Anda di halaman 1dari 2

NAMA: MUHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN OPSYEN: 4PISMP RBT

Video menceritakan tentang suatu situasi di dalam kelas di mana menunjukan cara
pengajaran seorang guru dan cara penerimaan murid-muridnya terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang sedang dijalankan.

Guru di dalam video ini memulakan sesi pengajarannya dengan bertanyakan kepada
murid. Adakah murid mengenal huruf tersebut ataupun tidak. Di sini dapat dilihat guru ingin
mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Majoriti daripada murid mempunyai pengetahuan
sedia ada mengenai sesi pembelajaran yang sedang dijalankan.

Guru tersebut mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajarannya dengan


menggunakan chants yang menarik dan berirama. Dapat dilihat guru tersebut mengaitkan tajuk
pembelajaran dengan pelbagai situasi dengan nada yang menarik dan berirama. Hal ini
menyebabkan murid fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid bukan sahaj
meniru nada dan irama yang guru lakukan, malahan juga perlakuan guru tersebut turut ditiru.

Konklusinya, dapat disimpulkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran yang


digunakan adalah bersesuaian dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
NAMA: MUHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN OPSYEN: 4PISMP RBT

Artikel ini membincangkan tentang program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET) yang kini kian terancam apabila pelbagai masalah serius dihadapi ibarat kanser yang
sedang merebak. Situasi sebenar yang berlaku amat bercanggah dengan aspirasi serta
pengumuman kerajaan kononnya mahu menjadikan TVET sebagai inisiatif untuk melahirkan
masyarakat berkemahiran tinggi dan sekaligus berpendapatan tinggi.

Salah satu isu yang dihadapi adalah isu pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
berkaitan akreditasi Diploma Vokasional Malaysia, Kementerian Pendidikan. Sekiranya tidak
mendapat pengiktirafan daripada MQA, maka apalah gunanya program ini dilaksanakan?

Lantaran itu, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini kurang
mendapat minat kerana isu tersebut. Hal ini seterusnya menyebabkan kekurangan kuota
pinjaman pelatih menyebabkan pusat-pusat pentauliahan mengalami kerugian.

Selain itu, isu yang akan berlaku di mana-mana situasi iaitu rasuah. Program TVET juga
tidak terlepas daripada isu ini. Terdapat penahanan beberapa individu oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki menyalahgunakan dana Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bernilai RM40 juta.

Banyak lagi isu yang dihadapi program TVET ini. Oleh itu, mereka yang berkenaan
perlulah berganding bahu dalam menyelamatkan program ini kerana banyak kepentingannya
terhadap negara kita.

Anda mungkin juga menyukai