Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN M/S

1 PENGENALAN 1

2 LATAR BELAKANG 2

3 OBJEKTIF UJIAN 2

4 KEPENTINGAN UJIAN 2

5 INSTRUMEN UJIAN 3

6 PROSEDUR UJIAN 3

7 KIRAAN SKOR 4

8 RUJUKAN 5
1.0 PENGENALAN

Kuasa didefinisikan sebagai keupayaan menghasilkan daya maksimum dalam masa

yang sesingkat mungkin seperti melompat menegak, lompat jauh berdiri, melontar peluru dan

lain-lain pergerakan yang melibatkan pengecutan otot yang pantas. Kuasa lazimnya diukur

dengan kaedah beberapa jenis gaya lompatan dan balingan. Dalam ujian kuasa, jarak, daya dan

masa adalah spesifik, halangan biasanya datang daripada berat badan sahaja. Di antara ujian

yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu bagi mengukur kuasa kaki dan tangan

ialah lompat jauh berdiri (AAHPERD, 1976), lompat menegak (Johnson & Nelson, 1986),

lompat kuasa menegak (John & Nelson, 1986), melontar bola segar atau bola keranjang (John

& Nelson, 1986), menarik lengan menegak (Johnson & Nelson, 1969), melontar bola keranjang

sambil duduk (Robert, 1998) dan ujian kuasa anarobik Magaria (Margaria, Aghemo, & Rovelli,

1966).

Kuasa adalah keupayaan untuk menjalankan daya yang maksimum dalam jangka masa

yang pantas atau cepat. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengeluarkan

daya maksimum otot dalam keadaan letusan. Pada asasnya kuasa merangkumi kekuatan dan

kelajuan. Dengan meningkatkan sama ada kekuatan atau kelajuan maka kuasa juga akan

meningkat. Dalam kebanyakan sukan, kuasa adalah lebih penting daripada kekuatan.

Dari segi fisiologi pula, kuasa merupakan hasil keupayaan penguncupan otot dalam

masa yang singkat. Ianya melibatkan gabungan antara kekuatan otot dan juga kepantasan

penguncupan otot. Kuasa adalah bersamaan dengan daya diadarabkan dengan halaju. Daya

dijanakan oleh kekuatan otot dan halaju merupakan pecutan daya yang digunakan.

1
2.0 LATAR BELAKANG

Ujian lompat jauh berdiri telah digunakan oleh pelbagai sukan dan organisasi, baik

profesional mahupun amatur, untuk menilai dan meramalkan kejayaan sukan (Jared, Erik,

Russell dan Will, 2010). Ujian lompat jauh berdiri ialah salah satu ujian untuk mengukur

prestasi kuasa dalam lakuan motor. Selain itu, ujian ini sesuai dilakukan kepada pelajar lelaki

dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, institusi perguruan dan universiti. Kawasan

yang sesuai untuk melaksanakan ujian ini adalah di tempat seperti gelanggang konkrit yang

mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar untuk membuat

lompatan. Kelebihan ujian ini adalah ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang

singkat. Manakala kelemahan ujian ini adalah peserta memerlukan teknik yang betul untuk

mencapai keputusan yang maksimum.

3.0 OBJEKTIF UJIAN

Terdapat beberapa objektif ujian lompat jauh berdiri ini dijalankan terhadap atlet antaranya:

1) Untuk mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan lompatan ke hadapan.

2) Untuk mengukur kekuatan letupan kaki.

4.0 KEPENTINGAN UJIAN

Ujian lompat jauh berdiri adalah ujian untuk mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan

lompatan ke hadapan. Ujian ini juga boleh disesuaikan khusus bagi sukan yang banyak

menggunakan kuasa kaki dan tangan dalam kategori serangan seperti badminton, bola baling,

bola tampar dan bola keranjang.

2
5.0 INSTRUMEN UJIAN

1) Pita pengukur

2) Pita penanda

3) Kapur penanda

6.0 PROSEDUR UJIAN

1) Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.

2) Persediaan melompat; subjek mengayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan

lutut di bengkok.

3) Melakukan lompatan dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan ke depan dan lutut

diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat dengan

menggunakan kedua-dua belah kaki.

4) DUA percubaan diberi. Lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.

Anda mungkin juga menyukai