Anda di halaman 1dari 5

Masa depan negara bergantung kepada sejauhmana nilai-nilai personal

yang positif dapat ditanam ke dalam jiwa dan minda generasi mahasiswa
hari ini. Sempena Hari Kebangsaan ke 61 yang bakal disambut 31 Ogos
ini, sudah pasti sambutan kemerdekaan akan diraikan dengan pelbagai
tafsiran.

Tafsiran kemerdekaan negara yang masih diperangkap dalam soal kaum


dan politik telah mewujudkan hambatan terhadap usaha menanam
semangat patriotisme generasi mahasiswa muslim untuk memaksi Islam
sebagai asas patriotisme. Lantaran itu, hakikat telah berlaku perubahan
sosiopolitik hari ini sedikit sebanyak perlu menuntut perubahan perspektif
worldview generasi muda muslim terhadap pengertian patriotisme itu
sendiri.

Patriotisme diertikan sebagai satu institusi dalaman diri individu yang dibina
dengan fahaman dan semangat kecintaan pada negara. Patriotisme juga
merupakan satu bentuk blok minda dan kepercayaan seseorang individu
akan rasa kebanggaan kepada kewujudan negara yang menaungi warga
bagi sesuatu bangsa. Semua warga dalam sesuatu negara di seluruh
dunia mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme tersendiri.
Tafsiran ini melahirkan blok komuniti dunia yang menunjangi pelbagai
ideologi politik. Maka hampir kebanyakan tafsiran patriotisme yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh pemikir, tokoh falsafah dan tokoh politik
menjurus kepada semangat cintakan tanah air dengan komited terhadap
usaha pembinaan negara bangsa. Dalam konteks Malaysia tidak dinafikan
semangat patriotisme yang dijana bermula zaman penjajahan dahulu
sehingga selepas kemerdekaan telah mengevolusi landskap sosiopolitik
negara. Banyak fahaman isme yang baharu dipraktis untuk diadaptasi
supaya sejajar dengan solidariti masyarakat sosial yang majmuk di
Malaysia.

Survival agama dalam arus perubahan politik Malaysia seakan hanya


menjadi alat pengiring kepada pembinaan bangsa dan bukan satu asas
utama yang perlu mendasari kepada perencanaan polisi negara.

Pada hari ini, tahap kecenderungan generasi baharu muslim yang semakin
ketara membawa Islam dengan mengubahsuai intipati ajaran mengikut
kondisi sosiopolitik kerana kefahaman patriotisme agama mereka terpaksa
dilentur mengikut kehendak kesejagatan para nasionalis politik.

Terkesan dengan penumpuan yang lebih terhadap rencam politik


menjadikan generasi muda muslim hari ini seakan kurang menghiraukan
survival agama berbanding survival politik (negara). Perkembangan ini
sangat berbahaya kerana pemikiran generasi muda muslim tidak
memahami pengertian tajdid berterusan yang dianjurkan dalam Islam untuk
mengurus sebuah negara.

Golongan muda hanya membiarkan politik semasa mengambil tempat


untuk menyusun atur masyarakat tanpa mengetengahkan peranan agama.

Kita juga melihat bahawa pola pemikiran generasi muda muslim dewasa
kini cenderung kepada budaya mengasimiliasi ajaran mengikut perubahan
zaman dunia serta keperluan sosiodemografi masyarakat negara.

Patriotisme dalam kalangan generasi muslim juga perlu keluar daripada


kepompong ideologi politik yang merantai idealisme pemikiran.

Tidak dinafikan politik telah merangsang kelahiran nasionalisme yang


sentiasa membawa wadah perjuangan hak manusia.

Impaknya, sistem agama itu dipaksa untuk menerima liberalisasi supaya


disesuaikan dengan kefahaman logik akal masyarakat.

Ini menimbulkan polemik dan mengakibatkan banyak fahaman kecil dan


khilaf dalam kalangan pemikir Islam. Apatah lagi perubahan geopolitik
negara yang sudah memasuki era keterbukaan telah mengecilkan platform
agama itu sendiri.

Mempertahankan negara penting kerana secara tidak langsung


perencanaan pelaksanaan syiar agama dapat didirikan dengan teguh.

Islam sejak zaman Rasulullah SAW menganjurkan konsep bernegara yang


syumul dengan penyatuan masyarakat berkabilah akibat fahaman
asabiyyah yang tebal.

Rasulullah SAW menekankan soal kewajipan mempertahankan agama dan


negara tanpa melakukan sebarang kezaliman kepada masyarakat lain.

Dalam satu riwayat hadis Rasulullah SAW pernah bersabda ketika ditanya
oleh seorang sahabat baginda, “adakah yang terlalu mencintai bangsanya
itu dikatakan sebagai asabiyyah?. Lalu baginda menjawab, “tidak,
asabiyyah itu adalah mereka yang menolong bangsanya berlaku zalim”.

Dalam hal ini, Islam tidak menolak semangat patriotisme.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, semangat mencintai tanah air sudah wujud
dalam Islam. Malah Nabi Muhammad SAW telah meniupkan semangat
patriotisme agama dalam kalangan sahabat baginda dengan keimanan
yang teguh.
Nabi SAW terpaksa berperang dengan kaum kafir Quraisy kerana kaum
kafir ketika itu menentang agama Allah. Semangat kecintaan kepada
agama Allah telah berjaya membina sebuah tamadun Islam dengan
kewujudan kerajaan Islam yang kuat. Kelahiran pemimpin-pemimpin Islam
yang berpegang teguh kepada keimanan berjaya menyebar luas dakwah
Islamiyah sehingga merintis hubungan politik antara kerajaan Islam dengan
kerajaan di benua Eropah. Ini membuktikan bahawa pemerkasaan
patriotisme agama yang sejati perlu benar-benar terbit daripada fikrah iman
yang tulen. Ia juga turut membuktikan bahawa Islam bukan agama yang
defensif tetapi semangat patriotisme yang mempertahan survival Islam dan
dakwah Islamiyah kelak melahirkan ramai ulama yang konsisten untuk
menyebar luas Islam ke serata dunia. Ini perlu disuburkan semula dalam
kalangan golongan generasi muda Islam hari ini agar urus tadbir siasah
politik Malaysia ini dapat diperkukuhkan.

Negara Malaysia sudah mencapai usia merdeka selama 61 tahun. Cara


baharu geopolitik negara hari ini sedang membina platform baharu kepada
hak kebebasan sebagai peneraju paling dominan untuk mengolah acuan
perubahan.

Ledakan sains teknologi diiringi dengan super innovation dalam penciptaan


teknologi maklumat mengangkat keupayaan masyarakat menjadi
superhuman yang turut mampu ‘mengubah’ kehendak Tuhan dalam
agama.

Oleh sebab itu maka perlunya patriotisme agama itu ditanam dalam
generasi muda hari ini bagi meneutralkan patriotisme politik yang semakin
kerap membuka ruang enigma pemikiran masyarakat.

Segala perubahan yang muncul mengejut kebelakangan ini perlu ditangani


dengan fokus terhadap kedudukan generasi muda muslim.

Adakah selepas ini generasi muda muslim berkembang mengikut acuan


baharu atau mereka bakal menjadi generasi muslah yang memimpin
perubahan tersebut?

Apa yang paling mustahak konsep patriotisme agama yang perlu ditanam
dalam sanubari generasi muda muslim perlu berlandaskan pendekatan
patriotisme hisbah.

Konsep ini haruslah mempraktik kesungguhan mencintai agama,


mempertahan dan melaksanakan tuntutan iman dalam bernegara.
Pendekatan dalam konsep patriotisme ini akan menjadi medium penyatuan
ummah yang melangkaui tafsiran politik dan kaum kerana matlamat
nilainya adalah sama.

Semua kaum dan bangsa akan bergerak bersama menjayakan matlamat


mencintai, mempertahan dan merealisasi Islam.

Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada jaminan


demokrasi perkauman atau demokrasi multietnik untuk mendirikan
semangat patriotisme kerana dalam tempoh 61 tahun merdeka ia
membuka ruang retak yang semakin besar.

Perbalahan isu-isu sensitif seperti yang berlaku hari ini mencalar agama
malah sebaliknya agama kini seperti boleh diubahsuai untuk diakomodasi
dengan tuntutan-tuntutan luar norma agama

Kita berdepan dengan musuh yang sangat licik iaitu faceless enemies.

Musuh-musuh ini berusaha sedaya upaya untuk menuntut hak norma-


norma tersendiri.

Generasi muslim hendaklah dididik dengan kefahaman Islam sebenar agar


ajaran agama tidak mudah dieksploitasi untuk membenarkan sesuatu yang
ditegah dalam agama.

Dari umur yang muda lagi generasi muslim perlu dibimbing dengan
pendekatan agama.

Kita perlu fokus terhadap perjuangan patriotisme menjaga agama.

Hanya agama dapat memelihara mereka daripada terus hanyut dengan


dunia hedonisme, liberalisme dan sekularisme.

Roslee Mardan

Penolong Pengarah Kanan,

Unit Patriotisme & Kesukarelawan,

Bahagian Pembangunan Pelajar, JHEP Universiti Utara Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/patriotisme-


generasi-muda-1.738284#ixzz5gYsRGDU0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bahasa Melayu: buku teks tahun 5 : Sekolah Rendah. (2009).

Patriotisme generasi muda. (2018, 30). Retrieved from

http://www.utusan.com.my/rencana/forum/patriotisme-generasi-muda-1.738284

Anda mungkin juga menyukai