Anda di halaman 1dari 2

14 Ogos 2018

DSP/PB Bahari bin Salim


Pemangku Pengarah
Bahagian Keselamatan
Universiti Putra Malaysia.

Yang Berbahagia Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUP PESTA BRIGED


PUTERA 2018 (BB PESTA 2018)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Bersempena dengan upacara tersebut, dengan sukacita, Briged Putera Malaysia Majlis Kuala
Lumpur ingin menjemput YBhg. Tuan untuk menghadiri upacara pembukaan dan penutup kami.
Berikut, kami lampirkan butiran terperinci:

Upacara Pembukaan BB Pesta (Senior) & Upacara Penutup BB Pesta (Junior):


 Tarikh: 20 Ogos 2018
 Masa: 4.00 – 6.30 petang
 Tempat: Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia
 Tetamu kehormat: Yang Berhormat Yeo Bee Yin – Menteri MESSTEC

Upacara penutup BB Pesta (Senior)


 Tarikh: 24 Ogos 2018
 Masa: 8.00 – 10.30 malam
 Tempat: Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia
 Tetamu kehormat: Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook – Menteri Pengangkutan

3. Briged Putera adalah antara satu badan beruniform yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan
Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahli kami terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur
6 hingga 21 tahun. Aktiviti-aktiviti Briged Putera direka untuk membimbing ahli-ahli kami dari aspek
pendidikan, fizikal, sosial dan semangat rohaniah dan insaniah.
4. Pesta Briged Putera adalah sebuah program kebangsaan yang dianjurkan 2 tahun sekali bagi ahli-
ahli kami di Malaysia untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan memupuk semangat
perpaduan. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada delegasi antarabangsa
seperti United Kingdom, Indonesia dan Hong Kong.

5. Aktiviti-aktiviti dalam program tersebut termasuk persembahan pancaragam, pertandingan


kawad kaki, menari dan menyanyi, “Kuala Lumpur City Tour”, permainan berpasukan dan lain-lain.

6. Semoga kehadiran YBhg. Tuan akan menghadiri dan bersama kita untuk memeriahkan majlis
tersebut. Segala kerjasama daripada YBhg. Tuan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan, sila menghubungi 012-335 7997 (Terence Yap) atau 016-205
4801 (Nicholas Yeap)

Sekian. Tetap dan Teguh.

Yang menjalankan tugas,

TERENCE YAP
Pengerusi Jawatankuasa
BB Pesta 2018
Briged Putera Malaysia

Anda mungkin juga menyukai