Anda di halaman 1dari 2

APRESIASI 3 DIMENSI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang
mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini
berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini disebabkan
oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap
sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan
membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Deskripsi

Arca di atas merupakan arca stabail. Satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tetapi
tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja yang boleh bergerak. Media yang
digunakan adalah seperti dawai dan pemotong dawai. Arca di atas menggunanakan
bertemakan harmoni dimana saya menghasilkan ular tedong sebagai subjek matter. Apabila
digabungkan dengan rakan kelas akan mewujudkan satu harmoni. Arca ini menampilkan
figura ular tedung yang sedang melihat pemangsa. Figura ular tedung tersebut
melambangkan satu posisi ibarat ingin menerkam si pemangsa. Figura tersebut sedang
berdiri di atas tanah yang landai. Mimik mukanya sedang berada di dalam keadaan ingin
mematuk si pemangsa. Hal ini dapat dilihat pada bahagian mulutnya yang dibuka dengan
lidahnya yang terkeluar.

Intepretasi/tafsiran

Karya 3 dimensi ini memberi simbolik kepada keberanian di hadapan musuh. Ia


memnunjukkan satu saat yang genting seekor ular tedung untuk mempertahankan dirinya
atau di hadapan pemangsa. Hal ini berkaitan dengan hidup dan mati. Bagi ciri-ciri makna atau
aturan merangkumi elemen-elemen garisan, pergerakan, jalinan dan komposisi. Ciri-ciri
makna yang terkandung dalam karya dapat membuka ruang kefahaman di tahap ikonografi
atau makna dalam sesebuah karya. 3 dimensi yang dihasilkan berupaya merasakan elemen
tenaga daripada pengaplikasian garisan, jalinan dan pergerakkan yang ditonjolkan akan
menarik pandangan individu untuk melihat. Sifat-sifat jalinan yang terhasil diperoleh daripada
pengaplikasian pelbagai teknik. Penggunaan elemen jalinan dan garisan membentuk
pergerakan-pergerakan tertentu. Misalnya, karya 3 dimensi yang bermotifkan ular tedung
akan kelihatan nyata dengan kesan garisan yang tertentu.

Analisis

Unsur formalistik yang digunakan dalam karya melibatkan jalinan, rupa, bentuk dan
keseimbangan. Dalam konteks ini, jalinan yang dapat dilihat adalah jalinan yang dihasilkan
menggunakan dawai dengan membentuk rupa ular dari kepala sehingga ke ekor. Bentuk
badan ular yang berlingkar seperti itu akan menghasilkan satu keseimbangan dimana ular
tersebut boleh berada dalam keadaan komposisi kepala yang menegak. Prinsip yang utama
dalam arca ini adalah imbangan. Arca ini menunjukkan imbangan yang tidak simetri.

Penilaian

Penilaian ini dilakukan mengikut pandangan yang akan menimbulkan satu aura kepada
pelihat. Antara kekuatan yang dapat dilihat berdasarkan pemerhatian kasar karya 3 dimensi
ular tedung ini adalah keseimbangan dan jalinan yang seolah abstrak. Keseimbangan ini
dapat dilihat dengan lengkaran badan ular tedung yang luas akan menjadikan karya ini lebih
stabil. Kelemahan yang dapat dilihat pada karya atau dalam menghasilkan karya 3 dimensi
ini adalah dari segi keselamatan. Dalam hal ini, penggunaan seperti sarung tangan amat
penting dalam menghasilkan arca dawai ini. Namun, saya tidak menggunakan sarung tangan
ketika menghasilkan arca dawai yang menyebabkan tangan saya tercedera ketika
menghasilkan arca dawai ini. Oleh itu, pentingnya aspek keselamatan dalam menghasilkan
arca dawai ini.

Kesimpulannya, apresiasi ini merupakan cara kita menghargai karya dengan menjelaskan
setiap makna tersurat dan tersirat karya tersebut. Hal ini kerana, Menurut John Dewey,
apresiasi adalah menikmati sebuah kesenangan atau pengalaman terhadap sesuatu.
Pengertian lain yang John Dewey kemukakan adalah bahawa apresiasi merupakan
kesenangan dan pemahaman terhadap sesuatu. Pada kesempatan lain, ia juga
mengembangkan pemahamannya bahwa pemanfaatan merupakan salah satu bahagian
terpenting dari apresiasi.

Anda mungkin juga menyukai