Anda di halaman 1dari 1

Rujukan : UITMSA/MPP1718/01

Tarikh : 01.10.2018

ENCIK RAHIM BIN


Pegawai Kanan Melati
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEMUDAHAN KEDIAMAN KOLEJ

Dengan penuh takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Bahawa saya Nur Ain binti M Johan ingin memohon jasa baik tuan unutk
membenarkan saya mendapat kemudahan kediaman kolej pada semester ini.

3. Saya amat memerlukan kemudahan kolej ini kerana saya merupakan seorang
pelajar aktif di peringkat fakulti dan universiti. Pada semester lepas, saya telah mewakili
fakulti di dalam program pertukaran pelajar selama dua minggu di Jogjakarta, Indonesia
serta menjadi salah seorang delegasi mewakili UiTM dalam program Asean Bonding di
Singapura.

4. Selain itu, saya juga telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Utama untuk
program tahunan fakulti, Engineering Week yang telah diadakan selama seminggu.
Tambahan pula, saya merupakan seorang atlet ragbi sentuh bagi acara sukan SUKOL
mewakili kolej melati pada tahun lepas dan berjaya mendapat tempat ketiga bagi acara itu.
Malah, saya juga telah mewakili fakulti untuk acara Sukan Antara Fakulti dan berjaya
merangkul tempat kedua dalam acara ragbi sentuh wanita.

5. Sehubungan itu, saya dengan rendah dirinya berharap pihak tuan dapat
meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian tuan berikan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

NUR AIN BINTI M JOHAN


No. Pelajar : 2017986201
No. Telefon : 011-51685894

Anda mungkin juga menyukai