Anda di halaman 1dari 2

Abdul Rahman Bin Mat Yunus

No 13, Lorong 46, Taman Seri Ku,


Batu 12, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang.

Pengarah
ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan)
Jalan Rasah, 70300 Seremban
Negeri Sembilan.

Melalui

En. Ahmad Zahrullail Bin Abd. Aziz


Timbalan Pengarah (HEP)
ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan). 2.1.2020.

Tuan,

Per: KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN KE KOLEJ

Merujuk perkara di atas, saya Abdul Rahman Bin Mat Yunus, No KP: 600207-11-5171 pemilik kepada
kenderaan Perodua Axia bernombor pendaftaran WC9350C dengan ini memberi kebenaran kepada
anak saya untuk membawa kenderaan sepanjang sesi pengajiannya di ILKKM Seremban (Pembantu
Perubatan). Butiran lanjut adalah seperti di bawah;

Nama Pelajar: Muhammad Syafiq Bin Abdul Rahman

No KP: 980807-06-6091

Semester: 5 (Tahun 3 Semester 1)

Jenis Kereta: Perodua Axia

No Pendaftaran Kenderaan: WC9350C


2. Saya sebagai pemilik kenderaan ini juga memohon pihak tuan agar dapat memberikan keizinan
kepada anak saya untuk membawa kenderaan tersebut sepanjang tempoh pengajiannya di kolej. Hal ini
kerana keadaan kesihatan saya dan isteri yang kurang memuaskan serta usia yang telah mencecah 60
tahun.

3. Tambahan pula, saya sudah tidak berkemampuan untuk menghantar anak saya ke kolej atas
faktor jarak dan ekonomi serta isteri saya yang mengalami masalah lutut.

4. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak tuan atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

---------------------------

(Abdul Rahman Bin Mat Yunus)

Anda mungkin juga menyukai