Anda di halaman 1dari 2

ULASAN FILEM APOCALYPTO

MENURUT TAMADUN

Nama: Mohammed Ridzuwan bin Abdul Rahaman

Nombor ID: 1107151018

Subjek: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MPU 2023)

Nama Pensyarah: Pn. Siti Nurakmar

Tarikh Penghantaran: 29 Februari 2016


APOCALYPTO (2006)
Pelakon: Rudy Youngblood, Raoul Trujillo, Mayra Sérbulo, Dalia Hernández, Ian Uriel,
Gerardo Taracena, Rodolfo Palacios, Bernardo Ruiz Juarez, Ammel Rodrigo Mendoza, Ricardo
Diaz Mendoza dan Israel Contreras.

Pengarah: Mel Gibson

Sinopsis: Apocalypto ialah sebuah pengembaraan mitos terhadap gelora akhir zaman tamadun
Maya. Filem ini mengisahkan kondisi pada abad ke-16 di sebuah hutan dekat permukiman kaum
Maya. Seorang lelaki bernama Jaguar Paw, dipilih kaum Maya sebagai korban. Ia pun melarikan
diri dan berusaha melepaskan diri dari bencana ini tanpa menggunakan senjata. Perjalanannya
menuju dunia penuh bahaya serta upayanya menyelamatkan isteri dan anaknya dengan
meninggalkan mereka. Dengan adanya kekuatan cinta terhadap isteri dan keluarganya, dia dapat
mengambil keputusan yang terdesak untuk pulang ke rumah dan akhirnya menyelamatkan
perjalanan hidup mereka.

Ulasan:
Kemerosotan atau perkembangan peradaban tamadun sangat bergantung pada perilaku
masyarakatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam filem Apocalypto. Filem ini bermula
dengan petikan mengenai empayar Rom dari Will Durant: "Satu tamadun yang hebat tidak
ditawan dari luar sehingga ia memusnahkan dirinya sendiri dari dalam". Dengan kata lain,
Apocalypto menyalahkan orang Mayan kerana keruntuhan tamadun. Sebenarnya, bangsa Maya
meletakkan satu perjuangan yang cukup baik kerana tamadun mereka adalah bersepadu dan tidak
dimusnahkan sewaktu Sepanyol tiba. Sebab sebenar Sepanyol dapat menakluk benua Amerika
adalah kerana mereka mempunyai senjata api dan sifilis manakala orang mayan mempunyai
kayu dan tiada antibodi. Filem Apocalypto dapat memberikan penjelasan kepada para penonton
tentang kemusnahan sebuah peradaban besar kaum Maya yang mempunyai bahasa, tulisan,
budaya, dan teknologi yang cukup maju dengan mudah disebabkan oleh tindakan masyarakat
maya sendiri. Saya berpendapat bahawa filem ini merupakan simbol seluruh peradaban yang
mula musnah. Mengikut pengetahuan saya, Amerika Selatan (AS) sama seperti peradaban kaum
Maya yang menjadikan manusia sebagai korban, apa yang telah menimpa kaum Maya tengah
terjadi di AS. Penghantaran pasukan ke Iraq disetarakannya dengan aksi kaum Maya yang
mengorbankan manusia untuk dipersembahkan kepada para dewa. Ini merupakan tanda - tanda
kehancuran bangsa AS. Selain itu, filem ini mampu memberikan gambaran sangat tepat tentang
kaum Maya melalui hiasan, makanan, bahasa, tulisan dan budaya. Tetapi orang maya
digambarkan sebagai pengganas dengan menetapkan penampilan mereka seperti mempunyai
tindikan muka yang pelik dan memakai jaket diperbuat daripada tulang rahang manusia yang
merupakan satu gambaran yang salah kerana tiada fakta yang menyatakan penampilan orang
maya seperti itu. Apocalypto seolah-olah telah dibuat untuk berhujah bahawa tamadun Mayan
adalah jahat dan memberontak, dan Sepanyol hadir untuk merawatnya. Pandangan itu agak sukar
untuk mengekalkan jika seseorang itu mengetahui fakta - fakta asas tentang tamadun Mayan atau
penaklukan Sepanyol. Filem ini merupakan kompilasi yang sempurna antara fakta sejarah dan
imaginasi penulis dan topik utama filem ini termasuk fakta sejarah yang hingga kini masih
diperdebatkan. Saya harap melalui kenyataan ini, kita boleh menyimpulkan dimensi baru tentang
peradaban era moden.

Disediakan oleh : Mohammed Ridzuwan Bin Abdul Rahaman

Anda mungkin juga menyukai