Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU TAHUN 3

ULANGKAJI : TATABAHASA
KATA PEMERI
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks: (i) kata hubung, (ii) kata sendi nama, (iii) kata arah, (iv) kata
tanya,
(v) kata perintah, (vi) kata seru, (vii) kata pemeri, (viii) kata penguat, (ix) kata nafi, (x) kata bantu, dan (xi) kata bilangan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Menggunakan kata pemeri dalam konteks yang betul.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid-murid dapat :
1. Memahami perbezaan penggunaan kata pemeri
2. Menjawab 5 soalan berkaitan kata pemeri
Apa itu kata pemeri?

Kata Pemeri
Terbahagi kepada dua iaitu ialah dan adalah

ialah adalah

Digunakan untuk menjelaskan subjek Digunakan untuk menerangkan subjek

dengan frasa nama. dengan frasa adjektif dan frasa sendi
Contoh ayat : nama
Danial ialah anggota Skuad Prihatin Contoh ayat :
Hadiah ini adalah untuk ibu Hazim.
Contoh Ayat

Rumah besar di atas bukit itu ialah rumah

Tuan Syed.

Ialah
• Frasa nama

Ibu Soon Kiat ialah seorang jururawat di

Hospital Besar Ipoh.
Contoh Ayat
Air teh yang dibancuh oleh Rina adalah
adalah sangat manis.
• Frasa adjektif

Keputusan pengadil bagi perlawanan itu

adalah tidak adil.

Tujuan kutipan derma adalah untuk

adalah membina dewan baharu.
• Frasa Sendi
Nama
Buku cerita itu adalah daripada Vinod.
Latihan Salin soalan dalam buku BM A atau BM B

Rabu 27 Oktober 2021

ULANGKAJI TATABAHASA : KATA
PEMERI
Lengkapkan ayat dengan kata pemeri ‘adalah’ atau ‘ ialah’.

1. Kanak-kanak perempuan berbaju merah itu ____________ adik Farhana.

2. Kek coklat yang dibeli oleh Encik Rohan _____________ untuk isterinya.

3. Kucing peliharaan Kamilia ______________ sangat comel.

4. Novel yang dibaca oleh Herlina ____________ sangat tebal.

5. Rumah di seberang jalan _____________ rumah Arif dan keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai