Anda di halaman 1dari 14

KRUSUS : INTEGRASI DAN ISLAMISASI

DALAM PENDIDIKAN
KOD KRUSUS : PLS10803
NAMA DAN NO. AMALIZA KHAIRUNISA BINTI
MATRIK : KOSAT(SL3800)
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR AHMAD BAZLI
SHAFIE
TAJUK ASSIGMENT : SEJARAH PEMBANGUNAN
INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM
(MADRASAH NIZAMIYYAH)

SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUSI NIZAMIYYAH

3.0 CIRI-CIRI MADRASAH NIZAMIYYAH DI BAGHDAD DAN NISYABUR

4.0 METOD PENDIDIKAN DI MADRASAH NIZAMIYYAH

5.0 KERUNTUHAN MADRASAH NIZAMIYYAH

6.0 PENUTUP

7.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Institusi Pendidikan pengajian Islam telah wujud sejak Rasulullah s.a.w masih di Mekah

sebelum berhijrah ke Madinah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w telah menjadikan rumah

al-Aqram bin Abi al-Aqram sebagai pusat Pendidikan terulung dan tempat menyebarkan

agama Islam. Malahan, Baginda sendiri bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan

pengikut-pengikut Baginda dan mengajar mereka ayat-ayat al-Quran yang diturunkan

kepada Baginda. Setelah Baginda berhijrah ke Madinah, sebuah masjid dibina di Madinah

yang menjadi pusat Pendidikan terawal disana. Kedudukan masjid sebagai pusat

Pendidikan Islam terus berkembang maju sepanjang zaman kegemilangan Islam disana.

Malahan dalam sejarah awalnya, masjid telah berfungsi sebagai pusat pentadbiran,

pusat perundangan dan kehakiman, pusat diplomatik, dan pusat aktiviti masyarakat. Walau

bagaimanapun, setelah sistem hidup menjadi semakin kompleks, maka bermula

pengasingan peranan masjid dan sistem Pendidikan. Kedudukan masjid sebagai pusat

Pendidikan dan pengajian telah diambil alih oleh institusi Pendidikan yang dikenali sebagai

madrasah. Fungsi-fungsi lain telah diambil alih oleh institusi yang terlibat seperti

pentadbiran, diplomatik, ketenteran dan kemasyarakatan.

Akhir sekali, hal ini tidak mewujudkan pemisahan antara urusan agama dan urusan

hidup tetapi sekadar pemisahan kedudukan dan tempat bagi memudahkan sistem

pengurusan setiap fungsi yang terlibat. Namun, dari segi falsafahnya, ajaran-ajaran Islam

masih tetap mendominasi dan menaungi segala fungsi pentadbiran tersebut. Zaman

kemuncak perkembangan kegiatan intelektual Islam berlaku pada era pemerintahan Bani

Abbasiyah. Pada masa ini, institusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-

Nizamiyyah dan institusi al-Mustansiriyah.

1
2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUSI MADRASAH NIZAMIYYAH

Madrasah merupakan institusi Pendidikan yang baharu dalam era Bani Abbasiyyah. Namun,

institusi ini merupakan lanjutan kepada institusi Pendidikan yang sebelumnya dalam pelbagai

bentuk. Faktor pembentukan madrasah sebagai salah satu institusi Pendidikan dan terpisah

daripada bangunan masjid kerana suasana pengajian di masjid yang dipenuhi dengan

perdebatan dan perbincangan yang seringkali menyebabkan suasana bising dan menganggu

orang lain menunaikan ibadah di masjid. Selain itu, ketidakmampuan masjid untuk

menampung jumlah pelajar yang besar dalam bentuk halaqah yang ramai. Oleh hal demikian,

madrasah ditubuhkan bagi memudahkan penyebaran ilmu dan menjadi pusat Pendidikan untuk

masyarakat setempat.

Madrasah Nizamiyyah di bina oleh Nizam al-Muluk. Nizam al-Muluk adalah gelaran yang

diberikan oleh Sultan kepada beliau. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hasan bin Ali bin

Ishaq at-Tusi. Beliau merupakan seorang Perdana Menteri Dinasti Saljuk pada pemerintahan

sultan Alp-Arslan dan sultan Malik Syah pada abad ke 5 dan abad ke 11 Masihi. Madrasah

Nizamiyyah dirasmikan pada tahun 459 H bersamaan 1067 Masihi. Beliau dilahirkan di Tus,

Iran pada 1018M dan dibesarkan sendiri oleh ayahnya selepas kematian ibunya. Beliau

menghafal keseluruhan al-Quran Ketika berusia 10 tahun dan menyambung pengajiannya di

Nisyabur, Bukhara dan Marw serta beberapa tempat yang lain.

Dinasti Saljuk berpendapat bahawa Ideologi harus dilawan dengan Ideologi, kerana

Institusi Madrasah merupakan alat atau senjata untuk melawan Syiah dengan menanamkan

doktrin-doktrin Sunni. Menurut Mahmud Yunus, motif mendirikan Madrasah semasa pengaruh

Turki (Saljuk) adalah untuk mengambil hati rakyat, mengharap pahala dan ampunan dari Allah,

memelihara kehidupan anak-anak dikemudian hari, dan memperkuatkan aliran keagamaan bagi

2
sultan atau pembesar. Motif-motif ini terutamanya motif politik dan motif doktrin keagamaan

merupakan dominan pada madrasah Nizamiyyah.

Keterangan ini disokong dengan penaklukan Bani Saljuk terhadap Dinasti Buwaihi di Iraq

dan mereka masuk ke kota Baghdad pada 25 Muharram 447 H dan meraih kemenangan Ahlu

sunnah terhadap Syiah. Hal ini kerana Penguasa Saljuk merupakan pengikut Sunni dan

menginginkan akidah mereka tertanam kuat dan terkikisnya fahaman Syiah. Hal ini dapat

direalisasikan dengan jalan penyebaran ilmu iaitu dengan mendirikan madrasah sebagai medan

penyebaran ilmu.

A.Shalaby menyatakan bahawa madrasah pada awalnya belum mempunyai kurikulum

yang seragam. Kurikulum madrasah bergantung kepada kepakaran guru-guru, pandangan

tentang kepentingan sesuatu ilmu dan hubungan dengan pihak yang membangunkan madrasah.

Madrasah merupakan institusi Pendidikan yang menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran

untuk para penuntut ilmu serta menjadi model kepada institusi pengajian tinggi yang muncul

kemudiannya. Madrasah juga dikenali sebagai sekolah-sekolah tinggi yang ditubuhkan pada

zaman pemerintahan Nizam al-Muluk (456H-485H)

Institusi madrasah Nizamiyyah ini menyediakan tiga buah fakulti utama iaitu fakulti

Syariah, fakulti Usuluddin dan fakulti sains kemanusiaan. Fakulti sains kemanusiaan memberi

penekanan kepada bidang kesusasteraan klasik. Setiap fakulti mempunyai pensyarah utama

yang dibantu oleh beberapa orang pembantu atau penolong pensyarah. Pensyarah utama

bertanggungjawab menyampaikan kuliah, manakala pembantu pensyarah akan menyediakan

tutorial bagi setiap kuliah yang disampaikan.

3
3.0 CIRI-CIRI MADRASAH NIZAMIYYAH DI BAGHDAD DAN NISYABUR

1. Madrasah Nizamiyyah Baghdad

Madrasah Nizamiyyah Baghdad merupakan madrasah yang paling berpengaruh di antara

madrasah Nizamiyyah yang lain (Syalaby:1977: 119). Madrasah Nizamiyyah Baghdad terletak

di pinggir sungai Daljah dan dibangunkan untuk Syaikh Abu Ishaq al-Syirazy (467) iaitu

ulama’ terkemuka di kalangan Syafi’yah. Beliau merupakan pemimpin pengajian di sebuah

masjid dan lama mengajar sebagai pembantu bagi gurunya iaitu Qadi Abu Tayib al-Bagdadiy

(Maksidi:1962: 2).

Sebagai seorang yang menubuhkan dan wakif kepada madrasah Nizamiyyah, Nizam

memegang sendiri kekuasaan pengurusan atas madrasah Nizamiyyah di Baghdad termasuk hak

untuk mengambil dan memberhentikan para guru, terutama tokoh yang menjadi syaikh di

madrasah. Hak ini kemudian disambung oleh ahli warisnya, namun tidak terlepas dari pengaruh

perkembangan dan kekuasaanya. Dari pelbagai informasi yang didapati selain menyediakan

kitab-kitab di perpustakaan untuk pembayaran operasional madrasah, Nizam al-Mulk juga

menyiapkan wakf yang terdiri atas pasar yang dibangun di depan madrasah, penanaman di

kebun-kebun (diya’, iqraat) dan beberapa bangunan tempat tinggal (amakin,amlak).

Jumlah penghasilan yang diperoleh dari wakaf Nizamiyyah Baghdad mencapai 15.000

dinar per tahun. Jumlah ini cukup untuk menutupi semua pengeluaran pembayaan gaji para

guru dan kos hidup mahasiswa yang meliputi makanan. Pakaian, dan keperluan yang lain

(Syalaby:1977: 266-267). Oleh hal demikian terdapat beberapa ciri penubuhan madrasah

Nizamiyyah di Baghdad.

4
a) Sejarah pembangunan Madrasah

Pembangunan madrasah Nizamiyyah di Baghdad mengambil masa selama 2 tahun iaitu

bermula pada bulan Zulhijjah 457 Hijrah dan dibuka secara rasmi pada hari Sabtu 10

Zulqaedah459 Hijrah (Ibnu Khallilkan, tt:218). Madrasah Nizamiyyah Baghdad

mengalami pasang surut dalam hal kemajuan. Walaupun begitu, menurut guru yang

mengajar disana madrasah Nizamiyyah Baghdad ini bertahan lama dan beroperasi

sehingga awal abad ke-9.

Menurut Syalaby (19977), ulama terakhir yang menjadi tenaga pengajar

dimadrasah tersebut adalah al-Fairuzabadiy yang meninggal dunia pada tahun 817.

Setelah kewafatan ulama tersebut tidak lagi ditemukan keterangan tentang madrasah

tersebut sehingga dikatakan madrasah tersebut tidak lagi beroperasi. Bangunannya

runtuh dan lokasinya tidak diketahui lagi dengan pasti.

b) Kurikulum

Sebagaimana yang telah ditulis di bahagian penubuhan Institusi Nizamiyyah, pendirian

Madrasah Nizamiyyah tidak lepas dari upaya integrasi melalui pengembangan aliran

Sunni. Hal ini dapat dilihat dengan bahan pelajaran yang diberikan, di mana ilmu-ilmu

agama menguasai kurikulum Lembaga Pendidikan formal dan al-Quran berada di atas

sekali. Selain itu, harta benda madrasah Nizamiyyah diwakafkan bagi kepentingan

penganut mazhab Syafi’i dalam fiqh dan usul Fiqh (Stanton,1994:50).

Oleh itu, dapat dipastikan bahawa kedua ilmu ini juga menepati keuddukan

penting dalam pengajarannya (Al-Hallaq,1992: 185). Hal ini diketahui dari kitab-kitab

fiqh Syafi’iyah yang ditulis oleh para syaikh Nizamiyyah seperti Abu Ishaq al-Syiraziy,

Imam al-Haramayn dan al-Ghazali yang menguasai kajian Fiqh pada zamannya

sehingga masa kini.

5
c) Tenaga pengajar

Nizam al-Mulk selalu berusaha mendapatkan ulama Sunni yang bermazhab Syafi’i

untuk menjadi syaikh atau guru pada setiap madrasahnya. Menurut Syalaby (1977)

dapat dilihat bahawa ulama-ulama terkenal pernah bertugas sebagai syaikh atau tenaga

pengajar di madrasah Nizamiyyah. Tiga puluh tiga orang antaranya diberi keterangan

sebagai mudarris di madrasah Baghdad pada tahun 459-817H. Ulama yang terkenal dan

berpengaruh diantara mereka ialah Abu Ishaq al-SYirazi dan Abu Hamid al-Ghazali

sebagaimana terdapat pada Tabaqat Syafi’iyyah.

Abu Ishaq adalah seorang ulama yang terkenal, berkeperibadian kuat, dan bila

diperlukan untuk berhujah tidak ragu-ragu untuk menentang kehendak penguasa.

Tambahan pula, para penulis biografinya sentiasa menyebutkan sifat-sifat keutamaan

yang terdapat padanya, iaitu beliau seorang yang menguasai ilmu fiqh yang mendalam

sehingga ia disejajarkan dengan Ibnu Suraij (306H), kuat hafalan, bijak dalam berfatwa,

mahir berdebat, mempunyai banyak murid, banyak penulisan, dan tekun beribadat.

Beliau dilahirkan pada tahun 393H dan belajar hadith dan fiqh di Faris dan Basrah

kemudian melanjutkan pelajaran ke Baghdad.

Tambahan pula, Imam al-Ghazali juga pernah menjadi Syaikh di Madrasah

Nizamiyyah Baghdad pada tahun 484 sehingga 488 H. Beliau cukup terkenal sebagai

tokoh ilmuan Islam yang ensikopedia. Banyak penyelidik yang mengaitkan

perkembangan keilmuan Islam sejak abad ke-6 dengan penulisan yang ditulisnya.

Imam al-Ghazali berasal dari Tus, Parsi dan dilahirkan pada tahun 450H. Setelah

menyelesaikan Pendidikan di negerinya, ia menuntut ilmu di Jurjan bersama Syaikh

Abu Nasr al-Ismaily dan melanjutkan pelajaran ke Nisabur. Di sana beliau menjadi

pengikut tetap pengajian Imam al-Haramayn al-Juwainy yang menjadi syaikh madrasah

Nizamiyyah dan belajar bersungguh-sunggh hingga mahir dalam berbagai cabang ilmu.

6
Buku-bukunya dalam berbagai bidang banyak dipelajari kerana penulisannya yang

berpengaruh terhadap perkembangan pemikiran orang-orang kemudian (1981:43).

Sebagai contoh, Ihya’ Ulum al-Din menjadi salah satu rujukan penting bagi kajian

Tassawuf; Maqasid dan Tahafut al-Falsafiyah yang masih menjadi bahasan pelajaran

falsafah dan sebagainya.

2. Madrasah Nizamiyyah Nisabur

Sebagaimana telah dikemukakan diatas, selain Madrasah Nizamiyyah Baghdad,keberadaan

Madrasah Nizamiyyah Nisabur juga cukup penting. Madrasah ini dibangunkan oleh Nizam al-

Mulk untuk tokoh ulama Nisabur terkemuka ketika itu iaitu Imam al-Haramayn Al-Juwainy

(478H). Imam al-Haramayn iaitu nama sebenarnya Abd al-Malik ibn Abd Allah dilahirkan

pada tahun 419H dan wafat pada tahun 478H setelah mengajar hamir 30 tahun (Zadah, tt:190).

Madrasah ini beroperasi pada tahun 338H atau 449H. Sebagai syaikh Nizamiyyah, Imam al-

Haramayn menangani kegiatan mengajar, khutbah, tazkir dan munazarah di samping aktif

dalam penulisan buku-buku dalam pelbagai bidang.

Dari Nizamiyyah yang dipimpinnya ramai lahir ulama-ulama Sunni yang terkemuka seperti

al-Ghazali dan Kiya al-Harasy (504H) yang kemudian mengajar di Madrasah Nizamiyyah

Baghdad iaitu Abu al-Qasim al-Ansari (511H) dan al-Khawafi. Diantara kitab-kitabnya yang

terkenal ialah al-Burhan dan al-Waraqat dalam bidang usul al-Fiqhh, al-Syamil, al-Irsyad dan

Aqidah al-Nizamiyyah dalam kajian kalam dan Nihayah al-Matlab fi Dirayah al-Mazhab dalam

kajian Fiqh.

Kitab-kitab fiqh Syafi’iyah yang ditulis kemudian selalu menggunakan sebutan “al-Imam”

untuk menunjukkan dirinya. Imam al-Haramayn adalah tokoh yang bermazhab Syafi’I dan

beraliran Asy’ari, namun ia bukan sekadar taklid kepada kedua imam itu. Ia banyak lagi terlibat

7
dalam berbagai perdebatan diamana beliau menegakkan keyakinannya dengan dalil-dalil.

Kemahiran debatnya jelas mewarnai semua buku yang ditulisnya melalui metode dialetik yang

selalu digunakannya.

3.0 METOD PENDIDIKAN MADRASAH NIZAMIYYAH

Dalam proses pembelajaran, metode Pendidikan atau pengajaran merupakan salah satu aspek

yang sangat penting untuk memupuk pengetahuan atau kefahaman dari guru kepada muridnya.

Antara metode yang digunakan di madrasah Nizamiyyah adalah metode lisan. Metode lisan

terdiri dari mencatat (imla’), ceramah (al-sama’), bacaan (qiraah) dan diskusi iaitu

perbincangan. Metode imla’ adalah metode untuk menyampaikan pengetahuan yang dianggap

baik dan aman kerana pelajar mempunyai catatan. Jika daya ingatan pelajar tidak kuat, nota

yang dicatat boleh membantunya.

Metode ceramah atau metod al-sama’ juga digunakan kerana apabila guru mengajar

dengan membaca buku atau menjelaskan isi buku tersebut murid mendengarnya dan

memahami penyampaian guru. Metod qiraah atau membaca biasa digunakan untuk belajar

membaca. Manakala diskusi atau perbincangan digunakan dalam pengajaran ilmu-ilmu yang

bersifat falsafah dan fiqh.

Tambahan pula, metod hafalan merupakan cara yang sangat ditekankan dalam

Pendidikan Islam kerana seorang pelajar akan dapat menggambarkan pelajaran yang

dihafalnya serta dapat diaplikasikan dengan baik melalui diskusi atau perdebatan,seperti

mematahkan hujah pihak lawan atau memunculkan sesuatu yang baru ketika dalam perdebatan

atau diskusi.

8
Metod penulisan juga digunakan di madrasah Nizamiyyah. Metod ini perlu untuk

menyalin karya-karya ulama’ kerana pada zaman itu kekurangan alatan teknologi seperti mesin

pencetak. Namun dalam penyalinan buku-buku para pelajar dapat memahami sedikit daripada

ilmu yang disampaikan secara tidak langsung meningkatkan penguasaan ilmu para pelajardan

akhirnya menimbulkan sistem ta’liqah atau keterkaitan dengan karya-karya ulama’.

Antara pilihan subjek disediakan di Madrasah Nizamiyyah yang terdiri dua bidang ialah

pertama yang bersifat wajib seperti subjek al-Quran, Fiqh solat, doa, asas ilmu nahu, Bahasa

Arab, dan ilmu menulis serta membaca. Manakala yang kedua ialah bersifat ikhtiyari ataupun

pilihan. Antara subjeknya adalah mengira, semua ilmu nahu dan Bahasa Arab dengan lebih

mendalam, syair, Riwayat atau sejarah tanah Arab.

Sebagai sebuah madrasah yang didirikan hasil daripada polisi kerajaan dalam

membanteras ideologi Syiah daripada kerajaan Fatimiyyah dan Buwayhi, terdapat beberapa hal

yang menjadi penanda aras perkembangan kepada kemajuan Madrasah Nizamiyyah sistem

Pendidikan Islam pada zaman kesultanan Saljuk. Antaranya ialah yang pertama madrasah

Nizamiyah sebagai institusi Pendidikan Islam telah dijadikan sebagai medium dalam

menghidupkan mazhab Sunni terutamanya aliran fiqh Syafiyyah dan aliran Asy’ariyah.

Selain itu, madrasah Nizamiyyah juga dijadikan sebagai tempat untuk mengembangkan

ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Fiqh, al-Quran, dan Tafsir, hadith dan ilmu hadith, Nahu, Sorof,

Bahasa Arab dan kesusasteraan. Madrasah Nizamiyyah sebagai institusi pengajian Islam juga

dijadikan sebagai benteng pemikiran untuk mempertahankan kekuasaan dan pertembungan

aliran fahaman sehingga telah banyak madrasah Nizamiyyah didirikan di pelbagai kota, seperti

kota Balkh, Nisabur, Isfahan, Mosul, Basra dan Tabaristan

9
5.0 KERUNTUHAN MADRASAH NIZAMIYYAH

Madrasah Nizamiyah sedikit demi sedikit mengalami kemunduran setelah wafatnya Nizam al-

Mulk. Madrasah yang sistem pendidikan dan organisasinya ditiru di Eropa ini sempat berjaya

sampai akhir abad ke-14, ketika Timur Lenk menghancurkan Baghdad. Timur Lenk dengan

bala tentaranya menyerbu kota Baghdad dan menghancurkan segala peradaban serta

membantai ribuan orang di wilayah yang ditaklukkannya.

Baghdad hancur lebur sekitar tahun 1393 M. Setelah kematian Nizam al-Mulk pada

tahun 1092 M, kebijakan saljuk terumbang ambing di antara pemihakan Hanafiyah dan

Pemihakan terhadap Syafi’iyyah. Sampai pada pertengahan abad keduabelas warga Hanafiyah

meraih keberuntungan, tetapi pada paro kedua dari abad ini hambaliyah dan Syafi’iyyah

merebut kembali dan di untungkan dengan sejumlah perguruan yang baru.

Kemudian faktor kemunduran Saljuk terjadi disebabkan oleh perebutan kekuasaan di

antara orang saljuk di samping para pemimpin tingkat provinsi menyatakan memisahkan diri

dari Saljuk. Selain itu bencana terbesar Bani Saljuk adalah adanya gerakan Batiniah Ismailiyah

yang berasal dari Syiah Fatimiah dibawah Pimpinan Hasan Bin Shabbah. Berkuasanya bani

Saljuk secara utuh hanya sampai pada tahun 1154 M, masa sesudahnya kekhalifahan

Abbasyiah sebenarnya bebas dari pengaruh manapun, namun secara perlahan tapi pasti menuju

kehancuran.

10
6.0 PENUTUP

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahwa Nizam al-Mulk, wazir Dinasti Saljuk, telah

membangun beberapa madrasah lengkap dengan perpustakaan dan disertai sejumlah wakaf

sebagai sumber dananya. Madrasah-madrasah yang dikenal dengan nama Madrasah Nizamiyah

itu dimaksudkan sebagai pusat pengembangan mazhab Sunni, khususnya Syafi’iyah dan

Asy’ariyah. Kurikulumnya disesuaikan dengan tujuan itu dan kegiatan pengajaranya pun

diserahkan kepada tokoh-tokoh ulama terkemuka dari mazhab tersebut. Yang paling penting

di antara madrasah-madrasah itu ialah Nizamiyah Bagdad dan Nizamiyah Nizabur, sedangkan

pimpinan dan tenaga pengajarnya yang paling berpengaruh ialah, Abu Ishaq al-Syirazy, Imam

al-Haramayn dan al-Ghazali. Kejayaan Madrasah Nizamiyah sangat erat kaitannya dengan

Nizam al-Mulk sebagai penguasa Sunni pada kekhilafahan Dinasti Abbas. Walaupun

Madrasah Nizamiyah berkaitan dengan penguasa, kemudian lenyap, tetapi sistem madrasah

sebagai lembaga pendidikan tinggi Islam ternyata dilanjutkan oleh para pemimpin yang

berkuasa.

11
7.0 RUJUKAN

Ibn Khallikan. tt. Wafyat al-A’yan. Jilid II. Beirut: Dar al-Saqafah.

Makdisi, George. 1961. Muslim Institutions of Learning in Eleventh

Century Baghdad, pada Bulletin of The School of Oriental and African Studies University of
London. vol. XXIV. Part. I.

Muhammad Abu Fadl. Ibrahim. 1971. “Tasdir”, pada Saif al-Din al-Amidi,

Gayah al-Maram fi ‘Ilm al-Kalam. Kairo: Lajnah Ihya al-Turas alIslami.

Stanton, Charles Michael. 1994. Pendidikan Tinggi dalam Islam: Sejarah dan

Peranannya dalam Kemajuan Ilmu Pengetahuan. Jakarta: Logos. Terj. H Afandi dan Hasan
Asari dari Higher Learning in Islam.

Syalaby, Ahmad. 1977. Tarikh al-Tarbiyah al-Islamiyah. Kairo: Al-Nahdah

al-Misriyah.

Zadah, Tasya Kubra. tt. Miftah al-Su’adah. jilid II. Haidar Abad: Dar al-

Ma’arif

https://www.researchgate.net/publication/325316538_Madrasah_Nidzamiyah_Latar_Belakan
g_Profil_Kurikulum_Dan_Metode_Pendidikannya/fulltext/5b055e08a6fdcc8c252283e1/Mad
rasah-Nidzamiyah-Latar-Belakang-Profil-Kurikulum-Dan-Metode-Pendidikannya.pdf

https://www.researchgate.net/publication/327071688_MADRASAH_FROM_EARLY_TIME
_TO_NIZHAMIAH_Sejarah_Sosial_dan_Kelembagaan_Pendidikan_Islam/link/5b76c44429
9bf119f6527794/download

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/institut-pendidikan-dan-pengajian/

https://media.neliti.com/media/publications/226433-madrasah-nizamiyah-kajian-tentang-
lembag-3919e851.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai