan mengikut keperluan setiap guru dengan
tujuan untuk menguji sama ada murid menguasai kemahiran dan pengetahuan
yang guru sampaikan. Keputusan ujian akan dianalisis dan strategi mengatasi
akan dirancang untuk mengenalpasti masalah penyelesaian. Keputusan ujian
juga perlu diserahkan kepada ketua panitia untuk dibuat analisis.
RANCANGAN DAN TINDAKAN PANITIA BAHASA MELAYU
SK.ST.PAUL,ROBAN
2018

Bil Perkara/ Aktiviti Tarikh Sasaran Catatan

1. Mesyuarat Panitia ( 4 Kali ) 08 Januari 2018 Guru BM


23 April 2018 Guru BM
16 Ogos 2018 Guru BM
12 November 2018 Guru BM

Tarikh yang
2. Ujian Bulanan 26 Februari 2018 Murid tahun 1- 6 ditetapkan
23 April 2018 Murid tahun 1 - 6 merupakan
24 Julai 2018 Murid tahun 1 - 6 cadangan sahaja
24 September 2018 Murid tahun 1 - 6 dan bergantung
kepada keperluan
guru masing-
masing.

3. Kelas Bimbingan 4 kali Sebulan Murid Tahun 6


(Februari hingga September)
4. Kursus Dalaman 12 Februari 2018 Semua Guru BM

5. Pertandingan Bercerita Tahap 1 14 Mac 2018 Murid Tahun 1 - 3

6. Pertandingan Bercerita Tahap 2 14 Mac 2018 Murid Tahun 4 - 6

7. Pertandingan Ujian Bertulis 10 Mei 2018 Murid Tahun 5 - 6

8. Minggu Bahasa Melayu 16 – 20 Julai 2018 Murid Tahun 1- 6

9. Aktiviti Bulan Kemerdekaan 28 Ogos 2018 Murid Tahun 1- 6

10. Program Membaca Buku Cerita 25 Oktober 2018 Murid Tahun 1- 6


TAKWIM TAHUNAN PANITIA BAHASA MELAYU
SK.ST PAUL, ROBAN
2018

TARIKH PERKARA TINDAKAN

Januari 1. Proses peminjaman buku teks rujukan guru, Semua guru BM


Ketua Panitia/ Guru
RPT,HSP.
2. Penyelarasan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Matapelajaran
Guru Pemulihan
Rancangan Pelajaran Harian yang mengikut
Guru Kelas
kemahiran abad ke-21.
3. Mewujudkan dan mengemaskini sudut Bahasa
Melayu dalam kelas.
4. Melaksanakan aktiviti menceriakan kelas.
5. Menjalankan Program NILAM dalam kelas
6. Menganalisis UPSR 2016.
7. Ujian Diagnostik untuk murid Pemulihan Khas.
8. Mesyuarat Panitia Bil.1
9. Melatih murid-murid untuk Pertandingan Bercerita
Tahap 1 dan Tahap 2.

Februari 1. Membaikpulih dan mengemaskini BBB dan buku Ketua panitia/ guru
rujukan Bahasa Melayu. mata palajaran
2. Menyediakan soalan untuk Ujian Bulanan 1 Guru BM
3. Ujian Bulanan 1
4. Mengadakan Kursus Dalaman Bahasa Melayu.

Mac 1. Ujian Saringan Linus 1 Guru BM Tahap


2. Menyediakan Soalan untuk Ujian Bulanan 2
I/Guru Pemulihan
3. Menganalisis keputusan Ujian Bulanan 1 Tahap I
Linus
dan Tahap II.
Guru BM
4. Pertandingan Bercerita BM Peringkat Sekolah.
Ketua Panitia/PK 1

April 1. Mesyuarat Panitia Bil.2 Ketua Panitia/Guru


2. Menyediakan soalan Ujian Bulanan 2 Matapelajaran
3. Menganalisis Keputusan Ujian Saringan Linus 1 Guru Pemulihan
4. Menganalisis Keputusan Ujian Bulanan 2
Linus
5. Pemantauan P& P Bahasa Melayu dalam bilik
PK 1/Guru Besar
darjah.
6. Ujian Bulanan 2
7. Menyediakan soalan untuk Ujian Penggal 1

Mei 1. Ujian Penggal 1 Ketua panitia/Guru


2. Menganalisis keputusan Ujian Penggal 1
matapelajaran
3. Pertandingan Ujian Bertulis
PK1/Guru Besar

Jun 1. Menyediakan soalan Ujian Bulanan 3 Ketua Panitia/Guru


matapelajaran

Julai 1. Ujian Bulanan 3 Ketua Panitia/Guru


2. Minggu Bahasa Melayu matapelajaran

Ogos 1. Mesyuarat Panitia Bil.3 Ketua Panitia


2. Menyediakan soalan Ujian Bulanan 3 Guru Bm
3. Aktiviti Program Kemerdekaan ( Mendeklamasi Guru Kelas
Guru NILAM
sajak, puisi dan pantun)
4. Menyediakan soalan Ujian Bulanan 4

September 1. Ujian Bulanan 4 Ketua Panitia


2. Menyediakan soalan Ujian Penggal 2 Guru BM

Oktober 1. Ujian Penggal 2 Ketua panitia


2. Menanalisis Keputusan Ujian Bulanan 4 Guru Bm
3. Program Membaca Buku Cerita PK 1/Guru Besar

November 1. Mesyuarat Panitia Bil.4 Ketua Panitia


2. Menanalisis Keputusan Ujian Penggal 2 Guru BM
3. Mengumpul semula Buku- buku teks, buku PK 1/Guru Besar
rujukan, HSP dan RPT.
4. Merancangan Takwin 2019

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu


Bil.1 /2017

Tarikh : 17 Januari 2017


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk. Saint Paul, Roban

Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan


1. En. Genal @ Nikel Ak.Rijan Guru Besar
2. En. Mohd. Zelmi bin Sammy PK Kurikulum
3. En. Materang bin Abas PK HEM
4. Pn. Nanti ak. Empeni PK KK
5. Pn. Yenny binti Semawi Guru BM Tahun 4
6. Pn. Haiyati binti Hussein Guru BM Tahun 6 (Ketua Panitia)
7. Pn. Suraya binti Hj. Rahmad Guru BM Tahun 3
8. Pn Junainah binti Nani Guru Bm Tahun 1 & 2
9. Pn Tracy ak. Peter Alex Guru Pemulihan Linus
10. Cik Serimah binti Drawi Guru Pra sekolah
11. Pn. Faridah binti Ismail Guru Pemulihan Khas (Pencatat)
12. Pn. Nur Effariza binti Taib Guru BM Tahun 5

Agenda

1) Perutusan Guru Besar


2) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3) Perkara- perkara berbangkit
4) Penubuhan AJK Panitia Bahasa Melayu 2017
5) Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian Bahasa Melayu
6) Makluman Tentang UPSR 2016
7) Perancangan Aktiviti 2017
8) Pelan Strategik Mencapai GPS UPSR 2017 dan Takwin 2017
9) Peruntukan Kewangan Panitia 2017
10)Hal-hal lain
11) Penutup

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn. Haiyati binti Hussein Ketua Panitia BM

Agenda 1 : Perutusan Guru Besar

1.1 Guru Besar selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama menghadirkan diri ke mesyuarat
kali ini.
1.2 Guru Besar juga turut mengucapkan “Selamat Datang”kepada seorang guru
baharu iaitu Pn. Nur Effariza binti Taib bagi mengganti En. Sait yang telah
berpindah ke sekolah di Kapit.
1.3 Beliau berharap supaya semua aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat
dijalankan dengan lancar dan sekaligus dapat memantapkan pengajaran dan
pembelajaran para guru.

Agenda 2 : Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima minit mesyuarat Bil. 3/ 2016
tanpa pindaan.
Cadangan : Pn. Junainah binti Nani
Sokongan : Pn. Suraya binti Hj. Rahmad

Agenda 3 : Perkara-perkara berbangkit

3.1 Keputusan ujian perlu diberikan kepada Ketua Panitia dan Setiausaha Peperiksaan
sebagai rekod sekolah.
3.2 Modul Offline untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6 perlu
diisi dan disimpan dalam Fail KSSR dan Fail Panitia Bahasa Melayu.
3.3 Pentaksiran PBS Tahun 1 hingga Tahun 6 perlu dilakukan sebanyak tiga kali
setahun. Berikut merupakan tarikh pelaksanaan PBS Bahasa Melayu :

Pentaksiran Tarikh
Petaksiran 1 (Kelompok 1) Januari - Mac
Pentaksiran 2 (Kelompok 2) April - Jun
Pentaksiran 3 (Kelompok 3) Julai - September

Tindakan: Guru Kelas

Agenda 4 : Penubuhan AJK Panitia Bahasa Melayu 2017

4.1 Berikut merupakan carta organisasi penubuhan AJK Panitia Bahasa Melayu sesi
2017. (Rujuk Lampiran A)

Tindakan : Guru BM Tahun 1 – 6

Agenda 5 : Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian Bahasa Melayu

5.1 Guru Panitia Bahasa Melayu sebulat suara bersetuju untuk menyeragamkan
Persediaan Rancangan Tahunan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian.

5.2 Keseragaman turut dilakukan untuk Persediaan Rancangan Tahunan untuk KSSR
Tahun 1 (Semakan 2017).

Minggu/ Tema/ Standard Standard Standard Catatan


Tarikh Tajuk Kandungan Pembelajaran Prestasi/
Pengisian
Kurikulum

5.3 Berikut adalah persediaan Rancangan Pelajaran Harian untuk Tahun 1 (semakan
2017) hingga Tahun 6 (KSSR).
Mata pelajaran :
Tarikh :
Masa :
Kelas :
Aspek :
Tema :
Tajuk :
Standard kandungan :
Standard Pembelajaran :
Objektif Pengajaran :
Aktiviti :
Kemahiran Abad ke-21 :
Sistem bahasa :
Pengisian Kurikulum : - Ilmu
- Nilai
- EMK
- KBT
Bahan Bantu Belajar :
Penilaian PdP :
Refleksi : Selepas PdP

5.4 Ketua Panitia mengingatkan semula tentang satu contoh Rancangan Pelajaran
Harian Bahasa Melayu bagi Tahap 1 yang masih mempunyai murid Linus mengikut
Mesyuarat Panitia Bil 1 (2016):

Tema Tema 7 : Malaysia Tanah Airku

Tajuk Stadium Merdeka

Masa 0800 – 0900 pagi (60 minit)

Standard 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan


dan membuat carta alir secara berpandu daripada
Pembelajaran
pelbagai sumber.
Literasi : 4.5 Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi suku kata KVKKKV
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. mencatat maklumat yang betul mengikut susunan
Pembelajaran
2. membuat carta alir berdasarkan petikan.
Literasi : Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi suku kata KVKKKV.
Aktiviti 1. Guru menayangkan video pengisytiharan kemerdekaan.
2. Murid bersoal jawab tentang video yang ditayangkan.
3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.
4. Murid meneliti gambar Stadium Merdeka yang dipaparkan
oleh guru.
5.Murid menyatakan peristiwa yang berlaku berdasarkan
gambar yang ditunjukkan.
6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
7.Setiap kumpulan membaca maklumat di dalam Slaid
powerpoint.
8.Guru menayangkan contoh carta alir dan menerangkan
cara mencatat maklumat dalam carta alir mengikut urutan
masa.
9. Murid berbincang dan mencatat maklumat mengikut
susunan dan membuat carta alir dengan betul.
10. Setiap ahli kumpulan membuat pembentangan.
11. Murid membuat carta alir di dalam buku latihan.
Literasi : Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi suku kata KVKKKV.
Pemulihan : Murid membuat carta alir di dalam buku latihan
dengan bimbingan.
Pengayaan : Murid membuat carta alir dalam buku aktiviti.
Pengisian Ilmu : Sejarah
Nilai : Semangat patriotism
Kurikulum
EMK : TMK
KB : Menganologi
KP : Interpersonal
Bahan Bantu Tayangan video, gambar, kad manila
Belajar
Penilaian PdP Murid mencatat maklumat dalam bentuk carta alir
Refleksi Selepas PdP

Agenda 6 : Makluman Tentang UPSR 2016

6.1 Analisis Keputusan UPSR 2016


6.1.1 Calon UPSR Tahun 2016 adalah seramai 30 orang. Menurut Pn. Yenny,
Guru Bahasa Melayu Tahun 6 (2016), keputusan untuk pemahaman dan
penulisan menurun dengan mendadak daripada tahun-tahun sebelumnya.
6.1.2 Menurut beliau keputusan UPSR untuk kali ini berdasarkan GPMP Bahasa
Melayu Penulisan dan pemahaman, masing-masing 3.13.

Tindakan : Guru BM Tahun 6

6.2 Penetapan Sasaran UPSR 2016


6.2.1 Tahun ini, sasaran Guru BM Tahun 6 bersama-sama guru-guru lain untuk
penulisan BM sebanyak 3.04 (GPMP) dan pemahaman 2.96(GPMP). Ini
adalah bergantung kepada kemampuan murid yang dinilai berdasarkan
tahap penguasaan mereka.
6.2.2 Guru Besar berharap supaya para guru dapat memikirkan cara terbaik untuk
meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Melayu, khususnya murid-murid
Tahun 6.

Tindakan : Semua guru BM

Agenda 7 : Perancangan Aktiviti 2017

7.1 Perancangan Aktiviti untuk Tahun 2017 boleh dirujuk pada lampiran seterusnya.
(Rujuk Lampiran B).
7.2 Panitia Bahasa Melayu mencadangkan ujian bulanan diadakan empat kali setahun.
Ini bertujuan untuk menilai prestasi dan pencapaian semua murid. Jadual khusus
untuk ujian bulanan tidak perlu disediakan. Guru BM bertindak memberi ujian
mengikut masa jadual mengajar.
7.3 Ketua Panitia memohon supaya semua guru BM perlu membuat post mortem
Setiap kali selepas ujian, maklumat tersebut perlu disimpan dalam Fail Panitia.
7.4 Ketua Panitia mencadangkan supaya tahun ini diadakan Pertandingan
Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai persediaan untuk mencari bakat- bakat
baharu bagi mewakili sekolah ke Pertandingan Bercerita Peringkat Zon dan
seterusnya, pada tahun hadapan. Semua guru bersetuju untuk mengadakan
Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 pada 27 April 2016.

Tindakan : Guru BM Tahun 1 - 6

Agenda 8 : Pelan Strategik Mencapai GPS UPSR 2017 dan Takwin 2017

8.1 Pelan Strategik Mencapai GPS UPSR 2017 juga berjaya dibincangkan dalam
mesyuarat Panitia BM kali ini. (Rujuk Lampiran C)
8.2 Begitu juga dengan Takwin untuk tahun 2017. Ia telah dirancang dan dibuat
dengan terperinci. (Rujuk Lampiran D)

Tindakan : Guru BM Tahun 1 - 6

Agenda 9 : Peruntukan Kewangan Panitia 2017

9.1 Ketua Panitia BM mengingatkan semua guru BM untuk menyenaraikan peralatan


atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membantu pengajaran guru. Ini
memudahkan beliau membuat tempahan nanti.

Tindakan : Guru BM Tahun 1 - 6

Agenda 10 : Hal-hal Lain


10.1 Markah Peperiksaan
10.1.1 Markah peperiksaan murid perlu dihantar kepada Ketua Panitia BM untuk
dibuat analisis.
10.1.2 Gred pemarkahan mesti mengikut SAPS iaitu lulus apabila mencapai 40
peratus.
Tindakan : Guru BM Tahun 1 - 6

10.2 Kertas Soalan Ujian Bahasa Melayu


10.2.1 Kertas soalan Ujian BM perlu disemak oleh Ketua Panitia. Kemudian
disahkan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Besar supaya kertas
ujian tersebut lebih berkualiti. Salinan ujian perlu disimpan dalam Fail
Panitia.
10.2.2 Bagi memudahkan para guru, kertas ujian tersebut boleh difotostat tetapi
berasaskan JPU dan pastikan ujian yang diberi telah diajar.

Tindakan : Guru BM Tahun 1 – 6

10.3 Rancangan Mengajar Harian hasil daripada bengkel tahun lepas boleh
diubahsuai bergantung dengan tahap kemampuan murid-murid terutamanya murid
Tahun 1 (Semakan 2017).
10.4 Sebelum bermulanya Kelas Tambahan Tahun 6, mesyuarat kecil perlu diadakan
untuk penyeragaman bahan dan teknik penyampaian pengajaran.
10.5 Guru LINUS perlu melaksanakan LINUS mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan
semua rekod perlu diserahkan kepada ketua panitia untuk salinan fail panitia.
10.6 Ketua Panitia sekali lagi memperingatkan ahli dan meminta kerjasama daripada
semua guru untuk menyediakan Rekod Penyemakan Buku Latihan untuk
mengesan murid yang ada atau tidak ada menghantar buku latihan. Dengan ini, ia
dapat memudahkan PK dan Guru Besar mengambil tindakan.
10.7 Guru juga boleh menyediakan fail untuk menyimpan hasil kerja murid sebagai
bukti.
10.8 Ketua Panitia berharap supaya semua guru Bahasa Melayu mesti menggunakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai jenis peta , contohnya peta buih, peta aliran, peta pokok,
peta berganda dan sebagainya dalam pengajaran. Ini memandangkan
peperiksaan UPSR banyak memasukkan unsur KBAT dalam soalan yang
dikemukakan. Dengan cara ini, secara tidak langsung dapat memberi
pendedahan awal kepada murid dalam soalan berbentuk soalan KBAT.
10.9 Sekali lagi Ketua Panitia menaruh harapan supaya semua guru Bahasa Melayu
memasukkan aktiviti abad ke-21 dalam Rancangan Pelajaran Harian.

Tindakan : Guru BM Tahun 1 – 6

Agenda 11 : Penutup

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.1/2017 ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Dicadang oleh : Pn. Junainah binti Nani
Disokong oleh : Pn. Nur Effariza binti Taib

Disediakan oleh , Disemak oleh,

……………………………………. …………………………………..
( PN. FARIDAH BINTI ISMAIL) (PN. HAIYATI BINTI HUSSEIN)
Setiausaha, Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Melayu
SK.ST.Paul, Roban. SK.ST.Paul, Roban.

Disahkan oleh,

……………………………….

(GENAL@NIKEL AK. RIJAN)

Guru Besar

Sk St.Paul Roban
CARTA ORGANISASI
PANITIA BAHASA MALAYSIA
SK.ST.PAUL, ROBAN
2015

PENASIHAT
EN. GENAL @ NIKEL

PENOLONG PENASIHAT
EN. MOHAMAD KAMERI

KETUA PANITIA
PN. YENNY SEMAWI

SETIAUSAHA
PN. HAIYATI HUSSEIN

AJK BBM
PN. FARIDAH/PN.SURAYA

GURU PEMULIHAN KHAS/LINUS


PN. FARIDAH/PN.TRACY

GURU – GURU
BAHASA MALAYSIA
TAHUN 1 – 6

Pra-sekolah TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


TAHUN 1 TAHUN 2
PN. SERIMAH PN.SURAYA PN.HAIYATI PN. YENNY PN.YENNY
PN. JUNAINAH PN. JUNAINAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SK.ST.PAUL, ROBAN

Kepada :

................................................................

...............................................................

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 / 2018

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan. Sehubungan dengan itu,
tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut:

Tarikh : 08 Januari 2018

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sk.St.Paul, Roban.

3 Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

........................................................

( PN. HAIYATI BINTI HUSSEIN )

Ketua Panitia

Bahasa Melayu

Sk.St.Paul,Roban.

Anda mungkin juga menyukai