Pemikiran dan pembelajaran Trialogikal adalah pendekatan yang membawa
kesedaran tentang reka bentuk PdP yang melibatkan usaha mengorganisasi aktiviti pembelajaran kolaboratif yang berpusatkan objek yang ingin dikongsi itu mempunyai fungsi yang authentik dan boleh digunakan berulang kali. Pemikiran dan pembelajaran trialogikal akan berlaku apabila terdapat sekumpulan manusia berkongsi idea, pengetahuan dan amalan seterusnya mencipta artifak sama ada dalam bentuk amalan mahupun pengetahuan. Untuk menghasilkan pembelajaran dan pemikiran trialogikal ini terdapat beberapa ciri yang perlu ada antaranya adalah perkembangan melalui transformasi dan refleksi, usaha yang kekal untuk jangka masa panjang dan menjadikan teknologi sebagai pengantara.