Anda di halaman 1dari 11

Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)

Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

APLIKASI E-PEMBELAJARAN UNTUK PROSES PEMBELAJARAN


DAN PENGAJARAN BAHASA: FUNGSI DAN KELEBIHAN

Ahmad Zaki bin Amiruddin,


Prof. Madya Dr. Kamarulzaman bin Abdul Ghani,
Dr. Ahmed Thalal bin Hassan, Dr. Ahmad bin Abdul Rahman,
Nor binti Abdul Rahman, Amanee binti Abdul Hai,
Qaziah Fatihah binti Berhanuddin
Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia
ahmadzaki@umk.edu.my

Abstract

E-Learning Application has been chosen by many educators to ensure that the learning and teaching
(L&T) process is more interesting and efficient. Moreover, the usage of this application will increase
the quality of L&T in line with the advancement of global technologhy. Upon its importance, this
topic is selected to introduce some e-learning applications such as Quizlet.Com, GoAnimate.Com and
Wondershare QuizCreator which are suitable to be applied in language’s L&T. The presentation of
this topic includes the introduction of how to use these three applications, their general functions and
specific functions for language’s L&T. In conclusion, the usage of these applications makes L&T
process for language interactive and different from the traditional technique. Nevertheless, it is hoped
that the presentation of this topic, it will encrouge other educators to combine the latest L&T process
with the technology in response to the suggestion of the Ministry of Higher Education in one of their
Critical Agenda Projects (CAPs).

Aplikasi e-Pembelajaran mula menjadi pilihan para pengajar bagi memastikan proses pembelajaran
dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan efisyen. Di samping itu penggunaan aplikasi tersebut juga
meningkatkan kualiti P&P sejajar dengan kemajuan teknologi global. Menyedari kepentingan ini, satu
topik diketengahkan bagi memperkenalkan aplikasi e-pembelajaran yang sesuai digunakan untuk P&P
bahasa, iaitu; Quizlet.Com, GoAnimate.Com dan Wondershare QuizCreator. Pembentangan topik ini
meliputi penerangan cara penggunaan aplikasi sebagaimana dinyatakan beserta contoh bergambar,
kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa. Secara
kesimpulannya, penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan P&P bahasa lebih interaktif dan sangat
berbeza dengan teknik P&P secara tradisional. Melalui pembentangan topik ini, diharapkan dapat
merancakkan lagi perkembangan teknik P&P terkini yang digabungkan dengan kemajuan teknologi
sebagai menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satu Projek Agenda
Kritikal (CAPs – Critical Agenda Projects).

Keywords: bahasa; e-learning; aplikasi; e-pembelajaran; p&p.


Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

PENDAHULUAN

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan perkembangan pesat teknologi yang telah memberi
impak yang sangat besar kepada sistem-sistem di seluruh pelosok dunia. Teknologi secara
umumnya sangat bermanfat bagi memudahkan proses sesuatu sistem dan meningkatkan
kualiti hasil dari proses, di samping mempercepatkan lagi aliran kerja. Menyedari hakikat
perkembangan positif ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap
teknologi. Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah bidang pendidikan, yang mana
penerapan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mula
ditekankan pada pelbagai peringkat pengajian.

Seawal tahun 1988, istilah “teknologi pendidikan” mula diperkenalkan di bawah kelolaan
Bahagian Teknologi Pendidikan, Sektor Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM –
sekarang dikenali dengan Kementerian Pendidikan Malaysia) berfungsi untuk memastikan
pembudayaan penggunaan teknologi dalam P&P pada peringkat sekolah
(http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4, 12 September 2015). Antara usaha yang
dilakukan bagi memastikan hal ini berlangsung dengan jayanya, para pelatih guru di institut
pendidikan guru (IPG) didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan dengan penggunaan
teknologi dalam P&P, sama ada dari segi alata bantu mengajar, seperti; komputer, projektor
dan LCD, serta penggunaan aplikasi seperti Microsoft Office (aplikasi asas untuk menaip -
Words, membina pengkalan data - Excel dan membuat slaid pembentangan – Powerpoint)
dan Wondershare Quiz Creator (aplikasi membina soalan secara atas talian).

Manakala pada peringkat pengajian tinggi, penekanan serius kepada penggunaan teknologi
dalam P&P adalah melalui Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) Fasa 1, tahun 2010 yang mana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mula
memberi fokus kepada dasar e-Pembelajaran dengan meninjau status penggunaan e-
Pembelajaran di institut pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/PTS), Politeknik dan Kolej
Komuniti. Rentetan dari PSPTN Fasa 1, pada 16 April 2011, Dasar e-Pembelajaran Negara
(DePAN) telah dilancarkan, seterusnya dalam Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2 (2011-2015),
fokus kepada e-Pembelajaran (diletakkan dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs –
Critical Agenda Projects) KPT) dipertingkatkan. Dalam pelan tindakan ini, tiga fasa
dibahagikan, iaitu; Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa
Optimum (2015).
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

Pada Fasa Optimum (2015) KPT mensasarkan pembudayaan e-pembelajaran secara meluas
pada peringkat institut pengajian tinggi (Buku Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa
2 (2011-2015)). Menyahut saranan KPT ini, hampir kesemua IPT mula menggunakan sistem
e-pembelajaran yang dikenali sebagai Learning Management System (LMS), sebagai contoh;
penggunaan LMS di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dikenali sebagai; Global Open
Access Learning System (GOALS) (http://goals.usim.edu.my/moodle/index.php, 12
September 2015), di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dikenali sebagai; MyGuru
(https://myguru2.upsi.edu.my/login.php, 12 September 2015), di Universiti Malaysia
Kelantan (UMK), dikenali sebagai; MyEdu (http://myedu.umk.edu.my/login_umk.php, 12
September 2015) dan banyak lagi.

Walaupun terdapat sistem e-pembelajaran khas bagi setiap IPT, penggunaan aplikasi lain
turut diketengahkan oleh para pengajar dan penyelidik dalam bidang pendidikan bagi
menyokong sistem yang sedia ada. Hal ini sejajar dengan teknologi itu sendiri yang tiada
batasan dan sempadan, sentiasa berkembang dari sehari ke sehari, ditambah galakan yang
berterusan daripada pihak kementerian. Berikut dinyatakan beberapa kajian yang telah
diutarakan oleh beberapa penyelidik dan berkaitan dengan e-pembelajaran:

Muhammad Sabri Sahrir (2013), di dalam jurnal bertajuk: Al-Al’ab Al-Lughawiyyah Al-
Muhwasabah fi Ta’alum Al-Lughah Al-‘Arabiyyah Li Al-Natiqin bighayriha bayna Al-
Nazariyyah wa Al-Tatbiq: Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Al-‘Alamiyyah bi Maliziya Namuzajan
(Permainan Bahasa Berkomputer dalam Pembelajaran Bahasa Arab bagi Penutur Bukan
Arab di antara Teori dan Aplikasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai
Contoh), telah membentangkan penerangan terperinci berkenaan permainan bahasa
berkomputer terutamanya yang berasaskan laman sesawang (website), di samping
menyenaraikan hampir keseluruhan capaian-capaian yang ada dan boleh disesuaikan untuk
kegunaan pembelajaran bahasa Arab. Dari sudut yang lain, beliau turut membentangkan satu
permainan bahasa yang dibangunkan sendiri, dan dilaksanakan dalam P&P bahasa Arab
menggunakan model ADDIE. Maklum balas para pelajar direkodkan setelah selesai
menggunakan permainan tersebut. Pada akhir kajian, didapati respon pelajar adalah positif
dan permainan bahasa berkomputer sangat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa
Arab secara lebih mudah dan efektif.
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

Mohd Firdaus Yahaya (2012), di dalam tesis sarjananya bertajuk: Istikhdam Al-Burtfuliyu Al-
Iliktruniyy Lada Al-Talabah Al-Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-‘Arabiyyah: Tatwir, wa
Tanfiz, wa Taqwim (Penggunaan e-Portfolio dalam Kalangan Para Pelajar Pengkhususan
Bahasa Arab: Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian), telah mengaitkan satu aplikasi
atas talian berasaskan laman sesawang, yang dinamakan sebagai; e-Portfolio. Aplikasi ini
dibangunkan dengan disesuaikan untuk penggunaan para pelajar pengkhususan bahasa Arab.
Hasil daripada kajiannya, penggunaan aplikasi atas talian; e-Portfolio ini telah menarik minat
para pelajar, seterusnya memudahkan lagi kerja-kerja mereka berkaitan pembelajaran bahasa
Arab. Di samping itu, beliau menyimpulkan bahawa aplikasi atas talian; e-Portfolio ini
bersesuaian untuk digunakan oleh semua peringkat pelajar.

Shaharuddin Md Salleh & Zaidatun Tasir (2011), di dalam jurnal bertajuk: Pembinaan Sistem
Pembelajaran Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Sesawang Bagi Kursus
Telekomunikasi dan Rangkaian, yang diterbitkan di dalam Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia, Jilid 1, No.1, Mac 2011 (http://www.jtpm-meta.com/arkib.php, 12 September
2015) telah membentangkan satu aplikasi atas talian berbentuk simulasi berasaskan laman
sesawang yang telah dilaksanakan untuk pelajar kursus Telekomunikasi dan Rangkaian bagi
Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM. Hasil daripada maklum balas pelajar yang
diperoleh melalui borang kaji selidik dan forum di laman sesawang aplikasi tersebut, didapati
bahawa ianya sangat positif dikuatkan lagi dengan ciri menarik yang dimiliki oleh simulasi
berasaskan laman sesawang tersebut. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, mereka
mengesyorkan agar laman sesawang seperti ini dilanjutkan ke kursus-kursus lain untuk
meningkatkan keberkesanan dan menarik minat para pelajar.

Melalui tinjauan kepada kajian-kajian di atas, didapati bahawa matlamat utama penggunaan
teknologi dalam P&P adalah untuk menarik minat pelajar, di samping meningkatkan lagi
keberkesanan P&P. Justeru, menyedari kepentingan dan manfaat dari kajian seperti ini, kertas
kerja ringkas ini dibentangkan bagi memperkenalkan beberapa aplikasi yang sesuai
digunakan dalam P&P bahasa, seterusnya membuka ruang kepada para pengajar untuk
menggunakannya dalam P&P atau mencetuskan idea kepada para penyelidik bidang
pendidikan untuk membentangkan satu penyelidikan yang lebih menyeluruh dan tertumpu.
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

DEFINISI TEKNOLOGI

Teknologi satu istilah yang bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat pada masa kini,
boleh dikatakan setiap individu memiliki teknologi sendiri, seperti; komputer riba atau
komputer peribadi, telefon bimbit, kereta dan banyak lagi. Pertalian teknologi dan manusia
pada hari ini sangat erat, seolah-olah jika tiada teknologi, manusia akan mati atau hidup tidak
sempurna. Itu gambaran mudah bagi istilah teknologi yang difahami oleh kebanyakan orang.
Apakah teknologi sekadar alat atau perkakasan canggih dan terkini? Berikut dibentangkan
takrifan teknologi yang lebih luas:

Mengikut beberapa tokoh saintis dan cendiakawan Eropah; Finn (1960), Galbraith (1967),
Heinich, Molenda dan Russell (1989), dan Seattler (1990) terdapat dua takrifan utama bagi
teknologi. Pertama; teknologi dilihat sebagai satu proses pendekatan atau teknik berkesan
dengan menggunakan ilmu pengetahuan saintifik atau cabang ilmu yang lain bagi
menyelesaikan sesuatu permasalahan berkaitan. Teknologi juga difahami sebagai satu produk
atau bahan yang terhasil daripada proses-proses teknologi itu sendiri, seperti perkakasan dan
perisian.

Kesimpulan daripada takrifan di atas bahawa teknologi bukan sekadar melibatkan


penggunaan sesuatu perkakasan atau perisian yang canggih dan terkini, tetapi teknologi juga
berkait rapat (bahkan perlu digandingkan) dengan cara atau teknik atau proses yang berkesan
dalam penggunaan perkakasan atau perisian itu sendiri.

Dalam kajian ini, penyelidik menumpukan kepada kedua-dua jenis teknologi sebagaimana
yang telah diterangkan di atas, iaitu; melibatkan pengenalan kepada produk yang berupa
perisian (fokus kepada aplikasi atas talian), dan penerangan kepada cara atau proses
penggunaan aplikasi itu sendiri.

DEFINISI E-PEMBELAJARAN

Penggunaan istilah e-pembelajaran merupakan terjemahan daripada istilah bahasa Inggeris


iaitu e-learning singkatan daripada educational learning atau electronic educational learning
(teknologi pendidikan berasaskan elektronik). Walaupun terdapat pelbagai definisi kepada
istilah e-pembelajaran ini, namun tiada satu pun yang tepat diketengahkan, malah ada definisi
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

yang keliru dengan istilah-istilah lain seperti; online learning (pembelajaran atas talian),
learning management system (sistem pengurusan pembelajaran), pembelajaran berasaskan
komputer atau teknologi dan lain-lain (Buku Dasar e-Pembelajaran (DePAN), Ogos 2010).

Secara ringkasnya, e-pembelajaran (e-learning) ditakrifkan sebagai penggunaan medium


elektronik (sama ada alatan ataupun perisian/aplikasi) dalam proses P&P. Penggunaan alatan
atau perisian dalam proses P&P tidak hanya tertakluk kepada pemilihan teknologi
berspefikasi tinggi (https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_technology, 12 September
2015).

Di dalam definisi yang dinyatakan di dalam buku DePAN (2010) didapati bahawa
kebanyakan takrifan menjelaskan dua perkara pokok iaitu teknologi (penggunaan alatan
teknologi) dan pedagogi (cara/teknik/proses pendidikan yang dilaksanakan). Hasil daripada
takrifan ini, Jawatan Kuasa ECAP (mereka yang terlibat dalam perletakan DePAN) bersetuju
dengan definisi e-pembelajaran adalah “penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran”. Definisi ini dilihat lengkap
kerana merangkumi aktiviti e-pembelajaran dan juga penggunaan peralatan elektronik dalam
aktiviti tersebut (Buku DePAN, Ogos 2010).

Kesimpulan daripada takrifan yang dibentangkan, fokus utama e-pembelajaran adalah untuk
memaksimakan penggunaan peralatan teknologi dalam proses P&P dan kepelbagaian aktiviti
berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan minat para pelajar “Gen-Y” yang tidak dapat
lagi dipisahkan dengan teknologi, di samping kaedah e-pembelajaran ini membuka ruang
P&P secara lebih luas dan tidak terikat di dalam kelas sahaja.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 1: QUIZLET.COM

Quizlet.Com adalah merupakan satu laman


sesawang yang menyediakan satu platfom secara
atas talian untuk dimanfaatkan oleh para pelajar dan
pengajar. Laman sesawang ini yang berpusat di San
Francisco, California, Amerika Syarikat telah dibangunkan sejak tahun 2005 oleh seorang
anak muda berumur 15 tahun untuk kegunaan peribadi, bagi memudahkan proses menghafaz
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

perbendaharaan kata bahasa Perancis. Laman ini mula berkembang pesat setelah dikongsikan
kepada kawan-kawannya, seterusnya dibuka untuk umum (The Quizlet story:
http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Perkhidmatan Quizlet.Com adalah secara percuma. Walau


bagaimanapun, untuk tambahan fungsi yang lebih terperinci,
seperti; menambah gambar dari simpanan peribadi, tiada
sebarang gangguan iklan, membentuk kelas secara atas talian
tanpa had dan beberapa keistimewaan lain, Quizlet.Com menawarkan akaun langganan
secara tahunan, dengan bayaran USD15 (akaun Quizlet Plus) dan USD25 (akaun Quizlet
Teacher) (The Quizlet story: http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Quizlet.Com dapat dicapai secara atas talian di alamat


http://quizlet.com/. Quizlet.Com juga boleh digunakan dengan
memuat turun aplikasi ke tablet dan telefon pintar (smart phone)
yang memiliki operating system (OS) android (play store) atau
IOS Apple (app store) secara percuma (http://quizlet.com/mobile, 17 September 2015).

Secara umumnya, Quizlet.Com berfungsi sebagai satu medium atau alat bantu dalam proses
P&P yang mana pelajar bebas memilih pelajaran (dikenali sebagai set pelajaran) untuk
dipelajari, manakala pengajar pula dapat membina set pelajaran tersendiri mengikut
kesesuaian topik yang diajar. Quizlet.Com menyediakan ruang dengan pelbagai aturan dan
tema untuk dipilih oleh pelajar dan pengajar itu sendiri (How Quizlet works:
http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Set pelajaran untuk sesuatu topik (berkaitan perbendaharaan kata) sangat bersesuaian bagi
proses P&P bahasa. Terdapat beberapa aturan yang menyokong set pelajaran tersebut bagi
memastikan proses P&P secara atas talian lebih interaktif dan efektif. Aturan sokongan itu
berbentuk permainan dan aktiviti yang santai, iaitu; Flashcards (untuk proses hafazan dan
sebutan), Learn (untuk memulakan pembelajaran), Speller (untuk proses sebutan dan ejaan
yang betul), Tests (untuk ujian ulangkaji pelbagai bentuk soalan), Scatter (permainan uji
kecekapan ingatan melalui perkataan yang diselerakkan) dan Space Race (permainan uji
ingatan dan ejaan yang betul).
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

Kesimpulannya, Quizlet.Com ini sangat menarik dan amat bersesuaian untuk kegunaan P&P
bahasa terutama berkaitan dengan hafazan perbendaharaan kata. Fungsi dan aturan yang
dipaparkan di dalam laman ini menjadikan proses hafazan tidak lagi menjadi sesuatu aktiviti
yang membosankan dan membebankan, bahkan memberi ruang yang lebih luas kepada para
pelajar untuk menghafaz secara santai dan menyeronokkan.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 2: GOANIMATE.COM

Goanimate.Com adalah merupakan satu laman


sesawang yang menyediakan platfom untuk
membina video animasi secara mudah tanpa
memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang
seni grafik dan animasi video. Laman ini dapat diakses
secara atas talian melalui alamat http://goanimate.com/.

Goanimate.Com menyediakan perkhidmatan secara


percuma dengan fungsi yang sangat terhad. Selain itu,
langganan secara tahunan turut disediakan, namun yuran
langganannya agak mahal, iaitu sebanyak USD299
setahun (GoPublish), USD599 setahun (GoPremium) dan
USD999 setahun (GoTeam) (Start Making Videos Today,
http://goanimate.com/business/videoplans/, 17 September 2015).

Tujuan asal Goanimate.Com diwujudkan adalah untuk pembinaan video animasi bagi tujuan
pengiklanan dan promosi secara mudah dan menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, video
animasi yang menarik turut dapat dimanfaatkan dalam proses P&P, seperti; pembinaan video
animasi untuk pembentangan pelajaran secara interaktif. Manakala dalam proses P&P bahasa,
laman ini antaranya digunakan bagi menggilap kemahiran mendengar melalui video yang
disediakan oleh pengajar atau kemahiran bertutur melalui video yang disediakan oleh pelajar
itu sendiri.

Pembinaan video animasi adalah sangat mudah dengan menggunakan Goanimate.Com.


Langkah pembinaan sesuatu video hanya dengan pemilihan templat yang tersedia (pilihan
terhad untuk pakej percuma), seterusnya latar belakang, karakter, menetapkan timeline,
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

rakaman suara (sama ada rakaman asli, atau boleh menggunakan khidmat google speech).
Seterusnya, video yang siap perlu disimpan (save and publish) dan pautannya boleh dikongsi
secara meluas tanpa had.

Kesimpulannya, video animasi melalui Goanimate.Com ini membuka satu dimensi baru
dalam teknik penyampaian pengajar yang mana memberi ruang yang lebih luas kepada
pelajar mendapatkan kefahaman melalui mendengar berulang kali di mana-mana sahaja
asalkan mempunyai capaian internet. Selain itu, laman ini juga membentangkan satu
pendekatan terkini untuk para pelajar mempraktikkan pembelajarannya secara lebih
interaktif. Dari sudut P&P bahasa, laman ini menjanjikan satu teknik baru dalam
meningkatkan kemahiran-kemahiran bahasa, terutama kemahiran mendengar dan bertutur.

APLIKASI E-PEMBELAJARAN 3: HOT POTATOES

Hot Potatoes merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun


dari laman sesawang http://hotpot.uvic.ca/ secara percuma.
Aplikasi ini digunakan untuk proses penilaian secara
elektronik. Beberapa bentuk soalan boleh disediakan secara
interaktif, iaitu; multiple-choice, short-answer, jumbled-
sentence, crossword, matching/ordering dan gap-fill exercises. Berikut diperincikan kelima-
lima bentuk soalan yang disediakan di dalam aplikasi Hot Potatoes:
1) Jmix (jumbled-sentence) – soalan berbentuk susun perkataan menjadi ayat lengkap.
2) JCloze (gap-fill exercises) – soalan berbentuk isi tempat kosong.
3) JMatch (matching/ordering) – soalan berbentuk suaikan atau susunkan mengikut turutan.
4) JCross (crossword) – silang kata.
5) JQuiz (multiple-choice, short-answer) – soalan berbentuk pilihan jawapan atau jawapan
pendek.
Proses pembinaan soalan pelbagai bentuk ini dihimpunkan dan dijadikan bentuk kertas soalan
elektronik melalui fungsi The Masher yang mana seterusnya boleh dikeluarkan dalam bentuk
HTML, seterusnya boleh dicapai secara atas talian (online – perlu dimuat naik) atau secara
luar talian (offline – tidak perlu dimuat naik).
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

Kesimpulannya, penggunaan aplikasi Hot Potatoes bukan sahaja memastikan proses penilaian
menjimatkan masa, ruang dan bahan (kertas), bahkan aplikasi ini akan menjadikan proses
penilaian lebih efisyen dan memberi persepsi baru dan terkini kepada para pelajar. Di
samping itu, aplikasi ini ditawarkan secara percuma dan mudah dikendali.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Melalui pembentangan topik ini yang mana lebih kepada pengenalan kepada aplikasi
e-pembelajaran, fungsi dan kelebihannya, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara:
• Penggunaan aplikasi e-pembelajaran bukan sahaja memudahkan proses P&P bahkan
meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu pelajaran.
• Pengajar dan para pelajar mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk penyampaian dan
pemahaman sesuatu pelajaran.
• Proses P&P boleh dilakukan berulang kali tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengajar,
contoh; multimedia (video rakaman).
• Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, asalkan ada capaian internet.
Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada aplikasi e-pembelajaran untuk proses P&P
adalah terdedah kepada masalah-masalah seperti; tiada capaian internet atau ketidak stabilan
capaian, alatan elektronik rosak, kurang berkemahiran menggunakan alatan dan kesuntukan
masa untuk menukar bahan daripada hard-copy kepada soft-copy/e-copy.

Secara ringkasnya, memastikan kestabilan infrastruktur sokongan kepada e-pembelajaran,


seperti; capaian internet, alatan yang baik dan latihan kemahiran penggunaan adalah
sepatutnya diberi keutamaan supaya pembudayaan e-pembelajaran secara berperingkat dapat
direalisasikan tanpa sebarang masalah.

Akhir sekali, diharapkan pengenalan kepada aplikasi-aplikasi di atas akan memberi input
yang berguna kepada para pendidik untuk menggunakannya, dan kepada para penyelidik
untuk menghasilkan kajian berkaitan teknologi pendidikan, dan e-pembelajaran dalam bentuk
yang lebih fokus.
Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015)
Resort World, Langkawi. 12-14 Oktober 2015

RUJUKAN

E-Kamus 5.02 Professional Edition. Dictionary of Computer (2007).


Finn, J. D. (1960). Technology and The Instructional Process, Audiovisual Communication
Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.
Free On-line Dictionary of Computing. Dirujuk pada 12 September 2015, dari
http://foldoc.org/online.
Galbraith, J. (1967). The New Industrial State. Boston: Houghton Mifflin.
Global Open Access Learning System (GOALS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Dirujuk pada 12 September 2015, dari http://goals.usim.edu.my/moodle/index.php.
Goanimate.Com: Make Professional Animated Videos. Dirujuk pada 12 September – 17
September 2015, dari http://goanimate.com.
Hot Potatoes: Half Baked Software. Dirujuk pada 12 September – 17 September 2015, dari
http://hotpot.uvic.ca.
Mohd Firdaus, Yahaya (2012), Istikhdam Al-Burtfuliyu Al-Iliktruniyy Lada Al-Talabah Al-
Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-‘Arabiyyah: Tatwir, wa Tanfiz, wa Taqwim (Tesis
Master). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Muhammad Sabri, Sahrir. (2013). Al-Al’ab Al-Lughawiyyah Al-Muhwasabah fi Ta’alum Al-
Lughah Al-‘Arabiyyah Li Al-Natiqin bighayriha bayna Al-Nazariyyah wa Al-Tatbiq:
Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Al-‘Alamiyyah bi Maliziya Namuzajan. Journal of Faculty of
Dar Al Uloom. 28 (June). Egypt: Minia University, Cairo.
MyGuru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dirujuk pada 12 September 2015, dari
https://myguru2.upsi.edu.my/login.php.
Quizlet: Simple free learning tools for students and teachers. Dirujuk pada 12 September – 17
September 2015, dari http://quizlet.com/.
Saettler, P. (1990). The Evolution Of American Educational Technology. Englewood,
Colorado: Libraries Unlimited.
Sektor Pelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan. Dirujuk pada 12 September 2015,
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4.
Shaharuddin, Md Salleh, Zaidatun Tasir (2011). Pembinaan Sistem Pembelajaran
Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Web Bagi Kursus Telekomunikasi dan
Rangkaian, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. Jilid 1. No. 1. (Mac). Dirujuk
pada 29 Januari 2014, http://www.jtpm-meta.com/arkib.php.
Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional Technology
And Media For Learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai