Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI ALAM SEKITAR

_____________________________

Ya allah, Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu, di atas keizinan dan limpah


kurnia-Mu, maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Perasmian
Hari Biodiversiti Sedunia, 2019 kali Pertama di KG Kolunsunan ini, semoga
majlis yang mulia ini, dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan, kekuatan,
hidayah dan kesihatan yang berkekalan, agar kami dapat terus menghirup udara,
dimuka bumi-Mu, yang nyaman lagi damai ini.

Ya allah ya rahman ya Rahim,

Sempena Hari Biodiversiti Sedunia pada kali ini, kami memohon, agar Engkau,
semaikanlah di dalam jiwa kami sekalian, dengan semangat cintakan kepada
keceriaan dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Jauhkanlah kami dari
sebarang sifat tamak dan haloba, dalam mengejar kepentingan dunia, tanpa
mengambil kira, kemusnahan alam sekitar. Hindarkanlah kami dan seluruh
warga negara ini, dari sifat tidak bertanggungjawab, dalam menjaga keceriaan
persekitaran kami. Harapan kami, agar Sambutan Hari Biodiversiti ini, akan
membangkitkan kesedaran kami, memperbaiki akhlak dan sikap
tanggungjawab kami, dalam usaha, menjadikan negara ini, bersih dan sentiasa
ceria.

Ya Allah, tanamkanlah ke dalam jiwa kami dan anak-anak generasi kami, sifat
menghargai alam sekitar. Berikanlah kami, kekuatan untuk mendidik dan
memberi kesedaran kepada mereka, supaya anugerah-Mu yang tidak ternilai ini,
sentiasa terjaga dan terpelihara. Kurniakanlah kami, ilham dan pemikiran yang
bernas, agar masalah-masalah alam sekitar yang dihadapi, dapat diatasi dengan
cara yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai