Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN APRESIASI.

Pada era globalisasi kini, kita masih kurang peka tentang hasil seni dari orang kurang upaya.
Meskipun OKU, namun bakat yang dimiliki oleh mereka cukup istimewa, malah setanding dengan
manusia normal yang lain ketika mempersembahkan hasil karya mereka pada khalayak ramai.
Oleh itu, kita perlu mengetengahkan keistimewaan bagi orang kurang upaya ini supaya mereka
tidak rasa terpinggir.

Apresiasi sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil
seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat
pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Membuat apresiasi tentang karya orang
kurang upaya ini adalah bagi menghargai terhadap hasil karya yang mereka telah hasilkan.

Saya telah mengkaji sendiri tentang seorang kanak-kanak yang kurang upaya dan mempunyai
bakat dalam lukisannya. Kanak-kanak ini berumur 11 tahun. Nama kanak-kanak ini adalah
Firdaus. Imej yang telah dilukis oleh kanak-kanak ini adalah seorang watak dalam sebuah drama
Kungfu iaitu Bruce Lee. Lukisan yang telah dihasilkan ini adalah bertemakan “Hero Saya”. Idea
atau pengalaman berdasarkan lukisan yang dihasilkan adalah, kanak-kanak ini gemar menonton
cerita Kungfu dan jadikan watak terseut sebagai idolanya.

Bagi aspek analisis, adalah perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan
struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan menghuraikan stail
sesuatu karya. Bagi karya yang telah dihasilkan oleh Firdaus menggunakan Unsur Seni seperti
garisan, rupa dan bentuk. Garisan ini dapat dilihat pada bahagian lengan Bruce Lee. Garisan
tersebut menghasilkan lengan Bruce Lee dengan baik. Rupa dan bentuk yang dihasilkan oleh
Firdaus adalah pertemuan antara dua hujung garisan seperti rupa kepala Bruce Lee berbentuk
spera. Bagi aspek Prinsip Rekaan pula, terdapat unsur kesatuan ada dalam lukisan tersebut.
Dalam hal ini, kanak-kanak yang bernama Firdauas ini mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Bagi aspek interpretasi, mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti
subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Kanak-kanak melukis dengan
mengekalkan konsep dan skema tertentu. Karya yang telah dilukiskan oleh kanak-kanak ini lebih
realistik. Hal ini kerana daya imaginasi kanak-kanak ini tinggi sehingga mampu melukis watak
Kungfu dengan baik.

Bagi aspek penilaian, adalah membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah
serta keseniannya. Dalam karya yang telah dihasilkan oleh Firdaus, kanak-kanak menggemari
watak Brucelee kerana watak ini melambangkan satu keberanian. Kanak-kanak ini juga bercita-
cita untuk menjadi seorang yang berani dan pertahankan orang lain. Faktor persekitaran yang
membenarkan kanak-kanak ini menonton cerita kungfu menjadikan Firdaus lebih cenderung
untuk gemar melukis wata Brucelee.

Secara kesimpulannya, orang kurang upaya ini perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, telah ramai
orang yang kurang upaya mempunyai bakat dalam menghasilkan lukisan dan karya setanding
dengan orang biasa.

Anda mungkin juga menyukai