Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM eHadir

(MODUL KEHADIRAN KULIAH)


PELAJAR

KEHADIRAN KULIAH/TUTORIAL/MAKMAL

1. Pelajar perlu mendaftar pada setiap semester pengajian secara atas talian melalui portal
eWadi. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar atau menambah kursus selepas dua (2) minggu
dari tarikh permulaan kuliah.

Pelajar yang tertinggal dan ingin membuat pendaftaran kursus selepas tamat tempoh
tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 per kursus.

2. Pelajar yang berstatus mendaftar sahaja yang boleh mengakses sistem eHadir. Rekod
pelajar yang berstatus tidak aktif tiada dalam sistem eHadir dan kehadiran mereka ke
kuliah/tutorial/makmal tidak akan diambilkira di dalam sistem kehadiran.

3. Semua pelajar perlu memenuhi keperluan kehadiran sebagaimana berikut:

a. Pelajar Siswazah - 80% kehadiran

b. Pelajar Pra-Siswazah - 80% kehadiran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam


Peraturan-peraturan Universiti Sains Islam Malaysia (Pengajian Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian) 2007, klausa 7.1 seperti berikut:

”Kehadiran kuliah dan tutorial bagi sesuatu kursus hendaklah tidak kurang
daripada 80%. Oleh itu, jika seseorang pelajar didapati tidak memenuhi
keperluan kehadiran tersebut seperti yang ditetapkan, pelajar tersebut tidak akan
dibenarkan mengambil peperiksaan akhir semester setelah Dekan dimaklumkan
oleh tenaga pengajar yang mengendalikan kursus berkenaan.”

c. Pelajar Tamhidi – 80% kehadiran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan
Akademik Program Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia seperti berikut:

8. KEHADIRAN

Pelajar mesti hadir tidak kurang daripada 80% masa pertemuan yang ditentukan bagi
sesuatu mata pelajaran termasuk mata pelajaran Wajib Universiti (WU).

1
4. Pelajar perlu memenuhi keperluan 80% kehadiran bagi setiap komponen seperti kuliah,
tutorial atau makmal. Formula bagi pengiraan tersebut adalah seperti berikut:

Bilangan Hadir (Kuliah/Tutorial/Makmal)


X 100
Jumlah Pertemuan (Kuliah/Tutorial/Makmal)

Contoh pengiraan kehadiran pelajar yang memenuhi keperluan 80% kehadiran adalah
seperti berikut:

12
X 100 = 85.7 %

14

Contoh pengiraan kehadiran pelajar yang tidak memenuhi keperluan 80% kehadiran
adalah seperti berikut:

11
X 100 = 78.6 %
14

MEREKOD KEHADIRAN KULIAH/TUTORIAL/MAKMAL

1. Setiap pelajar dibekalkan dengan kad matrik yang berfungsi sebagai kad pengenalan diri
pelajar. Pelajar perlu mempamerkan kad matrik masing-masing sepanjang berada di
sekitar kampus.

2. Pelajar perlu merekodkan kedatangan setiap kali menghadiri kuliah/tutorial/makmal di


semua dewan/bilik kuliah/tutorial/makmal termasuk kelas gantian. Pelajar tidak perlu
merekod keluar.

3. Pelajar perlu mengimbas kad matrik masing-masing pada alat pengimbas (reader) yang
dipasang disetiap ruang pembelajaran mengikut lokasi sebagaimana yang telah ditetapkan
dalam jadual waktu kuliah/tutorial/makmal bagi tujuan merekodkan kehadiran.

Bagi kelas yang tiada alat pengimbas (reader) kakitangan akademik terlibat akan
merekodkan kehadiran pelajar melalui sistem eHadir.

4. Pelajar boleh merekodkan kedatangan ke kuliah/tutorial/makmal seawal 30 minit sebelum


kuliah/tutorial/makmal berlangsung.

5. Pelajar akan dianggap hadir lewat, jika hadir mulai minit ke 11 hingga minit ke 30 dari
permulaan kuliah. Contohnya kelas yang bermula pada jam 8.00 pagi dan pelajar hadir
pada jam 8.11 pagi , pelajar tersebut akan dikira sebagai hadir lewat.

6. Pelajar akan dianggap tidak hadir jika merekodkan kedatangan ke kuliah/tutorial/makmal


selepas 30 minit kuliah/tutorial/makmal berlangsung. Contohnya kelas yang bermula pada

2
jam 8.00 pagi dan pelajar hadir pada jam 8.31 pagi, pelajar tersebut akan dikira sebagai
tidak hadir.

7. Sekiranya pelajar mempunyai dua (2) kuliah/tutorial/makmal berturutan di dewan/bilik yang


sama, pelajar perlu merekodkan semula kedatangan mereka mengikut tempoh yang telah
ditetapkan.

8. Pelajar yang tidak mengimbas kad matrik kepada alat pengimbas (reader) yang disediakan
dianggap tidak menghadiri kuliah/tutorial/makmal pada hari berkenaan.

9. Pelajar yang tidak hadir ke kuliah/tutorial/makmal perlu mengemukakan alasan dalam


sistem eHadir.

10. Pelajar perlu membuat alasan/pengesahan ketidak hadiran melalui sistem eHadir pada hari
berikutnya sekiranya pelajar terlupa atau terdapat masalah teknikal pada sistem/alat
pengimbas (reader).

11. Pelajar perlu memohon secara rasmi kepada kakitangan akademik masing-masing
sekiranya tidak dapat menghadiri kuliah/tutorial/makmal kerana mengikuti program
universiti atau masalah-masalah yang berkaitan, sebelum kuliah/tutorial/makmal
berlangsung untuk kelulusan dengan mengisi borang yang telah ditetapkan.

12. Bagi ketidak hadiran yang disebabkan masalah kesihatan, salinan sijil cuti sakit yang
dilengkapi dengan maklumat no. siri sijil cuti sakit berkenaan dan nama klinik yang
mengeluarkan perlu disertakan.

13. Kemudahan untuk melihat dan membuat catatan alasan ketidak hadiran pelajar disediakan
di dalam laporan kehadiran dalam sistem eHadir. Kelulusan alasan ketidak hadiran pelajar
adalah tertakluk kepada budi bicara kakitangan akademik terlibat.

14. Pelajar tidak dibenarkan merekod kehadiran bagi pihak pelajar lain. Sekiranya pelajar
didapati merakam masuk untuk pelajar lain, mereka dianggap telah melakukan kesalahan
serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

15. Sebarang kerosakan atau kehilangan kad matrik perlu diganti dengan kadar segera di
Pusat Teknologi Maklumat untuk mengelakkan masalah dalam merekod kehadiran pelajar.
Bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi mendapatkan kad matrik yang baharu.

16. Pelajar perlu memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik/Pusat Tamhidi/Pusat


Pengajian Siswazah, sekiranya terdapat kesilapan maklumat pelajar dalam sistem eHadir
seperti kesilapan ejaan nama dan sebagainya untuk dikemaskini dalam sistem al-
’Aaliyah/sistem Tamhidi/sistem al-U’lyaa.

17. Pelajar diwajibkan menyemak peratus kehadiran masing-masing di dalam sistem eHadir.
Pelajar juga bertanggungjawab memastikan rekod kehadiran tepat. Sekiranya didapati
rekod kehadiran tidak tepat, sila berjumpa dan berhubung terus dengan kakitangan
akademik terlibat untuk membuat pembetulan dalam sistem eHadir.

18. Pelajar boleh terus berhubung dengan Bahagian Pengurusan Akademik/Fakulti/Pusat


masing-masing, sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam penggunaan sistem
eHadir.

Sepertimana yang telah diluluskan dalam Sambungan Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-54 pada 06 Januari 2010

Anda mungkin juga menyukai