Anda di halaman 1dari 5

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MENJAWAB SOAL SELIDIK INI

THANK YOU FOR WILLING TO ANSWER THIS QUESTIONAIRE

QUESTIONS FOR PRE TEST AND POST TEST

(Will conduct after teaching and learning process)

NAME: ………………………………………………

ARAHAN:

Sambungkan ayat-ayat tunggal dibawah ini supaya menjadi ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai.

1. Anak gadis itu sedang menyanyi.


Anak gadis itu anak saudara saya.

2. Penduduk di kawasan lembah itu sedar .


Mereka akan menghadapi banjir kilat.

3. Nenek sampai di rumah.


Nenek terus masuk ke dalam rumah

______________________________________________________________________
4. Halimah memilih bunga ros untuk hiasan rumahnya.
Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumahnya.

5. Nurin mengangkat dulang yang berisi pinggan mangkuk.


Nurin meletakkannya di atas meja.
6. Saya terlewat bangun.
Saya tidur pada pukul tiga pagi.
Saya tergesa-gesa ke sekolah.

7. Hari sudah jauh malam.


Saya harus menyudahkan esei saya.
Saya rasa mengantuk.

_______________________________________________________________________

8. Saya bekerja keras.


Saya dapat menyelesaikan esei saya.

9. Biasanya beliau ke universiti dengan kereta.


Semalam, beliau menaiki bas.
Keretanya berada di bengkel.

10. Shafie akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa
minggu depan.
Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa
minggu depan.

________________________________________________________________________

SEMOGA BERJAYA
JAWAPAN

Soalan 1:

Ayat Tunggal (a): Anak gadis itu sedang menyanyi.

Ayat Tunggal (b): Anak gadis itu anak saudara saya.

Kata Hubung : kata relatif yanghttp://www.ohfreesex.com/tube/pain/

Ayat Majmuk : Anak gadis yang sedang menyanyi itu anak saudara

saya.

Soalan 2:

Ayat Tunggal (a): Penduduk di kawasan lembah itu sedar ( sesuatu).

Ayat Tunggal (b): Mereka akan menghadapi banjir kilat.

Kata Hubung : kata komplemen bahawa

Ayat Majmuk : Penduduk di kawasan lembah itu sedar bahawa mereka akan menghadapi
banjir kilat.

Soalan 3:

Ayat Tunggal (a): Nenek sampai di rumah.

Ayat Tunggal (b): Nenek terus masuk ke dalam rumah.

Kata Hubung : kata keterangan setelah

Ayat Majmuk : Setelah sampai di rumah nenek terus masuk ke dalam

rumah.

Soalan 4 :

Ayat Tunggal (a): Halimah memilih bunga ros untuk hiasan rumahnya.

Ayat Tunggal (b): Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumahnya..

Kata Hubung : kata keterangan manakala

Ayat Majmuk :Halimah memilih bunga ros manakala Zahidah mengambil bunga orkid untuk
hiasan rumah mereka.

Soalan 5 :

Ayat Tunggal (a): Nurin mengangkat dulang yang berisi pinggan mangkuk.

Ayat Tunggal (b): Nurin meletakkannya di atas meja..

Kata Hubung : lalu

Ayat Majmuk : Nurin mengangkat dulang yang berisi pinggan mangkuk lalu meletakkannya di

atas meja.

Soalan 6 :

Ayat Tunggal (a): Saya terlewat bangun..

Ayat Tunggal (b): Saya tidur pada pukul tiga pagi.

Ayat Tunggal (c): Saya tergesa-gesa ke sekolah.

Kata Hubung : kerana, lalu

Ayat Majmuk : saya terlewat bangun kerana tidur pada pukul tiga pagi lalu tergesa-gesa ke

sekolah.

Soalan 7 :

Ayat Tunggal (a): Hari sudah jauh malam.

Ayat Tunggal (b): Saya harus menyudahkan esei saya.

Ayat Tunggal (c): Saya rasa mengantuk.

Kata Hubung : dan, tetapi

Ayat Majmuk : Hari sudah jauh malam dan saya harus menyudahkan esei tetapi saya rasa

mengantuk.

Soalan 8 :

Ayat Tunggal (a): Saya bekerja keras..

Ayat Tunggal (b): Saya dapat menyelesaikan esei saya.

Kata Hubung : supaya


Ayat Majmuk : saya bekerja keras supaya dapat menyelesaikan esei saya

Soalan 9 :

Ayat Tunggal (a):Biasanya beliau ke universiti dengan kereta

Ayat Tunggal (b): Semalam, beliau menaiki bas.

Ayat Tunggal (c): Keretanya berada di bengkel.

Kata Hubung : tetapi, kerana

Ayat Majmuk : Biasanya beliau ke university dengan kereta tetapi semalam beliau menaiki

bas kerana keretanya berada di bengkel.

Soalan 10 :

Ayat Tunggal (a): Shafie akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat

antarabangsa minggu depan.

Ayat Tunggal (b): Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat

antarabangsa minggu depan..

Kata Hubung : atau

Ayat Majmuk : Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak

peringkat antarabangsa minggu depan.

Anda mungkin juga menyukai