Anda di halaman 1dari 18

KRUSUS : INTEGRASI DAN ISLAMISASI DALAM

PENDIDIKAN

KOD KRUSUS : PLS10803


NAMA DAN NO. AMALIZA KHAIRUNISA BINTI
MATRIK : KOSAT(SL3800)
NAMA PROF. MADYA DR AHMAD
PENSYARAH : BAZLI SHAFIE
TAJUK ASSIGMENT SEJARAH PEMBANGUNAN
: INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
   
BIOGRAFI NIZAM AL-MULK

SEJARAH PENUBUHAN MADRASAH NIZAMIYYAH

CIRI-CIRI MADRASAH NIZAMIYYAH BAGHDAD DAN


NISABUR

METOD PENDIDIKAN MADRASAH NIZAMIYYAH

KERUNTUHAN MADRASAH NIZAMIYYAH


PENGENALAN

 Institusi Pendidikan pengajian Islam telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w masih di Mekah sebelum
berhijrah ke Madinah

 Rasulullah s.a.w telah menjadikan rumah al-Aqram bin Abi al-Aqram sebagai pusat Pendidikan terulung
dan tempat menyebarkan agama Islam

 Setelah Baginda berhijrah ke Madinah, sebuah masjid dibina di Madinah yang menjadi pusat Pendidikan
terawal disana

 masjid sebagai pusat Pendidikan Islam terus berkembang maju sepanjang zaman kegemilangan Islam
disana.

 Walau bagaimanapun, setelah sistem hidup menjadi semakin kompleks, maka bermula pengasingan
peranan masjid dan sistem Pendidikan
BIOGRAFI NIZAM AL-MULUK

 NAMA ASAL: Abu Ali al-Hasan bin Ali bin Ishaq at-Tusi

 GELARAN:Niẓām al-Mulk

 LAHIR: Ṭus (sebuah kota yang berdekatan dengan Naisapur) pada 1018 M

 PENDIDIKAN: Menyambung pengajiannya di Nisyabur, Bukhara dan Marw

 LATAR BELAKANG KELUARGA:Bapanya adalah seorang dihqan (pengutip cukai tanah kerajaan Kesultanan


Ghaznawi dan Saljuq), manakalah ibunya telah meninggal semasa beliau kecil

 JAWATAN: Perdana Menteri Dinasti Saljuk

 KARYA:Siyasat Nameh(buku tentang politik) membicarakan mengenai pemerintahan dari perspektif


seorang pemerintah Muslim
SEJARAH PENUBUHAN MADRASAH
NIZAMIYYAH

 Madrasah Nizamiyyah di bina oleh Nizam al-Mulk

 Dirasmikan pada tahun 459 H bersamaan 1067 Masihi.

 motif mendirikan Madrasah semasa pengaruh Turki (Saljuk) adalah untuk mengambil hati rakyat,
mengharap pahala dan ampunan dari Allah, memelihara kehidupan anak-anak dikemudian hari,
dan memperkuatkan aliran keagamaan bagi sultan atau pembesar
 A.Shalaby menyatakan bahawa madrasah pada awalnya belum mempunyai kurikulum yang
seragam
 Kurikulum madrasah bergantung kepada kepakaran guru-guru, pandangan tentang kepentingan
sesuatu ilmu dan hubungan dengan pihak yang membangunkan madrasah
CIRI-CIRI MADRASAH NIZAMIYYAH DI BAGHDAD DAN
NISYABUR

 Madrasah Nizamiyyah Baghdad

o Terletak di pinggir sungai Daljah

o Dibangunkan untuk Syaikh Abu Ishaq al-Syirazy (467) iaitu ulama’ terkemuka di kalangan Syafi’yah

o Pemimpin pengajian di sebuah masjid dan lama mengajar sebagai pembantu bagi gurunya iaitu Qadi
Abu Tayib al-Bagdadiy

o Nizam memegang sendiri kekuasaan pengurusan atas madrasah Nizamiyyah di Baghdad termasuk hak
untuk mengambil dan memberhentikan para guru, terutama tokoh yang menjadi syaikh di madrasah
Sejarah pembangunan Madrasah

 Pembangunan madrasah Nizamiyyah di Baghdad mengambil masa selama 2 tahun

 Dibuka secara rasmi pada hari Sabtu 10 ZulKaedah 459 Hijrah

 madrasah Nizamiyyah Baghdad ini bertahan lama dan beroperasi sehingga awal abad ke-9

 ulama terakhir yang menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut adalah al-Fairuzabadiy

yang meninggal dunia pada tahun 817H


KURIKULUM

 pendirian Madrasah Nizamiyyah tidak lepas dari upaya integrasi melalui


pengembangan aliran Sunni

 ilmu-ilmu agama menguasai kurikulum Lembaga Pendidikan formal

 harta benda madrasah Nizamiyyah diwakafkan bagi kepentingan penganut


mazhab Syafi’i dalam fiqh dan usul Fiqh
TENAGA PENGAJAR

 ulama Sunni yang bermazhab Syafi’i


 Tiga puluh tiga orang antaranya diberi keterangan sebagai mudarris di madrasah Baghdad pada tahun 459-
817H
 Ulama yang terkenal dan berpengaruh diantara mereka ialah Abu Ishaq al-SYirazi dan Abu Hamid al-Ghazali
 Abu Ishaq
 seorang ulama yang terkenal, berkeperibadian kuat, dan bila diperlukan untuk berhujah tidak ragu-ragu untuk
menentang kehendak penguasa
 menguasai ilmu fiqh
 Imam al-Ghazali

 menjadi Syaikh di Madrasah Nizamiyyah Baghdad pada tahun 484 sehingga 488 H.

 berasal dari Tus, Parsi

 menuntut ilmu di Jurjan bersama Syaikh Abu Nasr al-Ismaily dan melanjutkan pelajaran ke Nisabur

 Buku-bukunya dalam berbagai bidang banyak dipelajari kerana penulisannya yang berpengaruh terhadap
perkembangan pemikiran orang-orang kemudian

 Sebagai contoh, Ihya’ Ulum al-Din menjadi salah satu rujukan penting bagi kajian Tassawuf; Maqasid
dan Tahafut al-Falsafiyah yang masih menjadi bahasan pelajaran falsafah dan sebagainya.
 Madrasah Nizamiyyah Nisabur

o Dibangunkan oleh Nizam al-Mulk untuk tokoh ulama Nisabur terkemuka ketika itu iaitu
Imam al-Haramayn Al-Juwainy (478H)

o Imam al-Haramayn iaitu nama sebenarnya Abd al-Malik ibn Abd Allah dilahirkan pada tahun
419H dan wafat pada tahun 478H

o Imam al-Haramayn menangani kegiatan mengajar, khutbah, tazkir dan munazarah di samping
aktif dalam penulisan buku-buku dalam pelbagai bidang.

o Imam al-Haramayn adalah tokoh yang bermazhab Syafi’I dan beraliran Asy’ari
METOD PENDIDIKAN MADRASAH
NIZAMIYYAH

 metode Pendidikan atau pengajaran merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk
memupuk pengetahuan atau kefahaman dari guru kepada muridnya

 Antara metode yang digunakan di madrasah Nizamiyyah adalah metode lisan. Metode lisan
terdiri dari mencatat (imla’), ceramah (al-sama’), bacaan (qiraah) dan diskusi iaitu
perbincangan

 Metode imla’ - metode untuk menyampaikan pengetahuan yang dianggap baik dan aman
kerana pelajar mempunyai catatan. Jika daya ingatan pelajar tidak kuat, nota yang dicatat boleh
membantunya.
 Metode ceramah atau metod al-sama’ - apabila guru mengajar dengan membaca buku
atau menjelaskan isi buku tersebut murid mendengarnya dan memahami penyampaian
guru

 Metod qiraah atau membaca biasa digunakan untuk belajar membaca. Manakala
diskusi atau perbincangan digunakan dalam pengajaran ilmu-ilmu yang bersifat
falsafah dan fiqh.

 metod hafalan -cara yang sangat ditekankan kerana seorang pelajar akan dapat
menggambarkan pelajaran yang dihafalnya serta dapat diaplikasikan dengan baik
melalui diskusi atau perdebatan,seperti mematahkan hujah pihak lawan atau
memunculkan sesuatu yang baru ketika dalam perdebatan atau diskusi.
 Metod penulisan juga digunakan di madrasah Nizamiyyah. Metod ini perlu untuk menyalin
karya-karya ulama’ kerana pada zaman itu kekurangan alatan teknologi seperti mesin
pencetak

 Antara pilihan subjek disediakan di Madrasah Nizamiyyah yang terdiri dua bidang ialah
pertama yang bersifat wajib seperti subjek al-Quran, Fiqh solat, doa, asas ilmu nahu, Bahasa
Arab, dan ilmu menulis serta membaca

 Manakala yang kedua ialah bersifat ikhtiyari ataupun pilihan. Antara subjeknya adalah
mengira, semua ilmu nahu dan Bahasa Arab dengan lebih mendalam, syair, Riwayat atau
sejarah tanah Arab.
 Selain itu, madrasah Nizamiyyah juga dijadikan sebagai tempat untuk mengembangkan
ilmu-ilmu Islam seperti ilmu Fiqh, al-Quran, dan Tafsir, hadith dan ilmu hadith, Nahu,
Sorof, Bahasa Arab dan kesusasteraan

 Madrasah Nizamiyyah sebagai institusi pengajian Islam juga dijadikan sebagai benteng
pemikiran untuk mempertahankan kekuasaan dan pertembungan aliran fahaman sehingga
telah banyak madrasah Nizamiyyah didirikan di pelbagai kota, seperti kota Balkh, Nisabur,
Isfahan, Mosul, Basra dan Tabaristan
KERUNTUHAN MADRASAH NIZAMIYYAH

 Madrasah Nizamiyah sedikit demi sedikit mengalami kemunduran setelah wafatnya Nizam al-Mulk.

 Setelah kematian Nizam al-Mulk pada tahun 1092 M, kebijakan saljuk terumbang ambing di antara
pemihakan Hanafiyah dan Pemihakan terhadap Syafi’iyyah

 Faktor kemunduran Saljuk terjadi disebabkan oleh perebutan kekuasaan di antara orang saljuk di
samping para pemimpin memisahkan diri dari Saljuk

 Selain itu bencana terbesar Bani Saljuk adalah adanya gerakan Batiniah Ismailiyah yang berasal dari
Syiah Fatimiah dibawah Pimpinan Hasan Bin Shabbah

 Berkuasanya bani Saljuk secara utuh hanya sampai pada tahun 1154 M
KESIMPULAN

 Nizam al-Mulk, wazir Dinasti Saljuk, telah membangun beberapa madrasah lengkap dengan perpustakaan dan
disertai sejumlah wakaf sebagai sumber dananya. Madrasah-madrasah yang dikenal dengan nama Madrasah
Nizamiyah itu dimaksudkan sebagai pusat pengembangan mazhab Sunni, khususnya Syafi’iyah dan
Asy’ariyah. Kurikulumnya disesuaikan dengan tujuan itu dan kegiatan pengajaranya pun diserahkan kepada
tokoh-tokoh ulama terkemuka dari mazhab tersebut. Yang paling penting di antara madrasah-madrasah itu
ialah Nizamiyah Bagdad dan Nizamiyah Nizabur, sedangkan pimpinan dan tenaga pengajarnya yang paling
berpengaruh ialah, Abu Ishaq al-Syirazy, Imam al-Haramayn dan al-Ghazali. Kejayaan Madrasah Nizamiyah
sangat erat kaitannya dengan Nizam al-Mulk sebagai penguasa Sunni pada kekhilafahan Dinasti Abbas.
Walaupun Madrasah Nizamiyah berkaitan dengan penguasa, kemudian lenyap, tetapi sistem madrasah sebagai
lembaga pendidikan tinggi Islam ternyata dilanjutkan oleh para pemimpin yang berkuasa.
‫‪SEKIAN,‬‬
‫‪TERIMA KASIH‬‬

‫ات الْ َومْه ِ َواَ ْك ِر ْمنَا ِب ُن ْو ِرالْفهْ ِمَ‬ ‫ال ٰل ّهُ َّم ا ْخ ِر ْجنَا ِم ْن ُظلُ َم ِ‬
‫َوافْتَ ْح عَلَ ْينَا ِب َم ْع ِرفَ ِت َك‬
‫َو َسه ِّْل لَنَآ َابْ َو َاب فَ ْضكِل َ‬
‫يَآ َا ْر َح َم َّالرامِح ِ َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai