Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 1/12


Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Januari 2019 – 1 Februari 2019
Tajuk Jurnal : Murid tidak memberi perhatian dalam sesi pengajaran.

1. Masalah / Peristiwa

Ini adalah minggu pertama saya menjalani sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Bungin, Spaoh.
Penulisan masalah saya kali ini berkaitan disiplin murid-murid di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menjalankan sesi PdP bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam bagi bidang Khatam Al-Quran.

Sebelum sesi PdP dijalankan, keadaan kelas agak bising. Murid-murid masih tidak bersedia
untuk belajar. Kemudian, apabila saya masuk ke kelas bagi sesi muqaddimah saya dapat
mengawal kelas menjadi senyap dan tenang. Akan tetapi apabila saya telah memulakan sesi
pengajaran pada 30 minit pertama, sekelompok murid di barisan belakang tidak memberi
tumpuan di dalam kelas. Mereka sibuk bermain dengan helaian kertas yang dilipat menjadi
kapal terbang di bawah laci meja. Pada mulanya, saya tidak begitu perasan namun setelah
dilaporkan murid-murid lain maka saya terus bergerak ke arah sekumpulan murid itu. Keadaan
kelas tidak bising, namun bagi saya sesi pengajaran saya tidak mencapai objektif bagi
sekelompok murid itu.

Langkah yang diambil ialah saya berjalan ke sekeliling kelas pada setiap barisan meja murid bagi
memastikan selepas itu semua murid memberi perhatian.Selepas dirampas barang mainan,
saya teruskan sesi PdP. Murid-murid di barisan hadapan tidak menghadapi masalah untuk
memberi perhatian kerana mereka berada di hadapan saya. Saya teruskan dengan aktiviti
berkumpulan di dalam kelas selepas itu sambil terus memantau murid-murid yang tidak
memberi perhatian sebentar tadi.

Untuk memahami penyebab di sebalik perilaku murid-murid tersebut, maka saya ingin
mengaitkan dengan Teori Atribusi Weiner. Menurut Weiner, “attribution theory is probably the
most influential contemporary theory with implications for academic motivation”. Seseorang
guru perlu membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa
1
kepada kejayaan atau kegagalan. Oleh itu, saya telah merangsang konsep kendiri murid dan
memfokuskan kepada usaha murid itu sendiri. Nasihat ini saya berikan semasa penerangan bagi
sesi penilaian bertulis. Atribusi adalah kesimpulan (inference) yang dibuat seseorang mengenai
sebab-sebab pengalaman atau perilakunya. Sebagai guru, saya perlu sentiasa berfikiran positif
dan peka dengan keadaan murid dari aspek internal dan external.

2. Analisis

Beradasarkan Teori Atribusi Weiner, terdapat beberapa penyebab yang menyebabkan sesuatu
perlakuan itu terjadi. Untuk mengenal pasti punca-punca murid ini berperilaku sedemikian, saya
akan menyenaraikan dengan soalan-soalan berikut:

i. Motif – Apakah motif utama murid bertindak sedemikian?


ii. Faktor eksternal – Adakah murid-murid terbabit tidak berminat dengan mata pelajaran
yang diajar atau guru itu sendiri?
iii. Sifat/sikap – Sejauh manakah sifat tidak memberi perhatian murid-murid itu sering
diamalkan di dalam kelas?

Kesemua persoalan ini adalah tingkah laku yang mesti diperhatikan dan dirasakan .Ini kerana,
kemungkinan yang berlaku adalah sama ada tingkah laku murid-murid ini disengajakan atau
disebabkan oleh punca dalaman atau luaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan adalah seperti berikut:

i. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam kumpulan murid-murid ini.

ii. Memantau setiap kumpulan yang dibentuk.

iii. Menetapkan peraturan ketika di dalam kelas.

iv. Mendenda murid-murid yang tidak memberi perhatian atau bermain di dalam kelas.

v. Memberi pujian jika murid-murid memberi perhatian atau memberi respon kepada guru
semasa sesi PdP.

vi. Meminta pandangan pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan.

2
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Tempoh : 11 Februari 2019 hingga 15 Februari 2019

Pada minggu berikutnya, saya cuba untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam kumpulan
murid-murid ini di samping memantau setiap murid di dalam kelas. Seterusnya, saya akan
mengingatkan semula peraturan ketika di dalam kelas. Sebenarnya, peraturan kelas perlu
diingatkan sepanjang masa kerana murid-murid sering lupa tentang perkara ini. Sekiranya
mereka melanggar peraturan kelas semasa sedang belajar, saya akan mendenda murid-murid
yang tidak memberi perhatian atau bermain di dalam kelas. Seandainya masih tiada respon
positif, saya akan laporkan terus kepada guru kelas atau guru disiplin. Kemudian, bagi murid-
murid yang memberi perhatian di dalam kelas, mereka akan dijadikan contoh dengan diberikan
pujian.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : …………………….. Tandatangan : ……………………...

Nama : …………………….. Nama : ………………………

Tarikh : …………………….. Tarikh : ………………………

Anda mungkin juga menyukai