Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN
“GAMING TOURNAMENT”

ANJURAN:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2017/2018
(BIRO KEUSAHAWANAN & BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN PENERBITAN)

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

TARIKH:
10-12 APRIL 2017

Telah dibentangkan dalam Mesyuarat M3P

Tarikh

Catatan:
1.0 PENGENALAN

Biro Keusahawanan bersama Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan ,


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
satu program berbentuk pertandingan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Program ini dianjurkan bagi menggalakkan para mahasiswa pendidik bersaing secara
sihat dalam ”Gaming Competition”. Selain itu, pertandingan permainan video yang diadakan
menguji tahap kepantasan dan kecekapan pemikiran siswa pendidik yang banyak digunakan
apabila berada di sekolah kelak. Sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, program pertandingan ini adalah bertujuan untuk melahirkan
seorang guru yang bersemangat dan berkualiti tinggi dalam mendidik anak bangsa.

2.0 OBJEKTIF

1. Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat antara warga IPGKSM.
2. Memberi ruang dan peluang kepada siswa pendidik untuk menonjolkan bakat yang
ada dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
3. Melahirkan Mahasiswa pendidik yang celik IT.
4. Memberi pendedahan kepada mahasiswa pendidik tentang teknologi maklumat pada
masa kini.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 10/4/2017-12/4/2017

Hari : Isnin-Rabu

Masa : 9.15 malam - 11.00 malam

Tempat : Makmal Komputer III dan Bilik Kuliah II ( BLOK JTP )

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan (PISMP semester 2, 4, 6 dan 7)

5.0 CADANGAN PERMAINAN VIDEO

 PRO EVOLUTION SOCCER 2017


 COUNTER STRIKE

6.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA PROGRAM


10/4/2017 9:15 malam Pendaftaran peserta Pertandingan PES
( ISNIN ) 2017 dan Counter Strike (Makmal
Komputer III)
9:30 malam - Pertandingan PES 2017
(Bilik Kuliah II)
- Pertandingan Counter Strike
(Makmal Komputer III)
11:00 malam Bersurai
11/4/2017 9:15 malam Pendaftaran peserta Pertandingan
( SELASA ) Separuh Akhir PES 2017 dan Separuh
Akhir Counter Strike
(Makmal Komputer III)
9:30 malam - Pertandingan Separuh Akhir Pes
2017 (Bilik Kuliah II)
- Pertandingan Separuh Akhir
Counter Strike
(Makmal Komputer III)
11:00 malam Bersurai
12/4/2017 9:15 malam Pendaftaran peserta Pertandingan
( RABU ) Akhir PES 2017 dan Akhir Counter
Strike (Makmal Komputer III)
9:30 malam - Pertandingan Akhir Pes 2017
(Bilik Kuliah II)
- Pertandingan Akhir Counter
Strike (Makmal Komputer III)
10.45 malam Penyampaian hadiah (Makmal
Komputer III)
11.00 malam Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Untuk kesemua permainan video


PERKARA UNIT HARGA JUMLAH
Makanan dan 8x5 RM 40 RM 40
Minuman
Hamper
Johan 1 RM 40 RM 40
Naib Johan 1 RM 30 RM 30
Ketiga 1 RM 20 RM 20
Saguhati 5 RM 20 RM 100
JUMLAH RM 230

8.0YURAN PENYERTAAN

Counter Strike :Rm 5 Setiap Kumpulan

Pro Evolution Soccer 2016 :Rm 3 Setiap Penyertaan

8.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada mahasiswa
pendidik dalam usaha untuk melahirkan guru pelatih yang mahir dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi. Di samping itu, program sebegini penting supaya dapat melahirkan
seorang pendidik yang sentiasa peka terhadap perubahan teknologi dari semasa ke semasa.

Melalui program ini juga, kebolehan dan keterampilan guru pelatih dapat diserlahkan
melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Diharapkan juga agar
program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan dalam kalangan
guru pelatih dengan pihak penganjur.

Semoga program ini menjadi salah satu medium untuk menanam sikap suka bersaing
secara sihat. Dengan kerjasama daripada semua pihak, diharapkan program ini dapat
dijalankan dengan berkesan dan lancar sepertimana yang dirancang dan ditetapkan.

Disediakan oleh:
(MUHAMMAD HAFIZI BIN AZIZAN)
Setiausaha,
Biro Keusahawanan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

Disemak oleh:

(Dr WAN AHMAD ABDUL HAKIM BIN WAN DAGANG)


Pensyarah Penasihat,
Biro Keusahawanan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

SOKONGAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)


Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penganjuran program “Gaming
Tournament”, IPG Kampus Sultan Mizan kerana
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Yang benar,

(NIK ABDULLAH BIN NIK COB)


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu.

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penganjuran program “Gaming
Tournament”, IPG Kampus Sultan Mizan kerana
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Yang benar,

..................................................

(Dr MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)

Pengarah
Institut Perguruan Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai