Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 5

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan

Ramadan.

______________________________

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya dituntut menunjukkan contoh yang baik

kepada orang ramai.

_____________________________

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang musim perayaan berpunca daripada sikap

peniaga yang menangguk di air keruh.

_____________________________

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan

tahunan dan acara merentas desa.

_____________________________

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan pendatang tanpa izin dapat dikurangkan

demi menjaga imej negara.

_____________________________

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan

antara kaum.

_____________________________

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit

hati itu.

____________________________

7
8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan itu amat mengkagumkan para panel juri yang

mengadili acara berkenaan.

_______________________________

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan barangan tempatan ialah menghadkan

pengimportan barangan berjenama dari luar negara.

_______________________________

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak urusan pentadbiran dan pengurusan.

_______________________________

LATIHAN 6

a) Bulatkan Subjek dan Gariskan Predikat

i) Angkasawan Negara telah selamat sampai ke bumi.

ii) Faktor ketiadaan pekerjaan menjadi punca warga muda terjurumus ke lembah jenayah.

iii) Bercahaya-cahaya dan memukau sungguh cincin bertahtakan permata yangdipakai oleh ibu apabila
disinarai cahaya lampu neon.

iv) Di hujung tanjung itu, mayat pemuda yang mati membunuh diri ditemui olehpihak penyelamat.

v) Keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 2007 ini dijangka dapat melahirkan pelajar yang pandai,
berwibawa dan berkarisma.

b) Nyatakan frasa bahagian predikat

i) Ali berjaya mengalahkan saingannya di saat-saat akhir. ____________

ii) Letupan yang mengorbankan 40 orang awam Iraq itu didalangi oleh tentera Amerika. ___________

iii) Semangat bersatu padu di kalangan rakyat Palestin perlu dijana bagi menjamin kemenangan umat
Islam. ___________

iv) Semalam, pakaian yang dibeli oleh ayah di pasar malam dijadikan hadiah untuk datuk sempena hari
lahirnya yang ke-100. _____________

v) Dalam bas mini yang penuh sesak itu, penyeluk saku menjalankan operasi mereka tanpa segan silu.
______________

8
9
10
11

Anda mungkin juga menyukai