Anda di halaman 1dari 7

Nama: .

Tingkatan : .

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST


JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
TINGKATAN DUA
BAHASA MELAYU
Kertas 1
(1 jam )
Penggubal soalan : PN. IRMA HANUM BINTI JUBRI
Disemak oleh,

Disahkan oleh,

..

..............

..

(EN. MOHD ZIKRI IHSAN


B. MOHD ZABHI)

(PN. JAMILAH BINTI MOHAMED KOYA)

(EN. WONG CHEE KHEON)

Guru Kanan Bahasa

Pengetua

Ketua Panitia Bahasa Melayu

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.


Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C dan D. Pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 1 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1

Mereka sedang ___________ tentang rancangan untuk mengadakan perkhemahan semasa cuti sekolah.
A
berbual-bual
B
berkata-kata
C
bercakap-cakap
D
berbincang-bincang

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.


A
di
B
atas
C
pada

kepada

Kertas-kertas di atas meja belajarnya __________ apabila ditiup angin.


A
berkeliaran
B
bertempiaran
C
berterbangan

bergelimpangan

Flora dan fauna kian __________ akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.
A
hapus
B
habis
C
musnah

pupus

3
4
5

________ kejadian semalam, Harris menyedari bahawa dia telah banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
A
Pada
B
Dalam
C
Sejak
D
Daripada

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Jalan raya itu ___________


A
beralun-alun
C
bengkang-bengkok

B
D

berkeluk-keluk
berombak-ombak

Ayah dan ibu sedang sibuk menyapu sampah diluar rumah, _________abang hanya duduk bermain komputer.
A
lantas
B
tetapi
C
walaupun
D
ketika

1/6

Soalan 8 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai
dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
8

Adik kehausan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi. Tiada kesalahan.
A
B
C
D

Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pertandingan harga di pasaran sebelum mengambil
A
B
keputusan membeli sesuatu barangan. Tiada kesalahan.
C
D

10

Guru kaunseling meminta semua ketua kelas menghantar senarai nama-nama murid miskin untuk
A
B
diberikan bantuan. Tiada kesalahan.
C
D

11

Bapa Fatma bukan bekerja sebagai pengatur cara komputer tetapi sebagai jurutera komputer.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D

12

Denda akan dikenakan kepada sesiapa yang melakukan kebakaran secara terbuka, terutama pada musim
A
B
C
kemarau ini. Tiada kesalahan.
D

13

Gempa bumi yang melanda Bandar Sichuan baru-baru ini merupakan gempa bumi yang paling terburuk
A
B
C
pernah dialami oleh penduduk kawasan itu. Tiada kesalahan.
D

14

Peresmian karnival itu diserikan dengan percikan bunga api yang berbagai-bagai corak dan warna.
A
B
C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 15 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15

I
II
III
IV

16

Hubungan Jeeva dengan adiknya tajam kerana berebut harta.


Penjual daging itu menggunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerjanya.
Murid-murid yang melanggar disiplin itu berasa takut apabila Cikgu Syakir memerhatikan mereka
dengan pandangan yang tajam.
Perompak-perompak yang menggunakan senjata tajam telah berjaya menakutkan pengawal
keselamatan dan para pekerja bank itu.

I dan II

I
II
III
IV

Pak Hakim gembira apabila melihat semua pokok di dusunnya berbuah lebat.
Rambutnya yang hitam dan lebat menyebabkan dia ditawarkan untuk menjadi model iklan syampu.
Perlawanan bola jaring peringkat daerah kami ditangguhkan kerana hujan lebat.
Pengacara yang bermulut lebat itu tidak henti-henti bercakap seperti murai dicabut ekor.

I dan II

III dan IV

II dan III

2/6

I, II dan III

I, II dan III

II, III dan IV

II, III dan IV

17

I
II
III
IV

Perahu nelayan itu terumbang-ambing akibat dilambung ombak.


Pelajarannya terumbang-ambing semenjak ibu bapanya berpisah.
Lelaki tua itu kelihatan berjalan terumbang-ambing di atas jejantas.
Penyanyi itu terumbang-ambing menjawab soalan para wartawan dalam bahasa Inggeris.

I dan II

III dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

Soalan 18 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18 Vivian masih dapat mengingati nama rakan-rakannya walaupun sudah lama tidak berjumpa dengan
mereka.
A sudah dapat mengingati
B
telah dapat mengingati
C belum dapat mengingati
D masih dapat mengingati
19 Para peserta rombongan sana akan berada di situ di dalam setengah jam lagi.
A itu akan berada di sana di dalam
B itu akan berada di sana dalam
C sana akan berada di situ dalam
D sana akan berada di situ di dalam
20 Peserta perkhemahan itu terdiri dari pelbagai golongan masyarakat.
A daripada pelbagai golongan
B
dari berbagai-bagai golongan
C daripada berbagai golongan
D
dari pelbagai golongan
21 Ayah memelihara tiga-tiga ekor kekura-kekura itu dengan baik sekali.
A tiga ekor kekura
B
tiga-tiga ekor kekura
C tiga ekor kekura-kekura
D
tiga-tiga ekor kekura-kekura
Soalan 22 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22 Anjali dan rakan-rakannya meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu selepas berehat dan
makan.
A Selepas mendaki puncak Gunung Kinabalu, Anjali dan rakan-rakannya berehat dan makan.
B Anjali dan rakan-rakannya berehat dan makan selepas mereka mendaki puncak Gunung Kinabalu.
C Setelah berehat dan makan, Anjali dan rakan-rakannya terus mendaki puncak Gunung Kinabalu.
D Anjali dan rakan-rakannya berehat dan makan setelah sampai di Puncak Gunung Kinabalu.
23 Tujuan aktiviti Minggu Bahasa dianjurkan adalah untuk membentuk keyakinan dan meningkatkan
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid.
A Murid dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan berbahasa dalam aktiviti Minggu Bahasa yang
dianjurkan.
B Murid yang menyertai aktiviti Minggu Bahasa yang dianjurkan akan dapat meningkatkan kemahiran
dan keyakinan diri.
C Aktiviti Minggu Bahasa yang dianjurkan telah meningkatkan kemahiran dan keyakinan berbahasa
dalam kalangan murid.
D Penganjuran aktiviti Minggu Bahasa adalah untuk membentuk keyakinan dan meningkatkan
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid
24 Saya meragui ketulenan karangan kamu kerana mempunyai persamaan dengan sebuah karya
berbahasa Inggeris, kata Cikgu Hidayah kepada Ammar.
A
B
C
D

Cikgu Hidayah memuji karangan Ammar kerana sama dengan sebuah hasil penulisan berbahasa
Inggeris.
Ammar meniru sebuah karya berbahasa Inggeris untuk menulis karangannya sehingga dimarahi oleh
Cikgu Hidayah.
Cikgu Hidayah sangsi akan keaslian karya Ammar kerana serupa dengan sebuah hasil penulisan
berbahasa Inggeris.
Ammar ditegur oleh Cikgu Hidayah kerana menulis karangan berbahasa Inggeris yang sama dengan

3/6

hasil penulisan beliau.


Soalan 25 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25

26

27

I
II
III
IV

Cis, berani kamu mencabar aku!


Pertembongan antara dua pasukan bola sepak itu memang ditunggu oleh para peminat.
Beg yang baru dibeli oleh Zarif tercicir di dalam bas.
Kakak beri saya sepasang kasut yang cantik.

I dan III

II dan IV

I, II dan III

II, III dan IV

II
III
IV

Aiman dan Afiq saling berlumba-lumba untuk memperoleh markah yang tertinggi dalam
peperiksaan.
Kedua-dua sahabat itu bersalaman sewaktu terserempak di pasar.
Kerajaan akan terus meningkatkan bantuan kepada para petani di negara ini.
Hujan lebat selama dua jam setengah menyebabkan jalan-jalan di ibu kota ditenggelami air.

I dan III

I
II
III
IV

Bungkusan itu akan diposkan oleh Wai Keong pada petang ini.
Berbagai cara telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin murid.
Ashwinesh disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya baik dan peramah.
Penduduk Kampung Waja bergotong-royong membaiki jambatan yang roboh itu.

I dan III

II dan IV

III dan IV

I, II dan III

I, II dan III

II, III dan IV

II, III dan IV

Soalan 28 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berikut.

Air dicincang tidak akan putus


28

Peribahasa di atas sama maksud dengan peribahasa


A
B
C
D

carik-carik bulu ayam, lama kelamaan bercantum juga.


buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi.
pelanduk dua serupa.
Murid-murid kelas saya itu, kalau tidak disuruh mereka tidak ambil peduli tentang keceriaan
bilik darjah mereka, kata Cikgu Raziq.

29

Hal ini boleh diumpamakan seperti


A
B
C
D

katak di bawah tempurung.


ikan keli kena ketuk.
pahat dengan penukul.
kera dapat belacan.
Perangai Jeremy yang buruk itu telah menyebabkan seluruh kelas Dua Mori mendapat malu.

30

Situasi di atas menggambarkan peribahasa


A
B
C
D

marahkan nyamuk kelambu terbakar.


biar titik jangan tumpah.
sudah jatuh ditimpa tangga.
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.

4/6

Soalan 31 35
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
ABAH
FATIN AFIQAH
ABAH
FATIN AFIQAH

: Bagaimanakah pengajian kamu?


: Dah tamat abah.Keadaan abah bagaimana? How do you feel?
: (Enggan memberi reaksi) Luluskah semua peperiksaan awak?
(Gembira) Seperti biasalah abah. Hanya agak risau setelah Abang Fikri telefon
ke sana. Cemas sahaja bunyiya. Rupa-rupanya abah yang
ABAH
: (Meninggikan suara) Biasa apa? (Diam sejenak) Apa yang biasa?
FATIN AFIQAH
: (Meledak kegembiraan) Cemerlanglah, apa lagi. Akademik Alhamdulillah
memang tak ada masalah. (Ketawa) Tengoklah siapa abahnya?
Abah mendepangkan tangan meminta dipeluk oleh FATIN AFIQAH. ABAH berdiri. FATIN AFIQAH menerpa.
Mereka berpelukan tetapi tiba-tiba ABAH rebah dan sambungan mesin hemodialisisnya terputus. Mereka cuba
menyambungnya. Darah merah membasahi baju ABAH kerana saluran darahnya ke mesin hemodialisis masih tidak
ditebat.
ABAH
: Syukur Alhamdulillah (Menadah tangan dan bercakap sendiri) Allah memakbulkan semua
doa dan usaha abah.
MAMA
: (Cemas) Panggil abang kamu di klinik. Suruh dia pulang segera. Mama tak tahu nak buat
semua itu.
(Dipetik daripada drama Hemodialisis, antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31

32

Mama menyuruh Fatin Afiqah memanggil Abah pulang kerana


A mereka tidak berupaya untuk mengangkat Abah yang telah rebah.
B Abah telah banyak kehilangan darah apabila mesin hemodialisisnya terputus.
C Abah telah jatuh dan mulutnya mula meracau-racau.
D Abah telah rebah setelah sambungan mesin hemodialisisnya terputus tiba-tiba.
Hanya agak risau setelah Abang Fiqri telefon ke sana. Cemas sahaja bunyinya.
Penyataan di atas menunjukkan perasaan Abang Fiqri yang terlalu
A
gembira
B
susah hati
C
marah

putus asa

33

Berdasarkan petikan, semua yang berikut merupakan perwatakan Fatin Afiqah, kecuali
A manja dengan bapanya.
B prihatin terhadap kesihatan bapanya.
C seorang yang pandai.
D cemerlang dalam akademik.

34

Berdasarkan petikan drama, apakah yang terjadi kepada abah selepas itu?
A Abah berjaya disembuhkan hasil rawatan alat hemodalisis.
B Abah terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
C Abah telah dibawa oleh Fatin Afiqah ke klinik Doktor Afif untuk mendapatkan rawatan semula.
D Abah telah kembali sedar setelah Doktor Afif menyambungkan alat hemodalisis ke tubuhnya.

35

Apakah tema yang dipaparkan dalam drama ini?


A Kasih sayang dalam ahli keluarga.
B Anak-anak perlu prihatin akan kesihatan ibu bapa yang telah tua.
C Pengorbanan anak-anak terhadap bapanya.
D Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa.

5/6

Soalan 36 40
Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH)
Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,


Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

Ayuhai anakanda muda remaja


Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pula bekerja.

Segala perbuatan dengan berilmu,


Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Kerja kebajikan janganlah malas,


Zahir dan batin janganlah culas
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Ilmu itu besar faedahnya,


Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Menuntut ilmu janganlah segan,


Ilmu yang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

Jika ilmu tidak diendah,


Sebab anakanda capak permudah,
Rakyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,


Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
36 Antara yang berikut, yang manakah bukan pesanan ayahanda terhadap anaknya?
37
A Haruslah rajin bekerja.
B Perlu jujur dalam perbuatan.
C Jangan ingkar perintah agama.
D Menggalakkan anakya menjadi raja.
Frasa ilmu yang benar jangan yang bukan bermaksud
A tuntutlah ilmu yang dapat membawa kebaikan.

6/6

B
C
D

setiap anak perlu mematuhi nasihat ibu bapa.


kita digesa supaya rajin menuntut ilmu.
ilmu haruslah dicari dan diamalkan.

38 Apakah nilai yang terkandung dalam rangkap ketiga syair?


A
Keikhlasan
B
Kesederhanaan
C

Kejujuran

Kerajinan

39 Contoh gaya bahasa klasik yang terdapat dalam syair di atas ialah
A syarak
B hak
C culas
D berperi
40 Persoalan utama yang dipaparkan dalam Syair Nasihat (Penghujung Thamarat Al-Muhimmah) ialah
A menghargai amanah.
B permerintah yang berilmu pengetahuan.
C kebijaksanaan menyelesaikan sebarang masalah.
D tanggungjawab sebagai seorang pemerintah atau raja.

Kertas Soalan Tamat

7/6

Anda mungkin juga menyukai