Anda di halaman 1dari 18

REFLEKSI

KEKUATAN

PdPC yang dirancang memberi peluang untuk murid mencipta pengalaman melalui aktiviti
amali, bukan hanya teori sahaja

KELEMAHAN

Peralatan kurang lengkap menyebabkan PdPC kurang lancar.

ANCAMAN

Murid-murid yang tidak mendapat peralatan akan bermain.

PELUANG

Guru menitikberatkan kelengkapan yang ada terlebih dahulu sebelum merancang PdPC.
REFLEKSI

KEKUATAN

PdPC yang dirancang menguji pengetahuan sedia ada murid dimana guru memulakan PdPC
dengan bertanya kepada murid-murid.

KELEMAHAN

Pengetahuan murid tidak menyeluruh mengenai topik pembelajaran yang hendak diajar.

ANCAMAN

Murid-murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan kepada mereka.

PELUANG

Murid memberikan tumpuan kerana mereka tidak mengetahui pembelajaran yang hendak
dipelajari.
REFLEKSI

KEKUATAN

PdPC yang dirancang menerapkan elemen pembelajaran abad ke-21.

KELEMAHAN

Murid yang berada di bahagian belakang kelas kurang jelas mengenai video pembelajaran
yang ditayangkan.

ANCAMAN

Murid yang tidak dapat melihat dengan jelas paparang yang ditayangkan ingin bergerak dari
tempat duduk mereka seterusnya menyebabkan sedikit kebisingan.

PELUANG

Srategi pembelajaran boleh diamalkan kerana murid-murid akan lebih berminat terhadap
proses pembelajaran.
REFLEKSI

KEKUATAN

PdPC yang dirancang merangkumi aktiviti dimana melibatkan semua murid.

KELEMAHAN

Kawalan kelas perlu diperbaiki.

ANCAMAN

Murid melakukan aktiviti dengan keadaan yang agak bising mencacatkan sedikit kelancaran
PdPC.

PELUANG

Objektif pembelajaran lebih mudah untuk dinilai kerana semua murid melibatkan diri.
REFLEKSI

KEKUATAN

PdPC yang dirancang menerapkan elemen merentas kurikulum (Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi) dimana guru menggunakan aplikasi plickers untuk menilai pencapaian murid.
Apliksi ini mudah untuk dikendalikan dan murid juga berminat untuk terlibat dengan aktiviti ini.
Tambahan, guru juga akan terus dapat mencatat pencapaian murid dengan menggunakan
aplikasi ini.

KELEMAHAN

Pada fasa perkembangan PdPC, aktiviti yang dirancang kurang bersesuaian. Hal ini kerana
aktiviti yang dirancang berunsurkan pertandingan. Pada fasa ini aktiviti yang sepatutnya
dilaksanakan adalah aktiviti yang berkonsepkan latih tubi. Ini adalah bertujuan untuk memberi
peluang kepada murid bagi menguasai kemahiran yang diajar.

ANCAMAN

Guru kurang memberi pendedahan terhadap kemahiran yang ingin diajar. Guru sepatutnya
menunjukkan demonstrasi perlakuan yang betul terlebih dahulu agar murid-murid dapat
mencontohinya. Hal ini mengakibatkan objektif pembelajaran yang ditetapkan sukar untuk
dicapai.

PELUANG

Murid-murid mengetahui cara bagaimana hendak melompat. Oleh hal yang demikian, murid
dapat melibatkan diri sepenuhnya terhadap aktiviti yang dirancang. Akan tetapi, guru perlu
mengambil inisiatif untuk memperbetulkan perlakuan murid agar murid dapat menguasai
kemahiran ini dengan perlakuan yang betul.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid mempunyai ruang dan peluang yang banyak untuk menguasai kemahiran. Hal ini kerana
aktiviti yang dirancang pada fasa perkembangan khususnya menghendaki murid untuk
melakukan latih tubi secara berpasangan. Secara tidak langsung, nilai hidup bermasyarakat
(kerjasama) dapat dibentuk semasa murid melakukan aktiviti ini.

KELEMAHAN

Murid kurang berminat terhadap aktiviti semasa fasa kemuncak iaitu permainan ”End Ball” .
Murid lebih berminat terhadap permainan yang dilakukan pada permulaan sesi PdPC dimana
aktiviti “Permainan Monyet” dilaksanakan. Lantaran itu, aktiviti ini terpaksa dipendekan dan
diteruskan dengan sesi penyejukkan badan dan pentaksiran murid.

ANCAMAN

Aktiviti PdPC yang kurang menarik merupakan satu ancaman yang besar. Hal ini akan
menyebabkan murid kurang berminat untuk melibatkan diri terhadap PdPC. Apabila murid
kurang berminat, mereka tidak akan melakukan aktiviti dengan sepenuh hati. Seterusnya,
mengakibatkan objektif pembelajaran yang ditetapkan sukar untuk dicapai.

PELUANG

Sebagai guru hendaklah kreatif dan fleksibel. Apabila murid kelihatan kurang berminat
terhadap PdPC, guru hendaklah menjadikan PdPC menarik. Guru boleh meneruskan dengan
langkah seterusnya ataupun mengubah sedikit aktiviti agar ianya menjadi menarik.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid mempunyai ruang dan peluang yang banyak untuk menguasai kemahiran. Hal ini kerana
aktiviti yang dirancang pada fasa perkembangan khususnya menghendaki murid untuk
melakukan latih tubi secara berpasangan. Secara tidak langsung, nilai hidup bermasyarakat
(kerjasama) dapat dibentuk semasa murid melakukan aktiviti ini.

KELEMAHAN

Memandangkan aktiviti PdPC yang dirancang kebanyakkannya menghendaki murid untuk

melakukan aktiviti secara berpasangan, kawalan kelas agak kurang memuaskan. Terdapat
segelintir murid yang melakukan perlakuan yang tidak diarahakan oleh guru. Sebagai contoh,
murid sengaja membaling bola kepada rakan yang lain.

ANCAMAN

Segelintir murid yang melanggar arahan guru dengan melakukan perkara yang tidak diarahkan
mencacatkan sesi PdPC. Guru terpaksa menumpukan perhatian yang lebih kepada murid
tersebut. Hal ini menyebabkan guru tidak dapat untuk memberi perhatian yang secukupnya
kepada semua murid.

PELUANG

Disebabakan terdapat ancaman dimana segelintir murid yang tidak dapat dikawal, guru
mengambil peluang untuk memberi pengajaran kepada mereka.Hal ini bagi memupuk nilai-
nilai murni dalam diri mereka. Secara tidakmlangsung juga murid lain turut terkesan dengan
tindakan tersebut.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid mempunyai ruang dan peluang yang banyak untuk menguasai kemahiran. Hal ini kerana
aktiviti yang dirancang pada fasa perkembangan khususnya menghendaki murid untuk
melakukan latih tubi secara berpasangan. Secara tidak langsung, nilai hidup bermasyarakat
(kerjasama) dapat dibentuk semasa murid melakukan aktiviti ini.

KELEMAHAN

Memandangkan bilangan murid tidak begitu ramai, aktiviti yang dirancang mengambil masa
yang singkat sahaja untuk diselesaikan. Lantaran itu, guru terpaksa menambah aktiviti lain
kerana terdapat lebihan masa lagi. Disini dapat dilihat guru menjadi kurang bersedia kerana
terpaksa melaksanakan aktiviti yang tiada dalam perancangan.

ANCAMAN

Murid-murid terbiar seketika kerana guru terpaksa merancang aktiviti yang tiada dalam
perancangan. Hal ini menyebabkan terdapat murid yang bermain-main tanpa kawalan guru
sepenuhnya. Perkara ini merupakan sesuatu yang berisiko dan perlu diperbaiki.

PELUANG

Jika terdapat lebihan masa, guru sepatutnya boleh menambahkan masa untuk latih tubi murid.
Hal ini bagi memastikan objektif pembelajaran yang ditetapkan akan lebih tercapai di samping
peluang murid untuk menguasai kemahiran yang diajar lebih besar.
REFLEKSI (PdPC TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN)

KEKUATAN

KELEMAHAN

ANCAMAN

PELUANG

-
REFLEKSI

KEKUATAN

Aktiviti dapat dijalankan dengan lancar memandangkan topik pembelajaran sebelum ini adalah
melakukan servis. Kebanyakkan murid dapat melakukan kemahiran menerima servis dengan
baik impak daripada pembelajaran sebelum ini.

KELEMAHAN

Kekurangan dapat dikenal pasti dari segi peralatan. Bola yang digunakan terdiri daripada
pelbagai jenis. Antara bola yang digunakan adalah seperti bola sepak, bola tampar, bola jarring
dan bola baling. Lantaran itu, murid terpaksa menyesuaiakan diri dengan bola untuk melakukan
aktiviti.

ANCAMAN

Impak daripada kelemahan peralatan, murid- murid kurang memberikan kerjasama kepada
guru untuk melakukan aktiviti PdPC. Hal ini mungkin disebabkan timbul perasaan
ketidakpuasan hati di dalam diri murid. Guru terpaksa bertindak professional dengan
menjadikan PdPC kembali kepada keadaan normal.

PELUANG

Memandangkan berlaku ketidakpuasan hati di dalam diri murid, guru mengambil peluang
tersebut dengan menunjukkan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid untuk
memperbaiki keadaan. Walaupun objektif pembelajaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai
sepenuhnya, akan tetapi nilai-nilai murni berjaya dibentuk dalam diri murid.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid-murid sangat tertarik pada aktiviti yang dijalankan khususnya pada fasa kemuncak
dimana murid-murid bermain bola tampar yang mana telah diubah sedikit cara permainannya.
Murid-murid menunjukkan perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi.

KELEMAHAN

Kekurangan dapat dikenal pasti dari segi peralatan. Bola yang digunakan terdiri daripada
pelbagai jenis. Antara bola yang digunakan adalah seperti bola sepak, bola tampar, bola jarring
dan bola baling. Lantaran itu, murid terpaksa menyesuaiakan diri dengan bola untuk melakukan
aktiviti.

ANCAMAN

Impak daripada kelemahan peralatan, PdPC sedikit terganggu dimana murid terpaksa
menunggu giliran untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Murid-murid yang menunggu
giliran membuat sedikit kebisingan. Untuk mengawal kelas, guru terpaksa bertindak
professional dengan menjadikan PdPC kembali kepada keadaan normal.

PELUANG

Melalui pembelajaran kali ini, murid bukan sahaja dapat membentuk kemahiran menerima
servis, bahkan dapat meningkatkan tahap koordinasi badan. Untuk menerima servis,
koordinasi badan seseorang itu perlulah baik.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid-murid menggemari aktiviti berbentuk pertandingan. Lantaran itu, PdPC yang dirancang
menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pertandingan. Murid bersemangat untuk
melakukan aktiviti kerana mereka mempunyai sifat persaingan yang tinggi.

KELEMAHAN

Murid melakukan aktiviti dengan keadaan yang bising impak daripada aktiviti PdPC yang
dirancang kebanyakannya berunsurkan pertandingan. Hal ini disebabkan daripada sifat murid
yang mempunyai sifat bersaing yang sangat tinggi.

ANCAMAN

Akibat daripada kelas yang bising, arahan yang diberikan oleh guru sukar untuk disampaikan.
Guru terpaksa menggunakan suara yang tinggi dan mengulang beberapa kali untuk memberi
arahan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang hendak dijalankan.

PELUANG

Guru sepatutnya mengambil peluang diatas kesilapan murid dengan menetapkan peraturan
agar kawalan kelass dapat ditingkatkan. Di samping itu, secara tidak langsung juga nilai
berdidiplin dapat dipupuk dalam diri murid.
REFLEKSI

KEKUATAN

Kemahiran yang ingin diajar adalah kemahiran mengadang. Murid-murid sangat teruja untuk
melakukan aktiviti khususnya pada fasa kemuncak dimana murid-murid perlu mengikat belon
di kaki mereka dan melindunginya daripada dipijak oleh rakan lain.

KELEMAHAN

Guru menggunakan BBM belon dan meminta murid untuk meniupnya sendiri. Di sini berlaku
permasalahan dimana murid-murid mengambil masa yang lama untuk meniup belon dan
mengikatnya di kaki. Guru terpaksa memendekkan masa bermain untuk memberi peluang
kepada murid untuk meniup belon.

ANCAMAN

Terdapat murid yang tidak berjaya untuk meniup belon kerana takut ianya meletup. Lantaran
itu guru terpaksa membantu meniupkannya. Guru hilang fokus terhadap murid kerana terpaksa
membantu untuk meniup belon.

PELUANG

Murid dapat dipupuk dengan banyak nilai melalui aktiviti PdPC yang dirancang secara tidak
langsung. Sebagai contoh, perasaan berani dapat dipupuk dalam diri murid khususnya kepada
mereka yang takut terhadap belon. Selain itu, niali menghargai sesuatu juga dapat dibentuk
dalam diri murid.
REFLEKSI

KEKUATAN

Kemahiran yang ingin diajar adalah kemahiran mengadang. Murid-murid sangat teruja untuk
melakukan aktiviti khususnya pada fasa kemuncak dimana murid-murid perlu mengikat belon
di kaki mereka dan melindunginya daripada dipijak oleh rakan lain.

KELEMAHAN

Guru menggunakan BBM belon dan meminta murid untuk meniupnya sendiri. Di sini berlaku
permasalahan dimana belon telah pecah terlebih dahulu akibat terkena rumput. Aktivti
sepatutnya ditukar kepada tempat yang lebih sesuai seperti dewan atau gelanggang.

ANCAMAN

Terdapat murid yang tidak berjaya untuk meniup belon kerana takut ianya meletup. Lantaran
itu guru terpaksa membantu meniupkannya. Guru hilang fokus terhadap murid kerana terpaksa
membantu untuk meniup belon.

PELUANG

Murid dapat dipupuk dengan banyak nilai melalui aktiviti PdPC yang dirancang secara tidak
langsung. Sebagai contoh, perasaan berani dapat dipupuk dalam diri murid khususnya kepada
mereka yang takut terhadap belon. Selain itu, niali menghargai sesuatu juga dapat dibentuk
dalam diri murid.
REFLEKSI

KEKUATAN

Murid dikehendaki untuk mengaplikasikan kemahiran kreatif dan kritis untuk melakukan aktiviti
PdPC. Ianya dapat dilihat pada fasa kemuncak dimana murid hendaklah bijak untuk
memikirkan gaya menghantar dan menerima bola sekiranya jarak ditambah.

KELEMAHAN

Kesilapan guru ketika melakukan perancangan dimana guru tidak menetapkan kawasan
permainan. Lantaran itu ianya menyebabkan murid melakukan aktiviti secara berterabur
seterusnya menyukarkan guru untuk mengawal pergerakan murid.

ANCAMAN

Murid melakukan aktiviti tanpa had kawasan menyebabkan guru tidak dapat melakukan
penilaian yang baik terhadap murid. Guru tidak dapat memperbetulkan kemahiran murid secara
menyeluruh kerana tidak dapat mengenal pasti murid yang mengalami masalah. Ini
menyebabkan objektif pembelajaran sukar untuk dicapai.

PELUANG

Berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti, guru mengambil iktibar dan memperbaiki PdPC
masa hadapan dengan menetapkan kawasan bermain. Hal ini bagi memudahkan guru untuk
mengawal murid dan juga memperbetulkan perlakuan murid sekiranya melakukan kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai