Anda di halaman 1dari 14

Salah Faham Terhadap Konsep Perkahwinan Poligami dalam Islam

Disediakan oleh:
Amaliza Khairunisa bt Kosat,
Nur Amalina bt Mat Yajid,
Norshahira bt Ibrahim,
Nur Syafiqah Radhiah bt Abdul Sahir,
Siti Nur Amirah bt Yusoff.

Abstrak
Istilah perkahwinan poligami tidaklah asing lagi dalam masyarakat hari ini malah ianya
merupakan isu yang hangat diperkatakan serta sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat
Islam hari ini melakukannya yang mana ianya sudah berjalan seiring perjalanan sejarah umat
manusia, sehingga poligami bukanlah suatu tradisi baru yang muncul tiba-tiba saja. Penulisan dan
kajian tentang perkahwinan poligami bukanlah sesuatu yang baru lagi dalam dunia perundangan
Islam. Isu yang dibahaskan kebanyakannya berkaitan tentang sudut perbahasan hukum, sejarah
poligami, pertentangan Barat terhadap amalan poligami, Undang-undang Keluarga Islam di
negara-negara Islam dan juga amalan poligami dalam sesebuah masyarakat Islam. Islam adalah
agama yang syumul, amat menitikberatkan semua perihal dalam aspek kehidupan manusia
meliputi dari segi ibadah, siasah, ekonomi, muamalat dan juga munakahat. Poligami merupakan
aspek yang termasuk dalam kategori fiqh munakahat dalam pensyariatan hukum Islam. Poligami
bermaksud perkahwinan yang melebihi daripada seorang isteri dalam waktu yang bersamaan.
Perkataan seerti kepada poligami adalah monogami. Namun begitu, isu poligami ini sering
dijadikan polimik dalam masyarakat sehinggakan ia telah menimbulkan ketegangan di antara
pihak-pihak tertentu malah ada yang mengatakan bahawa poligami ini tidak relevan untuk diguna
pakai di dalam Islam.

Abstract
The term polygamy marriage is no stranger to today's society but it is actually an issue
that is often discussed and it has become a habit in Islamic society today to do so that it has even
gone along the course of human history, so polygamy is not a new trend that appears suddenly .
Writing and study of polygamous marriage is not new in the world of Islamic law. The issues
discussed are mainly related to the angle of legal debate, the history of polygamy, the West's
opposition to the practice of polygamy, Islamic Family Law in Islamic countries and also the
practice of polygamy in an Islamic society. Islam is a symmetrical religion, emphasizing all aspects
of human life which include worship, religion, economy, muamalat and even humor. Polygamy is
an aspect included in the category of fiqh which is in Islamic law. Polygamy means marrying more
than one wife at the same time. The word saw polygamy as monogamous. However, the problem
of polygamy is often used as a polymic in society which has caused tension between certain
parties but some say that polygamy is not relevant to be applied in Islam.

Kata kunci: poligami, individu yang menentang, konsep poligami dalam Islam
PEGENALAN
Islam merupakan agama yang sempurna dari segi aspek kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat Islam yang kurang ilmu pengetahuan
agama dan mudah terikut dengan fahaman yang liberal. Mereka menentang dan mempertikaikan
hukum syariat yang terdapat di dalam agama Islam itu sendiri sehinggakan mereka tersalah tafsir
dan salah faham terhadap Islam itu sendiri dari segi konsep Jihad, Hak Kedudukan wanita, Zakat
dan tidak terlepas pandang juga terhadap konsep Poligami yang dititikberatkan di dalam
perkahwinan dalam Islam.
Tambahan pula, isu Islam phobia yang semakin meluas di kalangan orang bukan terutama
di Eropah juga membawa salah faham mereka terhadap agama Islam menjadikan mereka
menentang ajaran Islam yang masuk ke negara mereka mahupun di negara lain yang majoritinya
bukan Islam tidak mahu ajaran Islam berkembang sejajar dengan agama mereka. Sebagaimana
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali- Imran Ayat 7:

(٧)…‫فَأ َ َّما الَّذِينَ ِفي قُلُو ِب ِه ْم زَ ْي ٌغ فَيَت َّ ِبعُونَ َما تَشَا َبهَ ِم ْنهُ ا ْب ِتغَا َء ْال ِفتْنَ ِة َوا ْب ِتغَا َء ت َأ ْ ِوي ِل ِه‬

Maksudnya: “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka
akan menuruti sesuatu yang mengelirukan dengan tujuan menimbulkan fitnah dan dengan
tujuan menyelewengkan pentafsirannya.”

(Surah Ali-Imran: ayat 7)


Maka jelaslah salah faham mereka terhadap Islam membawa kepada kesesatan diri mereka
dalam mencari kesempurnaan Agama Islam yang sebenar jika mereka terus dalam kancah
golongan yang berfahaman liberal dan tidak mengambil pengetahuan dalam agama Islam yang
sempurna.
Tambahan pula, Allah s.w.t mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan dengan
mengurniakan dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Terdapat dua sifat dalam diri manusia iaitu
cenderung untuk mentaati perintah Allah s.w.t dan satu lagi adalah cenderung kepada hawa nafsu
semata-mata (Kasimin, 1993). Berlainan dengan makhluk ciptaan yang lain seperti binatang dan
tumbuh-tumbuhan, tidak dikurniakan akal tambahan pula pilihan tidak diberikan untuk melakukan
sesuatu perkara. Keistimewaan tersebut hanyalah dikurniakan kepada sebaik-baik ciptaan. Oleh
sebab itu, manusia dipilih untuk menjadi khalifah yang akan mentadbir bumi. Walau bagaimanapun,
cabaran sebagai manusia yang hidup pada akhir zaman amat mencabar. Ada yang boleh
menanganinya dengan baik begitu juga sebaliknya.
Bagi membangunkan masyarakat yang cemerlang, ia bermula dengan kehidupan
kekeluargaan. Sebagai permulaan untuk membina keluarga sempurna, mestilah berlakunya
sebuah perkahwinan. Walaupun begitu, Allah s.w.t telah memberi keizinan kepada lelaki untuk
berkahwin lebih daripada satu, dengan kata lain ia dikenali sebagai poligami tetapi boleh dilakukan
apabila syarat-syarat telah dilaksanakan tetapi terdapat beberpa tertentu sama ada secara individu
atau berkumpulan. Sejarah membuktikan bahawa poligami ini tidak dilarang sejak zaman masihi
lagi, penganut agama Kristian yang benar-benar mengikutajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s
menghalalkan poligami bahkan ia termaktub dalam kitab Taurat secara rasmi (Romli, 2016). Hal ini
menunjukkan bahawa agama Ialam bukanlah membawa ajaran yang tidak pernah dilakukan oleh
manusia tetapi datang untuk memperelokkan ajaran yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, poligami merupakan saesuatu perkara yang sering dibicarakan oleh
masyarakat lebih-lebih lagi kaum lelaki. Akan tetapi penyelesaian terhadap isu ini masih berada
dalam keadaan samar-samar dan tidak memuaskan. Akibatnya timbul pelbagai perdebatan yang
tiada kesudahan (Wartini, 2013) lebih-lebih lagi perdebatan yang tidak berlandaskan syariat Islam.
Keburukkan akan sentiasa menyebelahi agama Islam, kononnya ia menindas kaum wanita,
meletakkan maruah wanita di tempat yang tidak sepatutnya serta melebihkan kaum lelaki kerana
setiap tindak-tanduk isteri perlukan keiizinan suami apabila berlaku salah faham terhadap konsep
poligami dalam agama Islam.
Pendahuluan
Laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menyebut bahawa 30 pasangan Malaysia
berkahwin setiap hari di Thailand dan kajian juga menunjukkan poligami menyumbang 12 peratus
kepada kes-kes penceraian dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kedua-dua berita ini adalah
sesuatu yang mendukacitakan terutama sekali memandangkan telah terlalu banyak langkah dibuat
oleh kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan dalam usaha memantapkan kesejahteraan institusi
keluarga di negara ini. Secara umumnya terdapat dua bentuk perkahwinan iaitu monogami dan
poligami. Monogami adalah perkahwinan antara seorang lelaki dan perempuan manakala poligami
pula berasal dari perkataan Greek “Polugamus” yang bererti berkahwin. Poligami bolehlah
didefinisikan sebagai seorang lelaki yang berkahwin atau mempunyai lebih daripada seorang isteri
yang sah pada satu masa yang sama. Dalam bahasa Arab disebut sebagai “Ta’addud al-Zawjat”.
(Ahmad, 2016).
Poligami merupakan satu isu dalam perkahwinan yang hangat apabila dibahaskan dalam
Islam dan isu yang amat sensitif dalam kalangan sesetengah golongan khususnya wanita
sehinggakan ada sesetengah NGO (Non-Government Organisation) menubuhkan satu pertubuhan
aktivis untuk memperjuangkan hak-hak wanita iaitu SIS (Sister in Islam). Namun sebenarnya
masih ramai yang tidak memahami konsep poligami yang sebenar dan masih ramai yang tidak
memahami aplikasi undang-undang poligami yang dilaksanakan di Malaysia. Ramai yang masih
berselindung di sebalik Isu “Sunah Nabi” dan mendapat Payung Emas di Syurga nanti”. Walau
bagaimanapun, Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan selalu terjun dalam
suatu realiti, mendidik dan menjauhkan dari sikap yang tidak diingini. Begitulah yang kami
perhatikan dalam masalah perkahwinan, demi kepentingan manusia baik secara individu mahupun
masyarakat. Islam membolehkan kahwin lebih dari seorang tetapi tidak lebih daripada empat.
Kebanyakan umat-umat dahulu dan agama-agama sebelum Islam membolehkan kahwin tanpa
batas yang kadang-kadang hingga sepuluh orang wanita, bahkan ada yang sampai seratus dan
berarus-ratus tanpa suatu syarat dan ikatan. Maka setelah datangnya Islam, perkahwinan lebih
dari seorang ini diberi batas dan bersyarat.
Persoalannya, mengapakah masyarakat salah faham terhadap konsep poligami dalam
Islam dan adakah hukum berpoligami dalam agama Islam itu Harus? Persoalan ini amat kritikal
untuk dijawab kerana isu ini membabitkan isu yang sensitif terhadap setengah golongan
masyarakat terutamanya golongan wanita yang tidak mahu dimadukan. Tambahan pula, isu
berpoligami ini selalu dikaitkan dengan sikap lelaki yang mahukan bermadu tetapi tidak adil di
dalam pembahagian nafkah zahir mahupun batin terhadap isteri-isterinya. Persoalan ini bukanlah
suatu yang mudah untuk dibahaskan mahupun di rungkai kerana isu ini telah banyak dipertikaikan
oleh golongan yang berfahaman liberal dan sewenang-wenangnya menyatakan poligami ini adalah
satu langkah untuk lelaki melepaskan nafsu seks terhadap wanita. Kenyataan ini adalah tidak
benar kerana Islam telah menggariskan syarat-syarat yang bertepatan dengan syariat untuk kaum
lelaki berpoligami dan mana mungkin syariat Islam terpesong dengan kehendak manusia sendiri.
Artikel ini memberikan penjelasan terhadap permasalahan salah faham masyarakat Islam
dan bukan Islam mengenai konsep poligami dalam perkahwinan Islam melalui metode
perpustakaan dengan mengumpul artikel-artikel berkenaan salah faham terhadap konsep poligami
dalam Islam. Artikel ini akan dibahagikan kepada tiga Bahagian iaitu Bahagian pertama berkenaan
salah faham masyarakat terhadap konsep poligami dan golongan yang menentang konsep
poligami, bahagian kedua mengenai konsep poligami dalam Islam dan syarat-syarat poligami
dalam Islam.
SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP POLIGAMI
Kejahilan tentang ajaran agama akan membawa seseorang menyimpang dari jalan yang benar
dan membawa kepada penentangan ke atas hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Islam.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan hujah yang diberikan oleh individu atau kumpulan untuk menolak
sesuatu hukum. Tidak dinafikan juga, adanya unsur-unsur pengaruh barat dan perancangan
musuh-musuh Islam dalam usaha menjatuhkan Islam dan kaum muslimin. Ahli-ahli agama dan
para Orientalis dan Imperialisme melancarkan serangan yang kejam kepada agama Islam kerana
persoalan poligami. Mereka menjadikan poligami itu sebagai bahan bukti bahawa Islam menghina
kaum wanita dan bahawa kaum muslimin selalu menyalahgunakan itu sebagai memuaskan hawa
nafsu dan keinginan mereka (As-Siba'y, 1962).
Bagi menjawab tuduhan dan serangan mereka, beberapa hujah dapat kita kemukakan seperti
berikut:
Pertama, agama Islam bukanlah agama yang pertama kali membolehkan poligami.
Poligami sudah ada di kalangan bangsa-bangsa yang hidup pada zaman purba, hampir
seluruhnya di kalangan bangsa Yunani pada masa kerajaan Athena, di kalangan bangsa Cina,
bangsa India, kerajaan Babylon, kerajaan Mesir dan lain-lain. Poligami di kalangan mereka tidak
terbatas bilangan isteri. Agama “Like” di kerajaan Cina memperbolehkan poligami sampai seratus
tiga puluh orang isteri malahan ada seorang raja Cina yang mempunyai isteri sebanyak 30,000
orang (As-Siba'y, 1962). Berdasarkan kenyataan ini, amalan poligami dalam perkahwinan sudah
lama diamalkan tetapi, golongan yang anti dengan agama Islam sengaja menimbulkan isu supaya
masyarakat memandang serong terhadap sistem perundangan Islam. Jika dibandingkan dari sudut
sistem, perundangan Islam lebih baik berbanding sistem mereka kerana Islam telah menetapkan
jumlah isteri yang boleh dipoligami dalam satu masa yang mana tidak akan memberi bebanan
kepada lelaki dan juga wanita.
. Kedua, agama Yahudi juga membolehkan poligami tanpa batas. Nabi-nabi yang nama-
namanya disebut di dalam Taurat, semuanya berpoligami tanpa pengecualian. Dalam kitab Taurat,
ada menyatakan bahawa nabi Sulaiman a.s. mempunyai 700 orang isteri yang merdeka dan 300
orang isteri yang berasal dari budak. Ketiga, dalam agama Kristian, tidak ada keterangan yang
tegas melarang poligami. Yang ada hanyalah kata-kata yang bernada nasihat bahawa Allah s.w.t.
menciptakan seorang isteri untuk setiap orang lelaki. Kata-kata ini mungkin hanya dorongan agar
seorang lelaki itu mencukupkan seorang isteri sahaja dalam suasana yang normal. Agama Islam
juga mengajarkan nasihat seperti itu dan tidak ada keraguan mengenai hal ini. Sejarah
mencatatkan bahawa umat Kristian zaman dahulu ada yang menikah lebih daripada seorang isteri
termasuklah paderi agama itu sendiri (As-Siba'y, 1962). Hal ini menunjukkan bahawa agama-
agama samawi turut mengamalkan poligami yang mana dicatatkan dalam kitab Taurat. Oleh yang
demikian amalan poligami ini adalah bukan satu penindasan hak wanita dalam mana-mana agama.
Poligami dalam dunia Barat juga berlaku tanpa peraturan dan undang-undang. Poligami ini
tidak berlaku atas dasar perkahwinan tetapi sebagai perempuan simpanan. Ianya tidak terbatas
kepada empat orang tetapi bebas tanpa batas. Poligami ini berlaku secara sembunyi dan tidak
diketahui oleh keluarga. Wanita-wanita yang menjadi sasaran poligami itu sendiri yang
menanggung malu kerana mereka yang bersusah payah melahirkan anak tetapi anak-anak
mereka dikategori sebagai anak luar nikah. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa poligami di Barat
lebih zalim dan menindas kaum wanita kerana mereka yang dijadikan perempuan simpanan tidak
mendapat hak yang sama dengan yang lain. Islam sangat menjaga dan meninggikan darjat wanita
dengan menetapkan hak-hak khusus kepada mereka.
Masyarakat Islam sering salah faham bahwa poligami itu akan menimbulkan kerosakan
dan dalam rumah tangga. Hal ini merupakan kata-kata yang salah kerana syari'at Islam itu tidak
mungkin menghalalkan atas manusia sesuatu yang membahayakan mereka, sebagaimana tidak
mengharamkan kepada mereka sesuatu yang berguna bagi mereka Bahkan suatu ketetapan yang
ada pada nas dan penelitian bahawa syari'at Islam itu tidak menghalalkan kecuali yang baik dan
bermanfaat, dan tidak mengharamkan kecuali yang kotor dan berbahaya. Inilah yang digambarkan
oleh Al Qur'an dengan kata-kata yang mantap dan singkat dalam menyebutkan sifat Rasulullah
s.a.w. (Qardhawi, 1997).

Allah berfirman:

‫ع ۡن ُه ۡم اِصۡ َر ُه ۡم‬
َ ‫ض ُع‬ َ ِ‫علَ ۡي ِه ُم ۡالخ َٰٰۤبـئ‬
َ َ‫ث َوي‬ َّ ‫ع ِن ۡال ُم ۡن َك ِر َوي ُِح ُّل لَ ُه ُم‬
ِ ‫الطيِ ٰب‬
َ ‫ت َويُ َح ِر ُم‬ ِ ‫يَ ۡا ُم ُر ُه ۡم بِ ۡال َمعۡ ُر ۡو‬
َ ‫ف َويَ ۡنهٰ ٮ ُه ۡم‬
َ ‫َو ۡاۡلَ ۡغ ٰل َل الَّتِ ۡى َكان َۡت‬
‫علَ ۡي ِه ۡم‬
Maksudnya : Yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka
dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi yang mereka segala yang baik dan
menghararnkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka..."
(Al A'raf:157)
Segala sesuatu yang diperbolehkan oleh syari'at Islam pasti memberi manfaat dan segala
sesuatu yang diharamkan oleh syari'at Islam pasti mempunyai kemudharatan, ini jelas
sebagaimana disebutkan oleh Al Qur'an tentang arak dan perjudian:

‫اس َو ِإثْ ُم ُه َما أ َ ْكبَ ُر ِمن نَّ ْف ِع ِه َما ۗ َويَسْأ َلُونَكَ َماذَا‬ ٌ ِ‫ع ِن ْالخ َْم ِر َو ْال َم ْيس ِِر ۖ قُ ْل فِي ِه َما ِإثْ ٌم َكب‬
ِ َّ‫ير َو َمنَافِ ُع ِللن‬ َ َ‫يَسْأَلُونَك‬
َ‫ت لَ َعلَّ ُك ْم تَتَفَ َّك ُرون‬ َّ ‫يُن ِفقُونَ قُ ِل ْال َع ْف َو ۗ َك ٰذَلِكَ يُبَيِ ُن‬
ِ ‫َّللاُ لَ ُك ُم ْاْليَا‬
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah, "Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar dari manfantnya. . ."
(Al Baqarah: 219)
Inilah yang dipelihara oleh syari'at dalam masalah poligami, sungguh Islam telah
menimbang antara faktor kemaslahatan dan mufsadah, antara manfaat dan bahaya, sehingga
akhirnya memperbolehkan untuk berpoligami bagi orang yang memerlukan dan memberikan
syarat kepadanya bahwa ia mampu untuk memelihara keadilan, serta takut untuk melakukan
penyelewengan dan kecenderungan yang tidak sehat. Allah s.w.t. berfirman:

‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬


ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َملَ َك‬
ِ ‫فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت َ ْع ِدلُوا فَ َو‬

Maksudnya:’’Jika kamu takut tidak boleh berbuat adil maka (nikahilah) seorang isteri."
(An-Nisa': 3)
Masyarakat perlu fahami bahawa poligami yang sepatutnya ditentang adalah poligami yang
zalim. Kezaliman poligami hari ini bukannya ajaran Islam kerana dari awal lagi Islam telah
meletakkan syarat adil, namun ramai lelaki yang tidak peduli dengan syarat ini. Banyak kes
poligami yang dilakukan di luar negara yang mana ia tidak meletakkan syarat adil. Sudah tentu
poligami begini poligami yang bermasalah.dalam kitab sahih Bukhari, diceritakan bahawa ada
permintaan untuk Ali bin Abi Talib berpoligami. Keizinan dipohon daripada Nabi s.a.w. namun Nabi
tidak membenarkannya melainkan jika Ali r.a. sanggup melepaskan Fatimah r.ha. (Nik Salida
Suhaila, Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2008)
Selain itu, ramai umat Islam yang salah faham mengenai tafsiran ayat al-Quran tentang
poligami. Di dalam Al Quran, kewujudan dan kebenaran amalan berpoligami adalah tidak dapat
dinafikan lagi seperti yang terkandung dalam surah An Nisa ‘ ayat 3 yang bermaksud:
“Maka kawinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua tiga dan empat , tetapi jika
kamu kuatir tidak dapat berlaku adil maka kawinlah satu saja.’
Berpandukan ayat di atas , apa yang dapat difahamkan ialah Allah s.w.t membuat tawaran
dan pilihan kepada kaum lelaki agar menikahi wanita-wanita sebanyak dua atau tiga atau empat
orang. Oleh itu, pilihan pertama sekali ialah dua orang, pilihan kedua ialah tiga orang, pilihan
ketiga ialah empat orang. Dengan lain-lain perkataan, kaum adam adalah digalakkan berkahwin
dua terlebih dahulu bukannya berkahwin satu. Bagaimanapun, Allah s.w.t mengingatkan bahawa
sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka pilihan akhir untuk kaum Adam atau pilihan
yang selemah-lemahnya ialah beristri satu sahaja. Allah s.w.t.memberi pilihan kepada manusia
dalam melaksanakan tuntutan syariat, mereka diberi kelonggaran dalam mengamalkan serta
mengikut tahap kemampuan dan keimanan masing-masing. Poligami itu adalah merupakan
keutamaan dan monogami hanya pilihan atau alternatifnya sahaja. Perkara ini terbukti di zaman
Rasulullah s.a.w, para sahabat, salafus soleh hinggalah sekitar 700 tahun setelah itu, kebanyakan
umat di zaman itu menjadikan poligami sebagai keutamaan dan tradisi dalam kehidupan (Jalan
Mudah Ke Syurga, 2012).
Antara salah faham masyarakat terhadap konsep poligami juga adalah mereka
berpendapat poligami itu hukumnya harus. Sebenarnya hukum poligami yang asalnya adalah
“Sunnah” dan ianya boleh menjadi wajib, dan harus. Seperti yang sedia maklum, semua perbuatan
dan perkataan Rasulullah s.a.w. adalah sunnah serta menjadi panduan ibadah untuk umat
Baginda. Bukti poligami itu “Sunnah” ialah Rasulullah s.a.w telah mempraktikkan pernikahan
poligami sekurang-kurang sebanyak 11 kali bukannya 2 kali. Jika Rasullullah s.a.w bernikah cuma
2 atau 3 kali mungkin bolehlah dikatakan keharusan berpoligami tetapi ini melebihi dari 10 kali dan
setiap kali pernikahan itu ada rahsia, kepentingan dan hikmah disebaliknya. Rasulullah s.a.w jua
pernah menasihatkan seorang sahabat yang tidak mahu berkahwin dan cuma mahu beribadat
sahaja, Baginda Rasulullah bersabda serta menasihatkan kepada sahabat tersebut yang Baginda
juga makan, minum, berkahwin, tidur dan lain-lain. Jika hukum asalnya harus Baginda s.a.w akan
menasihatkan sahabat tersebut terpulanglah kepada kamu samada hendak kahwin atau tidak,
tetapi baginda tidak berkata demikian. Ini menunjukkan perkahwinan itu adalah sunnah yang amat
penting lagi digalakkan (Jalan Mudah Ke Syurga, 2012).
Ada yang menuduh bahawa Rasulullah s.a.w berpoligami kerana menurut hawa nafsu.
Tuduhan ini tidak sepatutnya dipercayai oleh kaum muslimin kerana kita semua sudah sedia
maklum bahawa Rasullullah s.a.w bernikah adalah setelah mendapat wahyu dari Allah s.w.t yang
mempunyai hikmah, rahsia dan kelebihannya tersendiri. Umpamanya Baginda bernikah dengan
janda-janda adalah untuk menyelamatkan maruah, akidah, membantu dan melindungi mereka dari
fitnah, berdakwah, mengeratkan silaturarahim serta kepentingan politik. Baginda juga bernikah
dengan gadis remaja iaitu Siti Aishah r.a. adalah kerana untuk dijadikan contoh kepada umat akhir
zaman agar menyelamatkan gadis remaja daripada melakukan maksiat, penzinaan, pelacuran
dan lain-lain lagi seperti yang berlaku sekarang ini. Setiap pernikahan Baginda mempunyai
hikmah dan rahsia serta sebab dan kelebihannya tersendiri. Sehubungan ini, ada jua yang
menyatakan bahawa kebanyakan lelaki juga berkahwin ikut nafsu. Perlu diingatkan setiap yang
ingin bernikah itu mempunyai nafsu dan kecintaan terhadap pasangan mereka. Yang penting ialah
nafsu itu perlu dijinakkan mengikut syariat Islam dan disalurkan ke jalan yang halal untuk
mengelakkan fitnah dan kemaksiatan (Jalan Mudah Ke Syurga, 2012).
KONSEP POLIGAMI DALAM ISLAM
Perkahwinan menurut Islam ialah ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan
ijab kabul. Melalui perkahwinanlah keturunan Adam A.S akan berkembang. Ia juga akan
membentuk umat Nabi Muhammad SAW yang lebih ramai. Zuriat pula akan menjadi suci dengan
adanya perkahwinan yang sah di sisi syarak.Asas perkahwinan yang sebenar mengikut hukum
Islam adalah monogami. Monogami bermaksud berkahwin hanya dengan satu isteri sahaja. Dalam
Al-Quran ada menyebut :

‫ع ۖۖ فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل‬ َ ‫اء َمثْن َٰى َوث ُ ََل‬


َ ‫ث َو ُربَا‬ ِ ‫س‬َ ِ‫اب لَ ُك ْم ِمنَ الن‬
َ ‫ط‬َ ‫طوا فِي ْاليَت َا َم ٰى فَا ْن ِك ُحوا َما‬ ُ ‫َو ِإ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت ُ ْق ِس‬
‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚۖ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬
ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َملَ َك‬ ِ ‫ت َ ْع ِدلُوا فَ َو‬

Maksudnya: “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (apabila kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu
senangi: dua, tiga atau empat”.

(Surah An-Nisa’: 3)

Dari dalil di atas tersebut, kita boleh katakan di sini bahawa prinsip asas perkahwinan
dalam hukum Islam adalah monogami. Hal ini demikian dapat dilihat pada perkataan yang
mengatakan “Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang
saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki”. Namun begitu, dari kata tersebut, nampak
bahawa asas monogami itu hanya anjuran. Dalam hal ini, hukum Islam tidak sama sekali melarang
poligami, namun ditetapkan syarat bahawa lelaki dalam berpoligami haruslah berlaku adil.
Sebagaimana firman Allah s.w.t:

‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۚۖ ٰذَلِكَ أ َ ْدن َٰى أ َ َّۡل تَعُولُوا‬


ْ ‫احدَة ً أ َ ْو َما َملَ َك‬
ِ ‫فَإ ِ ْن ِخ ْفت ُ ْم أ َ َّۡل ت َ ْع ِدلُوا فَ َو‬

Maksudnya: ”Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah)
seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat
agar kamu tidak berbuat zalim”.

(Surah An-Nisa’: 3)
Apakah erti adil? Maksud adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia
tidak boleh memihak kepada salah seorang sahaja atau berat sebelah, ianya harus memihak
antara satu sama lain. Menurut istilah, adil adalah menetapkan suatu kebenaran terhadap dua
masalah atau beberapa masalah, untuk dipecahkan sesuai dengan aturan-aturan yang telah
ditetapkan oleh agama. Dengan demikian itu, keadilan beerti bertindak atas dasar kebenaran,
bukan mengikuti kehendak hawa nafsu semata-mata. Tambahan pula, jikalau seorang suami tidak
berlaku adil terhadap seorang Isteri, sudah tentu Islam tidak membenarkan poligami. Sebenarnya
menentang kezaliman memang ajaran islam akan tetapi menentang poligami bukanlah cara islam
untuk menentang kezaliman kerana poligami ini sudah termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim.
Menentang poligami secara mutlak adalah berbahaya. Hal ini kerana Ia boleh merosakkan akidah
seseorang kerana menentang hukum Al-Quran yang mengharuskannya. Maka sewajarnya
poligami diharuskan dengan syarat adil. Sebagaimana firman Allah SWT :

ْ ُ ‫صت ُ ْم فََل ت َِميلُوا ُك َّل ْال َم ْي ِل فَتَذَ ُروهَا َك ْال ُمعَلَّقَ ِة َوإِ ْن ت‬
‫ص ِل ُحوا‬ ْ ‫اء َولَ ْو َح َر‬
ِ ‫س‬َ ِ‫َولَ ْن ت َ ْست َِطيعُوا أ َ ْن ت َ ْع ِدلُوا بَيْنَ الن‬
‫ورا َر ِحي ًما‬ ً ُ ‫غف‬ َّ ‫َوتَتَّقُوا فَإ ِ َّن‬
َ َ‫َّللاَ َكان‬
Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung
(kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu
mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Surah An-Nisa’: 129)
Ayat ini menerangkan kepayahan memberikan keadilan yang sempurna dalam berumah tangga
dengan beberapa isteri. Di dalam ayat ini juga ada menyebut tentang larangan melakukan
kezaliman dan kejahatan di mana bersifat berat sebelah dalam menjalinkan hubungan bersama
isteri-isteri tertentu (rahim, 2011).
Dalam kitab Sahih Bukhari, diceritakan bahawa ada permintaan untuk Ali bin Abi Talib
berpoligami. Keizinan dipohon daripada Nabi Muhammad SAW tidak membenarkannya melainkan
jika Ali radhiyaallahuanhu sanggup melepaskan Fatimah radhiyaallahuanha. Oleh itu, syarat adil
dalam poligami haruslah dititkberatkan dan diambil cakna oleh kaum lelaki yang ingin berpoligami.
Adil juga antaranya adalah memberi hak nafkah perbelanjaan selain nafkah batin. Sebagai ketua
rumah tangga, lelaki mestilah ada kemampuan kewangan yang kukuh manakala dalam nafkah
batin pula lelaki mestilah adil dalam giliran bermalam yakni sama rata dalam memberikan kasih
sayang terhadap isteri-isteri mereka. Walhal dalam perkahwinan asas monogami, erti adil adalah
penting, jikalau dalam asas poligami pula, adil ini adalah tersangatlah penting kerana ia menjadi
kayu ukur dibolehkan berpoligami (kadir, 2008).
Bahkan, ketidakadilan dalam penyimpangan dari asas monogami, dapat mengakibatkan
seseorang berbuat aniaya. Dalam hukum Islam, perbuatan aniaya tidak dibenarkan dan kerana itu
adalah merupakan satu dosa. Walaupun hukum perkahwinan Islam berasaskan monogami,
poligami pula bukanlah menjadi hal yang sama sekali dilarang untuk dilakukan. Dalam beberapa
keadaan dan situasi, dapat diadakan penyimpangan terhadap asas monogami tersebut, haruslah
memenuhi beberapa syarat dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat dalam Islam (rahim,
2011). Dengan kedatangan dan munculnya agama Islam, poligami ini telah diberi had dan batas-
batas tertentu untuk mengelakkan berlakunya ketidak kestabilan dalam kehidupan suami isteri di
alam berumahtangga. Poligami yang dilakukan oleh lelaki tanpa mengikut batasan yang
dibolehkan, menyebabkan timbulnya faktor pelbagai kekacauan yang mendatangkan kesulitan
dalam keturunan dan kehidupan sebuah keluarga. Maka, Islam hari ini telah mengariskan panduan
dan peraturan serta cara untuk melakukan poligami mengikut syariat yang telah ditentukan oleh
Allah SWT (kadir, 2008).

SYARAT-SYARAT POLIGAMI MENURUT ISLAM


Syarat-syarat berpoligami dalam Islam ada tiga. Pertama ialah tidak melebihi empat orang.
Lelaki hanya dibenarkan berkahwin jika ingin berpoligami, hanya empat isteri sahaja. Tidak boleh
lima, enam dan selebihnya. Jikalau ingin lebih, dia harus menceraikan salah satu daripada empat
isteri tersebut dan berkahwin lain. Dan jumlahnya tetap empat. Selain itu, seseorang lelaki itu
boleh berlaku adil dalam aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan giliran
bermalam jika dia mahu berpoligami. Seorang suami harus menetapkan jadual dia untuk bergilir
tinggal di tempat isteri-isterinya mengikut persetujuan semua. Lelaki itu juga mestilah menjalani
kehidupan hari-harinya mengikut jadual tersebut. Dia juga harus berdisiplin dalam setiap benda
yang telah ditetapkan isteri-isterinya. Suami tersebut mestilah berlaku adil dalam setiap keadaan
dan situasi.
Syarat yang ketiga dan ia adalah merupakan akhir sekali dalam pensyaratan tersebut,
mampu dari segi jasmani dan kewangan. Contoh, minggu ini, suami tersebut membawa isteri
pertama bercuti dan melancong, minggu depannya pula, dia harus membawa isteri kedua pula
melakukan hal yang sama. Dan dia haruslah melakukan yang selanjutnya sampailah adil itu
berlaku. Hal ini demikian kerana, tidak akan ada hasad dengki dan iri hati sesama isteri-isterinya.
Ini menunjukkan Islam sangat mementingkan sikap adil dalam memdirikan rumah tangga dengan
beberapa isteri kerana merupakan kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga.
Adil yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya (rahim, 2011). Adil dapat diukur
dalam dua aspek berikut :
1. Niat yang baik dan amal yang soleh
2. Persamaan yang tepat antara kedua belah pihak
Setiap isteri perlu diberikan hak yang sama rata dari sudut lahiriah dan menurut pendapat ulamak
Salaf, ciuman dan juga kucupan perlu dinikmati secara sama rata oleh isteri-isteri yang dipoligami.
Malah, hari berkeluar dengan suami juga perlu saksama. Bagi sudut rohaniah pula, kasih sayang
dan persetubuhan merupakan perkara yang sukar dipenuhi oleh seseorang manusia. Dengan ini,
keadilan dalam Islam hanya kepada sudut zahirnya sahaja tidak meliputi hal-hal dalam sudut batin
kerana setiap manusia mempunyai sikap dan kenikmatan yang berbeza.Manakala, pembahagian
giliran dalam poligami seorang suami mempunyai tanggungjawab yang penting dalam soal
bermalam di rumah isteri-isterinya. Sebagai seorang suami yang mengamalkan poligami dia
dikehendaki mengatur giliran diantara isteri-isterinya mengikut keadaan.
Menurut fuqaha’ Hanafi, suami yang berpoligami tidak boleh mengatur untuk tinggal
bersama isteri tertentu melebihi empat bulan kerana tempoh ini menyamai tempoh Ila’. Ila’ ialah
sumpahan yang dibuat oleh seorang suami untuk tidak memyetubuhi isteri selama empat bulan
atau lebih. Jika si suami melebihi tempoh ini maka isterinya boleh tercerai secara talaq ba’in jika
tempoh ini memudaratkan isteri yang terlibat. Menurut fuqaha’ Maliki, suami yang tinggal di
sesebuah negeri bersama dengan isterinya wajib membahagikan giliran sehari semalam untuk
setiap isterinya melainkan isteri-isterinya bersetuju dengan cara pembahagian lain asalkan tidak
berlebih dan berkurang dalam tempoh yang diwajibkan sahaja.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, tempoh paling kurang untuk suami tinggal bersama isteri-isterinya
ialah satu malam. Separuh malam tidak boleh diperuntukkan sebagai tempoh bermalam dengan
isteri kerana boleh menimbulkan percampuran dan keraguan . Si suami boleh juga menambah
tempoh bermalam bersama isterinya tetapi tidak melebihi tiga hari untuk setiap isteri kecuali
dipersetujui oleh isteri-isterinya. Hal ini adalah untuk mengelak seorang isteri berasa bosan akibat
tempoh giliran yang terlalu panjang. Namun, tempoh yang afdal bagi seorang suami untuk
bermalam dengan isterinya ialah satu malam.
Maka, suami perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengatur giliran untuk tinggal
bersama isteri-isterinya yang disayangi. Suami hendaklah pandai mengatur giliran berrmalam
bersama isterinya agar isteri-isterinya tidak berasa bosan dan lebih parah sehingga menimbulkan
penderitaan kepada isterinya. Dalam tempoh bersama isteri tertentu, suami diharamkan untuk
berjumpa dengan isteri-isteri yang lain kecuali terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan atau
erti kata lain darurat. Misalnya,madunya menghidap penyakit yang membimbangkan. Selain itu,
suami harus mengunjungi isteri yang bukan giliranya kerana terdapat hajat atau permintaan.
Suami boleh beristimta’ dengannya dengan syarat tiada persetubuhan berlaku kerana hukumnya
haram bagi suami berbuat demikian.
Suami juga harus keluar dengan isterinya apabila sampai gilirannya untuk mendapatkan
keperluan seperti menunaikan hak, solat dan sebagainya. Tidak harus baginya terlalu kerap keluar
dengan isteri tertentu sahaja kerana ini menunjukkan mengabaikan haknya dari sudut layanan
seorang suami kepada isterinya. Namun, hukumnya adalah harus jika isteri-isteri yang lain
bersetuju terhadap perkara seperti ini. Dalam berpoligami, suami yang berkahwin dengan
perempuan yang masih dara boleh bagi si suami untuk bermalam bersama isterinya itu selama
seminggu pada peringkat permulaan sahaja kerana isteri tersebut mempunyai hak untuk hal ini.
Bagi suami yang berkahwin lagi dengan perempuan janda, tempoh untuk bersama antara suami
dan isteri pada peringakt permulaan hanyalah selama tiga hari. Setelah selesai tempoh yang
diperuntukkan bagi suami untuk bermalam bersama isteri yang baru berkahwin, suami dikehendaki
mengikut giliran yang telah ditetapkan sebelumnya.
Isteri juga boleh menggugurkan gilirannya untuk diberikan kepada madu yang lain sebagai
imbalan kepada bayaran yang dibayar kepadanya atau tanpa sebarang bayaran. Hukum adalah
sah jika isteri menarik kembali pengugurannya. Menurut fuqaha’ Hanafi, apabila isteri
menggugurkan dua malam gilirannya dan tidak mengambil semula, maka gugurlah haknya untuk
berbuat demikian. Ia tidak berhak mendapat giliran dan sebarang bayaran. Jika ia menarik
kembali penggugurannya sebelum berlalunya gilirannya, dua malam gilirannya menjadi haknya
semula.
Menurut fuqaha’ Maliki, isteri boleh memberi gilirannya kepada madunya dengan
persetujuan suaminya. Suaminya tidak boleh memindah giliran yang diberikan apabila ditetapkan
kerana hukumnya tidak sah jika berbuat demikian. Jika isterinya hanya menyerahkan gilirannya
kepada suami, sah bagi suami untuk bermalam dengan isteri-isteri yang diingini. Isteri tersebut
juga mempunyai hak untuk menarik kembali pemberian yang dilakukannya. Menurut fuqaha’
Hanbali, isteri yang memberi gilirannya kepada madunya walaupun tidak disukai oleh madunya
sendiri dengan izin suami adalah tindakan yang dibolehkan. Hal ini hanya mementingkan isteri
yang memberi giliran dan suami yang terlibat bersetuju dengan keputusan isterinya tersebut.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, pemberian giliran kepada isteri sama seperti yang terdapat dalam
fuqaha’ Hanbali iaitu si isteri juga boleh memberi seluruh gilirannya kepada madu-madunya.
Masingmasing boleh mengambil bahagian yang diberikan. Apabila memberi kepada suami,
suaminya boleh menentukan sendiri dan isteri yang memberi giliran tidak berhak mendapat
bayaran dari pemberian gilirannya. Malah isteri tersebut berhak mendapat gantian bermalam
walaupun giliran bermalam diberikan kepada madu-madunya. Suami perlu patuh kepada
pemberian yang diberikan oleh isterinya. Apabila pemberian giliran ditarik balik walaupun separuh
malam, suaminya itu wajib keluar dari rumah madu yang diberikan giliran dan balik ke rumah isteri
tersebut. Suami juga wajib menunaikan pemberian giliran yang diberikan pada tempoh yang
ditetapkan. Suami tidak harus memindahkannya kepada malam yang selain dari yang ditetapkan
kerana boleh menganggu giliran bermalam bersama madu yang lain.
Apabila suami bermusafir lebih dari sekali pada sementara waktu untuk sesuatu keperluan,
tidak harus baginya meninggalkan sebahagian isterinya dan membawa sebahagian yang lain. Hal
ini demikian perbuatan ini akan menimbulkan kemudaratan kepada isteri-isteri yang ditinggalkan.
Jika si suami tidak mampu menyara kehidupan isteri-isterinya di negeri yang bakal berpindah ke
sana, suami wajib menceraikan isteri yang tidak diingini atau pun suami boleh bawa sebahagian
isteri yang ditinggalkan kemudian jika tidak sanggup melepaskan isteri-isteri yang dikasihi.
Menurut fuqaha’ Maliki, suami boleh memilih isteri untuk bermusafir bersama tanpa dijalankan
undian terlebih dahulu manakala menurut fuqaha’ Syafi’I, suami harus meninggalkan sebahagian
isterinya ketika dalam musafir dengan syarat undian sesama isteri telah dijalankan, tujuan
pemusafiran adalah berlandaskan kebaikan sahaja dan hendaklah menggantikan tempoh suami
menetap bersama isteri yang dibawanya jika melebihi tempoh 18 hari (rahim, 2011).
PERBEZAAN ANTARA POLIGAMI ISLAM DAN POLIGAMI BARAT

POLIGAMI ISLAM POLIGAMI BARAT


 Lebih kepada dasar akhlak  Kaum lelaki yang mengamalkan
kemanusiaan. Islam tidak poligami mempunyai hubungan dengan
membenarkan kaum lelaki memiliki wanita tanpa batasan. Wanita tersebut
perempuan mengikut hawa nafsu tidak menjadi isteri tetapi dijadikan
kerana mendorong kepada masalah sebagai teman wanita atau wanita
dan konflik keluarga dan menggalakkan simpanan.
keegoan lelaki bermaharajalela.
 Hubungan yang dilakukan adalah
 Batasan yang diperkenalkan dalam secara rahsia daripada pengetahuan
Islam adalah untuk meringankan kedua belah pihak keluarga.
masalah dengan melindungi perempuan
yang tidak ada suami ke dalam
lingkungan isteri-isteri yang baik dan  Lelaki yang berpoligami tidak
terpelihara kehormatannya dalam mempunyai tanggungjawab terhadap
keadaan yang lebih terjamin. Anak- wanita yang dimilikinya dan tidak
anak yang dilahirkan dapat melaksanakan apa-apa melainkan
pengiktirafan dan diberi hak-hak yang memberi kepuasan nafsu sahaja.
sewajarnya kepada mereka tersebut.
 Wanita simpanan sering menjadi
mangsa dalam hubungan seperti ini
 Islam mementingkan keharmonian apabila kehormatan mereka tercemar
dalam keluarga dan nilai keadilan dalam dan mereka dibiarkan berada dalam
rumah tangga sangat dititik beratkan keadaan hina, malu dan terpaksa
dalam agama Islam demi menjaga menanggung sendiri penderitaan yang
hubungan suami isteri. mereka terpaksa alami seperti
kesakitan mengandung, menggugur
 Tujuan sebenar Islam membenarkan dan melahirkan anak luar nikah.
poligami adalah demi memelihara
kebahagiaan dan melindungi kesucian
hubungan antara lelaki dan perempuan  Sistem poligami ini sememangnya jauh
daripada keadaan yang boleh memberi daripada nilai-nilai moral dan tiada
kemaluan kepada nama baik keturunan kesedaran akhlak dalam mendirikan
atau keluarga itu sendiri. rumah tangga yang aman dan bahagia.
Ia hanya tertumpu kepada kepuasan
syahwat semata-mata.
HIKMAH POLIGAMI DALAM ISLAM
Poligami dalam Islam mempunyai hikmahnya. Seseorang lelaki berpoligami mesti ada
sebab-musabab yang dia alami yang ditentukan oleh syarak dan mempunyai hikmah disebaliknya
selain mengikut hawa nafsu semata-mata. Matlamat hikmah itu sendiri ada mengaitkan dengan
kepentingan umum dan individu di kalangan umat Islam. Kebanyakkan ulama’ pada zaman dahulu
mengamalkan poligami bukan kerana untuk mengikuti sunnah Rasul tetapi memahami kebaikan
atau melihat konsep poligami untuk memberi kepentingan dalam kehidupan masyarakat.
Maka berikut adalah kepentingan atau hikmah mengamalkan poligami :
1. Suami ingin menyambung keturunannya apabila didapati isterinya sakit, mandul atau
sebab-sebab tertentu yang menghalang dari melahirkan zuriatnya. Maka, suami tidak mempunyai
jalan lain melainkan menceraikan isteri pertama yang mandul atau berkahwin dengan isteri yang
baru. Seorang isteri yang pandai akan mengutamakan poligami daripada mendapat penceraian
dari suami.
2. Ia membantu mengelakkan diri daripada maksiat yang tidak memadai dengan seorang
isteri. Suami mempunyai dua pilihan sama ada melepaskan syahwatnya dengan cara haram atau
melalui ikatan suci. Suami yang berakhlak mulia akan memilih jalan perkahwinan daripada memilih
jalan haram.
3. Terdapat pertambahan bilangan kaum wanita berbanding kaum lelaki yang berlaku di
negara barat di mana bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Dalam situasi ini, poligami amat wajar
dan sesuai diamalkan demi menjaga keseimbangan kehidupan manusia sejagat.
4. Bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, suami benar-benar yakin mampu
berlaku adil dikalangan isteri dan anak-anak dan berharap untuk meringankan bebanan hidup. Hal
ini menunjukkan seseorang yang mengamalkan poligami mempunyai keimanan yang kuat untuk
memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dalam menguruskan rumah tangga melebihi
satu isteri.
5. Ia membela anak yatim dan wanita supaya mereka mendapat kasih sayang yang
sewajarnya dan tidak menimbulkan masalah lain dalam masyarakat. Ramai wanita dan kanak-
kanak menjadi mangsa dalam masalah sosial pada zaman sekarang. Dengan adanya seseorang
yang mengamalkan poligami, nasib wanita dapat dipelihara dan isu gejala sosial yang kian berlaku
dalam kalangan kaum wanita dapat dibendung (rahim, 2011)
KESIMPULAN

Secara natijahnya, poligami bukanlah suatu isu yang boleh mencetuskan permasalahan kepada
masyarakat mahupun individu tetapi ia merupakan Sunnah yang amat digalakkan dalam agama
Islam. Tambahan pula, Rasulullah s.a.w amat berbangga jika umatnya merupakan ahli yang paling
ramai pada hari kebangkitan kelak. Suasana Padang mahsyar ketika itu tidak mampu diungkapkan
dengan bilangan manusia yang terlalu ramai daripada umat Nabi Adam a.s sehingga umat
Rasulullah s.a.w yang akan mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w . Walaupun begitu, umat
Nabi akhir zaman tetap dapat dibezakan iaitu dengan nur daripada wuduk yang diambil. Oleh itu,
poligami juga memberi kepentingan dan kebaikan kepada manusia lebih-lebih lagi pada zaman
kehancuran ini. Antara penyelesaiannya sekurang-kurangnya boleh mengelakkan permasalahan
besar yang berkaitan dengan akhlak dan sahsiah seperti mengelakkan fitnah kemaksiatan,
mendapatkan keturunan yang baik, meninggikan martabat wanita, mengelakkan kes penceraian,
meninggkatkan keimanan dan sebagainya. Lantaran itu kaum hawa dinasihatkan agar menerima
hukum yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang lapang dada kerana setiap yang
Allah s.w.t tetapkan itu mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan kaum Adam,
juga perlu diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan adil
dalam memberikan nafkah kepada Isteri setelah mendirikan rumah tangga. Akhir sekali, kaum
muslimin serta muslimat perlu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model dalam semua aspek
kehidupan agar hidup dalam agama Islam yang sempurna dari segi syariatnya.
Bibliografi

Ahmad, B. H. (2016). Integriti Dalam Berpoligami.

As-Siba'y, D. M. (1962). Wanita Di Antara Hukum Islam dan Perundang-undangan. Dalam D. M. As-Siba'y,
Wanita Di Antara Hukum Islam dan Perundang-undangan.

Jalan Mudah Ke Syurga. (2012, Januari 24).

kadir, n. s. (2008). salah faham tentang islam. selangor: telaga biru sdn berhad.

Kasimin, D. A. (1993). Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama. Dalam D. A. Kasimin,
Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama (hlm. 10).

Nik Salida Suhaila, Mohammad Nidzam Abdul Kadir. (2008). Salah Faham Tentang Islam. Dalam M. N. Nik
Salida Suhaila, Salah Faham Tentang Islam.

Qardhawi, D. Y. (1997). Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah. Dalam Sistem Masyarakat
Islam dalam Al Qur'an & Sunnah.

rahim, m. a. (2011). konsep poligami dalam islam.

Romli, D. (2016). Persepsi Perempuan Tentang Poligami(Studi Pada Badan Musyawarah Organisasi Islam
Wanita Indonesia Provinsi Dan Lampung). Al-'Adalah, 117-118.

salleh, n. s. (t.t).

Wartini, A. (2013). Poligami : Dari Fiqh Hingga Perundangan-undangan. 268.

Anda mungkin juga menyukai