Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

PENGERUSI MAJLIS

CERAMAH AGAMA

Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin...


RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI
YAF KHAHUL KAULI...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh….

Sebelum meneruskan acara majlis, marilah sama-sama kita melafazkan


ummul kitab Al-Fatihah.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan


Kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam auditorium ini pada
pagi jumaat yang penuh barakah ini. Jumaat juga dikenali sebagai sayyidul
ayyam yang bermaksud penghulu segala hari. Ini selaras dengan sebuah
hadith yang hasan sanadnya, diriwayatkan oleh imam ahmad
rahmatullahalaihi, dari Abu Lubabah Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu
berkata, bahawasanya Rasulullah ‫ صلى ا عليه وسلم‬bersabda, “Hari Jumaat
adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari
Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah.
Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan
diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat
juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah
maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari
Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang
dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari
Jumaat.” Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada
para hadirin-hadirat sekalian kerana Berkumpulnya kita di sini adalah bagi
menyertai majlis ilmu yang akan disampaikan sebentar lagi oleh
penceramah jemputan kita pada pagi ini, iaitu Ustaz Zamani Al-Besuty,
seorang pendakwah yang tidak asing lagi bagi kita. Sedikit latar belakang
mengenai Al-Fadhil Ustaz..
Dilahirkan di Kg Alur Lintang Besut, Terengganu. (Al-Besuty)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah Islamiyyah Uni Al


Azhar dan Master Siyasah Syariah UM.

Mantan Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM KL.

Kini CEO Ar Raudhah Global Resources dan Eksekutif Syarie di Inggres


Auto Sdn. Bhd. (Pengedar BMW)

Pengerusi Maahad Tahfiz Raudhah Al-Quran Bkt Antarabangsa.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Al Fadhil Ustaz Zamani Al-Besuty


bagi menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk “Asas Kejayaan : 5
Prinsip Syukur. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……………………

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz di atas ceramah yang


disampaikan sebentar tadi. Syabas kepada para hadirin-hadirat yang
dirahmati sekalian di atas kesabaran dan perhatian yang diberikan
sepanjang berlangsungnya sesi ceramah sebentar tadi. Di kesempatan ini
saya ingin memetik sepotong ayat dari Surah Al-mujaadilah Ayat 11 yang
berbunyi :
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Jesteru itu, semoga kita dapat beramal dengan ilmu yang disampaikan
sebentar tadi dan dapat juga berpesan-pesan kepada mereka yang tidak
berkesempatan hadir.

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Mengakhiri acara Majlis, Dengan ini Dijemput Al-Fadhil Ustaz untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

………………………..

Assalamualaikum Warahmutullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai