Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-58 IPG KAMPUS ILMU

KHAS

Hari Pertama, Kejohanan Olahraga Tahunan ke - 58 , 28 Februari 2018

1. Nama Acara  : Acara Padang – Acara Lempar Cakera

2. Maklumat Acara

Tarikh  : 28 Februari 2018

Tempat  : Padang IPG Kampus Ilmu Khas

Masa  : 8.00 a.m –11.00 a.m

3. Masalah/Halangan/Kekangan

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-58 IPG Kampus Ilmu Khas telah selesai
diadakan selama 2 hari mengikut masa yang telah dirancang. Pada masa yang
sama masih terdapat beberapa masalah kecil yang timbul seperti Pengurusan
Teknikal ketika Acara Padang iaitu bagi acara Lempar Cakera. Hal ini kerana
terdapat sedikit kelemahan dari segi membuat keputusan oleh Pensyarah. Hal ini
mungkin berlaku disebabkan oleh terdapat campur tangan dalam Jawatankuasa
Pengurusan Kejohanan yang telah mendatangkan pelbagai isu pada sebelum dan
semasa acara berlangsung. Ini menyebabkan kesukaran bagi pihak Hakim untuk
menjalankan tugas dengan sempurna.

Isu yang berlaku adalah tentang aspek keselamatan dan teknikal tempat
membuat aktiviti lempar cakera. Kurungan dalam kawasan lempar cakera biasanya
berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring.
Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan.
Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya
harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya. Namun akibat
kekangan alatan, beberapa ubahsuai terpaksa dilakukan terhadap kawasan
kurungan tersebut. Disebabkan tiada kata sepakat daripada para pensyarah yang
tidak terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Kejohanan, maka acara lempar
cakera mengalami kelewatan dalam memulakan pertandingan.
Diharapkan pada masa akan datang, setiap ahli jawatankuasa terutama teknikal
lebih peka dan lebih tegas dalam hal berkaitan.

4. Penutup 

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-58 IPG Kampus Ilmu Khas


berjalan lancar tanpa sebarang masalah serius. . Semoga segala kelemahan atau
kekurangan yang terdapat sepanjang kejohanan ini berlangsung akan menjadi
iktibar, pengajaran dan diambil kira sebagai usaha penambahbaikan pada
penganjuran akan datang.

Disediakan Oleh :

 __________________________

(MOHD FATMI BIN MOHD RAZIF)

Ketua Hakim Lempar Cakera,

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-58 IPG Kampus Ilmu Khas.

Anda mungkin juga menyukai