Anda di halaman 1dari 12

Latihan 1

Isi tempat-tempat kosong dalam ayat dengan kata sendi nama yang paling sesuai.

untuk ke dari di sejak dengan

1. Rombongan itu datang ____________________ Universiti Pendidikan Sultan


Idris.
2. Pelbagai promosi dijalankan ____________________ menjayakan
Tahun Melawat Malaysia 2015.
3. Puan Salmah meminta anak perempuannya membeli kain batik sebagai
cenderamata semasa menyertai lawatan ____________________
Terengganu.
4. Cahaya matahari jelas kelihatan ____________________ kaki langit pada
waktu senja di Pantai Cherating.
5. Ali bermuka masam dengan kawan-kawannya __________peristiwa itu berlaku.

Latihan 2

Isi tempat-tempat kosong dalam petikan dengan perkataan yang paling sesuai.

untuk yang dari dengan dan

Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh diproses
semula.Sisa buangan (1)______________telah diproses ini amat bermanfaat
kepada manusia dan alam sekitar. Sisa buangan (2)___________________ rumah
boleh menghasilkan baja organik. Baja ini amat bermanfaat
(3)_________________menyuburkan tanah (4)________________________
tumbuhan.Sisa buangan mempunyai nilai yang tinggi jika diurus
(5)_________________baik.Sisa buangan yang bermanfaat ini juga dapat
meningkatkan pendapatan serta pelestarian alam.

Latihan 3
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja yang betul.
dimarahi disidai diguna dicuci disusun

1. Pinggan mangkuk yang ____________________ untuk meletakkan makanan


hendaklah bersih.
2. Airil ____________________ oleh ibunya kerana mengotorkan permaidani
itu.
3. Pakaian yang baru dibasuh itu belum ____________________.
4. Periuk belanga yang ____________________ oleh Mak Cik Leha sudah
kering.
5. Semua kerusi di dewan itu ____________________ oleh murid tahun enam
semalam secara bergotong-royong.

Latihan 4
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri.
Beta tuanku patik hamba tuan hamba baginda

Sultan Ahmad : Wahai, orang tua! Bagaimanakah kamu tercedera?


Orang tua : Ampun ________________, hamba terjatuh semasa melalui
kawasan pasar tadi. Permukaan lantai di pasar licin dan berair.
Sultan Ahmad : Lain kali, berhati-hati. ________________ tidak sanggup
melihat kamu cedera.
Orang tua : Ampun ________________, ________________ amat
menghargai sikap ________________ yang mengambil berat
tentang kepentingan rakyat jelata. ________________
menjunjung kasih ________________.

Latihan 5
Isi tempat kosong dengan menggunakan Kata Adjektif Waktu yang paling sesuai.

awal dahulu lewat lepas segera

1. Pada zaman ______________, manusia tinggal di atas pokok atau di dalam gua.
2. Setiap hari, Encik Kim bangun ______________ pagi untuk pergi ke tempat
kerja.
3. Dua minggu yang ______________, banjir melanda Taman Sepadu.
4. Adik tergesa-gesa ke sekolah kerana bangun ______________ pagi tadi.
5. Lim ______________ bangkit dari katil kerana takut ketinggalan bas.
Latihan 6
Bubuh imbuhan awalan ‘beR-‘ pada kata dasar yang sesuai.
1. Encik Azmi melarang anaknya main dengan budak-budak yang nakal itu.
___________
2. Lelaki yang tongkat itu ialah bekas pegawai polis.__________

3. Pelajar-pelajar Tahun Lima Mawar diri tegak apabila guru masuk ke dalam
kelas._____________

4. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya siar-siar


di tepi pantai._____________

5. Kita harus jimat cermat. ______________

Latihan 7
Isi tempat kosong dengan Penjodoh Bilangan yang paling sesuai.

helai bidang keping cubit butir

1. Nenek membentangkan se______________________ tikar di bawah pokok.


2. Min Yee menulis nombor telefon kawan pada se ______________________
kertas.
3. Harga se ______________________ kain batik lebih kurang RM 100.00.
4. Emak memasukkan se ______________________ garam ke dalam sup.
5. Se ______________________ peluru telah ditemukan oleh polis.

Latihan 8
Isi tempat kosong dengan Kata Bilangan yang sesuai.

1. __________________ ekor monyet telah mati dilanggar kereta. ( Lima/


Kelima)
2. __________________ murid pergi ke sekolah dengan basikal.
(Sesetengah/Setengah)
3. __________________ anaknya telah bersekolah. (Ketiga/Ketiga-tiga)
4. __________________ hari, Pak Mat pergi ke kebun sayur. ( Tiap-
tiap/Tiap)
5. __________________ daripada kek hari jadi itu telah saya makan.
(Setengah/Semua)

Latihan 9

Isi tempat kosong dengan Kata Adjektif Jarak yang paling sesuai.
Contoh: hampir, nyaris, jauh, dekat, dan rapat.

1. Ali pergi ke sekolah dengan berjalan kaki kerana rumahnya _____________


dengan sekolah.
2. Bapa pergi ke tempat kerja dengan kereta kerana tempat kerjanya
_____________ dari rumah.
3. Tutup penutup tin itu dengan _____________.
4. Kawan _____________ saya tinggal di luar negara.
5. Mereka berdua duduk _____________ dengan tingkap.

Latihan 10
Isi tempat kosong dengan Imbuhan Pinjaman yang paling sesuai.
1. Ahmad terpilih sebagai _____________________ (olahraga) sekolah pada
tahun ini semasa sukan tahunan.
2. Murid-murid sedang menyiapkan latihan _____________________ (bahasa)
yang diberikan oleh guru.
3. _____________________ (guru) itu sedang menunjukkan cara memasang
kekuda yang betul.
4. Adik saya berumur lima tahun. Dia menerima pendidikan
_____________________ (sekolah) di Tadika Sinar Cahaya.
5. Allahyarham Tan Sri P. Ramli merupakan _____________________ (seni)
yang agung.

Latihan 11

Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1. Buah rambai manis itu dipetik dari kebun datuk oleh nenek.
2. Pakaian lembap dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah.
3. Anak comel itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu bapanya.
4. Pasukan bola sepak Perak yang memakai jersi kuning menjadi johan Liga Bola
Sepak Peringkat Kebangsaan.
5. Kereta lama ayah tersimpan di dalam garaj sejak tiga tahun lepas.

Latihan 12
Isi tempat kosong dengan Kata Adjektif Cara yang paling sesuai.
(jelas, tetap, positif, pantas, cermat, laju, gopoh)

1. Ambulans itu dipandu dengan _____________ menuju ke tempat kemalangan


jalan raya.
2. Kita harus berfikiran _____________ pada setiap masa.
3. Semasa melintas jalan, kita mesti _____________.
4. Kim Seng makan dengan _____________ kerana kesuntukan masa.
5. Cikgu Raihanah memberikan penerangan yang _____________ kepada murid-
murid.

Latihan 13

Garisi perkataan yang salah penggunaan imbuhannya.

1. Kami mendengar datuk mencerita kisah silam dengan khusyuk sekali.


2. Majlis berlantikan pengawas sekolah akan diadakan pada hari Isnin
3. Guru-guru sedang membincangkan tentang tempat yang
sesuai untuk dilawati.
4. Bas penyiaran yang membawa pelancong itu bertolak ke arah
utara.
5. Pengurus syarikat itu menghadiahi sebuah motosikal kepada Encik Dali.

Latihan 14
Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

i. Aziz adalah pelumba basikal yang terkenal. _______


ii. Hadiah ini adalah untuk adik saya. _______
iii. Wanita yang berbaju merah itu adalah kakak saya. _______
iv. Berita yang disebarkan melalui media sosial itu adalah palsu. _______
v. Beras adalah makanan utama bagi masyarakat timur. _______

Latihan 15
Jawab soalan berikut berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan.

buah fikiran sakit telinga rambang mata mencolok mata


buaya darat puteri lilin khabar angin tawar hati

1. Semua murid tahun enam digalakkan mengeluarkan


____________________sebelum menulis karangan.
2. Anak orang kaya itu menjadi sasaran _______________________ untuk
mendapatkan hartanya.
3. Berita mengenai keberangkatannya ke luar negara hanya _____________
sahaja.
4. Dia berasa _______________________ membuat pilihan pakaian yang
dipamerkan di gedung beli-belah itu.
5. Baru setengah jam berjemur dia sudah jatuh pengsan kerana dia
seorang ___________________

Latihan 16
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
makan angina bagai ular kena palu aur dengan tebing
bagai anjing dengan kucing

1. Hana dan Sofea _______________________ kerana sering bergaduh


walaupun puncanya kecil sahaja.
3. Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok
seperti _______________________.
3. Pada cuti hujung minggu, Encik Osman membawa keluarganya
_______________________ ke taman bunga.
4. _______________________ Puan Mazni apabila mendapat berita bahawa
suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
5. Penduduk Taman Bunga Raya sering melakukan kerja-kerja gotong-gotong
bagai _______________________.
Latihan 17
Lengkapakan ayat dengan kata perintah.
Tolong Jangan Jemput Harap Minta

1. _______________ bermain di tepi jalan.


2. _______________ bermain bola semasa hujan.
3. _______________ hantar buku latihan sekarang.
4. _______________ masuk ke dalam rumah saya.
5. _______________ perhatian murid-murid. Esok ada latihan sukan.

Latihan 18

Tandakan  pada Simpulan Bahasa yang betul.


1. Penunggang motosikal itu tinggal ________ sahaja setelah dilanggar oleh
kereta.
( ) nyawa-nyawa ikan ( ) berat mata
2. Harga barang-barang di pasar raya ialah ________ .
( ) harga diri ( ) harga mati
3. Lim membuka ________ apabila dikejar oleh seekor lembu.
( ) langkah kanan ( ) langkah seribu
4. Selepas makan malam, Encik Rusdi dan keluarganya ________ di taman.
( ) ambil angin ( ) makan angin
5. Murid-murid ________ semasa Cikgu Shamsul mengajar di dalam kelas.
( ) angkat kaki ( ) pasang telinga

Latihan 19
Tandakan  pada Kata Ganda yang betul.

1. _____ merah itu telah lama disimpan dan berakar.


( ) Bebawang ( ) Pepijat
2. _____ kaca pada termometer itu telah pecah.
( ) Bebuli ( ) Dedaun
3. Adik suka makan sup _____ ikan.
( ) bebuli ( ) bebola
4. Kakak menyapu _____ kering yang berguguran.
( ) pepohon ( ) dedaun
5. Asraf tidak dapat mendengar kerana _____ telinganya telah rosak.
( ) lelangit ( ) gegendang

Latihan 20

Tandakan  pada Kata Hubung yang betul.

1. Kedai itu dibuka pada setiap hari _____ hari Ahad.


( ) tetapi ( ) kecuali

2. Dedaun kering itu berterbangan _____ ditiup angin.


( ) semasa ( ) sementara

3. Saya tidak akan menyertai lawatan itu _____ kamu tidak turut serta.
( ) dan ( ) jikalau

4. Abang perlu berada di sekolah _____ pukul 2.00 petang untuk menjalani latihan
sukan.
( ) sebelum ( ) manakala

5. Kami sekeluarga akan pergi makan angin _____ tiada apa-apa halangan.
( ) serta ( ) sekiranya

Latihan 21
Tandakan  pada Perumpamaan yang betul.
1. Para penduduk kampung bekerjasama _____ untuk membersihkan kawasan
kampung.
( ) bagai aur dengan tebing ( ) seperti isi dengan kuku

1. Lim tidak disenangi kawan-kawannya kerana dia _____.


( ) bagai bulan jatuh ke riba
( ) bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

2. Chong Lee berjalan dengan perlahan _____.


( ) bagai ikan dalam belat ( ) bagai itik pulang petang

3. Emak _____ kerana adik belum pulang dari sekolah pada lewat malam.
( ) bagai mendukung biawak hidup
( ) bagai kucing kehilangan anak

4. Televisyen itu masih rosak selepas dibaiki kerana dia _____.


( ) seperti kera mendapat bunga
( ) bagai tikus membaiki labu

5. Kedua-dua murid itu akan bergaduh _____ apabila bertemu.


( ) bagai kacang lupakan kulit
( ) seperti anjing dengan kucing

Latihan 22
Tandakan  pada ayat yang betul.

1. ( ) Para murid-murid sedang mendengar ceramah di dalam dewan.


( ) Banyak sarang lelabah di rumah usang itu.

2. ( ) Kedua ibu bapa harus mengambil berat tentang pelajaran anak.


( ) Ketiga-tiga murid lekaki itu menconteng dinding kelas.

3. ( ) Cuaca pada hari ini sangat panas sekali.


( ) Badrul ialah murid lelaki yang paling tinggi sekali dalam kelas.

4. ( ) Lim Wah melekatkan setem di sampul surat.


( ) Jam pada dinding itu menunjukkan pukul dua petang.

5. ( ) Ayah membeli seulas durian di gerai buah itu.


( ) Shirley menghadiahi kawannya sejambak bunga mawar.

Latihan 23

Tandakan  pada ayat dengan penggunaan Kata Pemeri yang betul.


ialah : digunakan di hadapan frasa nama
adalah: digunakan di hadapan frasa adjektif, frasa sendi nama dan Kata Nafi

1. ( ) Berita tentang kes kecurian itu ialah tidak benar.


( ) Berita tentang kes kecurian itu adalah tidak benar.

2. ( ) Alia ialah anak bongsu Mak Cik Sarah.


( ) Alia adalah anak bongsu Mak Cik Sarah.

3. ( ) Mereka ialah sepupu saya dari negeri Sarawak.


( ) Mereka adalah sepupu saya dari negeri Sarawak.

4. ( ) Lukisan ini ialah lukisan kesayangan pelukis itu.


( ) Lukisan ini adalah lukisan kesayangan pelukis itu.

5. ( ) Nasi ialah makanan utama orang Malaysia.


( ) Nasi adalah makanan utama orang Malaysia.

Latihan 24
tetapi kerana sambil lalu untuk

1. Raju tidak boleh mengail ikan di sungai __________________ jorannya


telah patah.
2. Roslan membeli tabung __________________ menyimpan wang sakunya.
3. Perabot buluh itu cantik __________________ harganya mahal.
4. Puan Salmah menganyam bakul rotan ________________ mendengar radio
di halaman rumahnya.
5. Encik Tan mengambil tali ___________________ mengikat beberapa
batang buluh supaya menjadi sebuah rakit.
Latihan 25

Membaca ayat dan membubuh imbuhan apitan yang sesuai pada kata dasar
bergaris.

1. Emak nasihat adik supaya jangan bermain mancis.


2. Cikgu Lim gunting kertas warna yang hendak digunakan oleh murid-
muridnya.
3. Anggota bomba menggunakan alat pemadam api untuk padam kebakaran.
4. Azman sedang siap tugasan sekolah di dalam biliknya.
5. Aishah telah dipilih untuk serta pertandingan syarahan peringkat sekolah.

Latihan 26

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata nama am tak hidup institusi yang
sesuai.

balai bomba balai polis klinik gigi hospital tadika

1. Emak Danish ialah jururawat di sebuah _____________________.


2. Anggota bomba sedang giat berlatih di ____________________.
3. Penjenayah itu dibawa ke ________________ dengan kereta peronda.
4. Cikgu Tan menasihati Amin yang sakit gigi supaya mendapatkan rawatan
di ____________________ gigi.
5. Adik David yang berumur 5 tahun dihantar belajar di sebuah
_______________ yang berhampiran rumahnya.
Latihan 27

Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang betul.

sampah – sarap tanah-tanih mandi-manda bersimpang-siur hiruk-pikuk

1. Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan _______________


merekah.
2. Suasana di stesen bas itu ___________________dengan bunyi
kenderaan dan suara orang ramai yang sedang menunggu bas.
3. Pemandu teksi itu sesat di Bandaraya Kuala Lumpur kerana jalan
rayanya _______________________________ .
4. Pengunjung-pengunjung yang datang berkelah tidak dapat ___________
di sungai itu kerana airnya kotor.
5. Penduduk di taman perumahan itu diminta membuang _______________
di tempat yang disediakan.

Latihan 28

Garisi kata penguat yang terdapat dalam ayat di bawah.


1. “Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal betul,” kata Pak Cik Ramli.
2. Sakit benar kaki saya apabila terpijak paku payung itu.
3. Badannya agak susut setelah menghidap penyakit kronik itu.
4. Murid yang baru berpindah ke sekolah ini bijak amat.
5. Indah nian pemandangan di tepi pantai pada kala matahari terbenam.

Anda mungkin juga menyukai