Anda di halaman 1dari 4

Drama bawang putih dan bawang merah

Watak:

Pencerita

Bawang merah

Bawang putih

Mak labu

Pak kundur

Pengawal 1

Pengawal 2

Pengawal 3

Datuk menteri

Sultan

Pada zaman dahulu, di sebuah rumah yang terpencil di hujung kampung. Tinggal
bawang merah bersama ayah, ibu dan adik tirinya yang bernama mak labu dan
bawang putih.

Bawang putih: Merah….Merah ! ke sini kamu.. Aku nak kau bersihkan rumah ni
sampai bersih. Ingat ya..kalau aku datang tak bersih lagi, siap kau merah..

Bawang merah: Baik putih…

Mak labu: kenapa sunyi rumah ni..mana bawang merah ni? Merahh..oohh merahh !!!

Pak Kundur: Assalamualaikum.. kenapa labu? Ada apa jerit panggil merah tadi?

Mak Labu: eehh, tak ada ape bang. Labu panggile merah kerana risau merah hilang
bang.
Pak kundur: abang pergi ke sungai bersama merah tadi. Terima kasih ya labu kerana
sayangkan merah seperti anak mu sendiri. Abang bangga punya isteri sebaikmu.
Abang harap kamu dapat jaga anak kita dengan baik.

Suatu hari pak kundur telah keluar berdagang untuk tempoh yang lama. Setelah
permergian ayahnya, bawang merah di layan buruk oleh mak labu dan bawang putih.
Dia dipaksa untuk membuat semua kerja rumah.

Bawang Putih : Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini,
kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja.
Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah ialah tugas
engkau!

Bawang Merah hanya menurut perintah Mak Kundur dan Bawang Putih. Setiap hari,
Bawang Putih melakukan kerja-kerja rumah tanpa mengeluh. Setiap petang, bawang
merah telah pergi ke sungai untuk membasuh kain.

Bawang merah: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu tiriku, berikanlah kekuatan dalam
menghadapi ujian ini. Ya Allah bukakanlah pintu hati ibu tiriku dan adik tiriku agar
menyanyangiku. ( Nyanyi lagu)

Ketika Bawang Merah sedang menyanyi, terdapat seorang Datuk Menteri sedang
berburu yang diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya. Sedang mereka
berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara seorang perempuan
menyanyi.

Hulubalang : Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi!

Datuk Menteri : Mengarutlah engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan
menyanyi!
Hulubalang : Cuba Datuk Menteri dengar sendiri.

Datuk Menteri : Jangan-jangan suara hantu!

Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya mereka


terlihat Bawang Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik, mereka
berpakat untuk mempertemukan Bawang Merah dengan sultan kerana raja masih
belum beristeri. Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada sultan.
Sultan berasa senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-ramai pergi ke
rumah Bawang Merah.

Datuk Menteri : Assaalamualaikum.

Mak Labu : Waalaikumussalam.

Datuk Menteri : Tuan hamba, sebentar tadi kami terlihat seorang gadis cantik di
tepi sungai.

Mak Labu : Gadis cantik? Oh..memang ada. Gadis itu ialah anak patik.

Maka mak Labu pun memanggil Bawang Putih keluar untuk mengadap Datuk
Menteri.

Datuk Menteri : Bukan yang ini. Yang lain. Dia lebih cantik!

Mak Kundur : Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik.

Apabila Mak Kundur menarik Bawang Merah menghadap Datuk Menteri, tiba-tiba
Datuk Menteri menjerit.

Datuk Menteri : Haa inilah orangnya! Dialah yang menyanyi dengan merdunya!”
Mak Kundur : Menyanyi? Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik
Bawang Putih lagi pandai.

Kemudian sultan meminta Bawang Putih dan Bawang Merah untuk menyanyi.

Tinggi-tinggi pohon beringin

Kalau tinggi menyapu awan

Kalau rendah menyapu bumi

Laju-laju buai laju

Bertiuiplah angin bayu-bayu

Tolonglah aku yatim piatu

Suara Bawang Putih sumbang sehingga Datuk Menteri dan Sultan


menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba pula giliran Bawang Merah. Suara Bawang
Merah sengat merdu seperti yang didengari oleh Datuk Menteri dan
hulubalang-hulubalang itu. Akhirnya, sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah
permaisuri baginda.

Sultan : Apakah ini orang gaji Mak Cik?

Mak Kundur : Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri,
patik menjaga seperti anak sendiri.

Maka, berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Walau bagaimanapun Bawang


Merah tidak menyisihkan Mak Kundur dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal
bersama di istana. Mak Kundur dan Bawang Putih berasa kesal akan perbuatan
mereka dan meminta maaf kepada Bawang Merah. Akhirnya mereka pun hidup aman
dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai