Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RPS TERISU

CAMERON HIGHLANDS

TAJUK :
PELANCARAN PROGRAM
SIFAR PONTENG
“JOM KE SEKOLAH”

TARIKH :
9 JULAI 2018
(ISNIN)

TEMPAT :
DATARAN PERHIMPUNAN SK RPS TERISU
1. TUJUAN

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran


murid ke sekolah selaras dengan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia yang
menyasarkan 95% kehadiran murid bagi setiap hari.

2. LATAR BELAKANG

Program ini merupakan satu program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling
bersama Unit Displin sekolah. Program ini melibatkan semua murid tahap 1,2
dan guru-guru. Program ini akan berjalan sehingga akhir tahun. Tujuan utama
program ini diadakan adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid.
Gejala ponteng dalam kalangan murid menyebabkan pencapaian akademik
merosot serta mereka terdedah dengan gejala yang kurang sihat. Oleh itu, bagi
meningkat prestasi akademik sekolah juga mengurangkan kadar kesalahan
disiplin murid, maka program ini diadakan. Semoga dengan pelancaran program
ini akan dapat melahirkan generasi SK RPS Terisu yang mempunyai sahsiah
cemerlang serta cemerlang dalam pelajaran selaras dengan anjakan PPPM
untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

3. OBJEKTIF

Objektif program adalah untuk :


1. Menyedarkan murid-murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada
dalam kelas dalam setiap masa pengajaran dan pembelajaran .
2. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
3. Mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng.

4. TARIKH / HARI / MASA PELANCARAN PROGRAM

Tarikh : 9 JULAI 2018


Hari : ISNIN
Masa : 8.00pagi
5. TEMPAT

Dataran Perhimpunan SK RPS Terisu

6. ANJURAN

Unit Bimbingan & Kaunseling / Unit Disiplin

7. SASARAN

Semua murid dan guru-guru

8. TENTATIF PELANCARAN PROGRAM

MASA AGENDA
7.45 Semua murid berkumpul di Dataran SK RPS Terisu
pagi
Bacaan Doa

Nyanyian Lagu

Sketsa dan Perasmian Program Sifar Ponteng

Ucapan PerasmianTuan Guru Besar

Cabutan Bertuah

Acara penyampaian hadiah

Bersurai
9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : EN. NOR FADHLI BIN MOHAMAD AROF

Tim. Pengerusi : EN. MOHD PAZLI BIN GHAZALI

Naib. Pengerusi 1 : EN. MOHAMAD SHAIFOLLAH BIN SOID

Naib. Pengerusi 2 : EN. MOHD FAIDZUL BIN DAUD

Penyelaras : EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR

Setiausaha : EN. KHAZWAN ARIFF BIN KHAZAN

Buku Aturcara : EN. AHMAD KAMIL MUSTAQIM BIN NOR ASLAN

Juruacara : EN. MOHD ASHRI BIN MOHD NASIR

Pengurusan Murid : EN. MOHD FAKHRUDIN BIN MOKHTAR


EN. ABU FARHAN BIN ZAKARIA
EN. AHMAD NAZA RUDY BIN AWANG
Susun Atur Dataran : EN. BAZRUL NAZRI BIN ZAINAL

Backdrop : PN. NUR SHAHIDAH BINTI MOHAMMAD

Doa : EN. AHMED HAFIZ BIN MOHAMED @ MAHMOOD

Jamuan : CIK RUSYDAH BINTI JAMALUDDIN


PN. RABAATUL ADAWIAH BINTI MOHD ARIFFIN
PN. SHANURLAILI BINTI ABD AJID

Jurufoto/Jururakam : EN. AHMAD KAMIL MUSTAQIM BIN NOR ASLAN

Siaraya : EN. AHMAD NAZA RUDY BIN AWANG

Persiapan Perasmian : EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR

Persembahan Murid : EN. BAZRUL NAZRI BIN ZAINAL

Dokumentasi : EN. KHAZWAN ARIFF BIN KHAZAN


9. PUNCA KEWANGAN

Peruntukan PCG : Bimbingan Dan Kaunseling

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


1
2
Banner Majlis Pelancaran RM 60.00

2 Hadiah Kehadiran Penuh Bulanan


(Murid Tahun 1-6)

Julai RM10 x 6 RM60.00


Ogos RM10 x 6 RM60.00
Sept. RM10 x 6 RM60.00
Okt. RM10 x 6 RM60.00
Nov RM10 x 6 RM60.00

3 JAMUAN RM140.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM 500.00

11. PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur agar Program Sifar Ponteng ini berjalan
dengan jayanya dan memberi impak positif seperti yang diharapkan. Semoga
dengan usaha ini akan menjadi titik permulaan kepada semua murid SK RPS
Terisu supaya menjadi contoh terbaik dari sudut sahsiah dan pencapaian
akademik serta dapat mengharumkan nama sekolah.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh;

(MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR) (NORFADHLI BIN MOHAMAD AROF)


Guru Bimbingan Guru Besar
SK RPS Terisu SK RPS Terisu

Anda mungkin juga menyukai