Anda di halaman 1dari 1

ISMAHADHY AMREE BIN ISMAIL

D-0-8, PFI2, Kolej Kediaman Tengku Tuanku Fauziah,


Kampus Tetap Univesiti Malaysia Perlis (UniMAP),
02600, Arau,
Perlis. +60 17-408 2393
IBU PEJABAT POLIS BANTUAN UNIMAP
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Jalan Teknologi,
02600, Arau,
Perlis. 16 JUN 2022

Tuan/Puan,

MEMOHON PENGURANGAN BAYARAN SAMAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Ismahadhy Amree Bin Ismail,
No. Matrik 191110653 ingin menarik perhatian pihak tuan/puan berhubung perkara yang
dinyatakan di atas.
2. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat menerima
rayuan saya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya membawa motosikal yang
telah diubahsuai dan lesen memandu tamat tempoh seperti yang tertera di notis saman. Saya
terpaksa membawa motosikal tersebut kerana motosikal biasa saya bawa telah digunakan oleh
adik saya untuk ulang-alik di kampus salah satu universiti awam. Juga saya tidak menyedari
lesen memandu saya telah tamat tempoh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak
lama di negara kita dan tempat tinggal saya.
3. Sehubungan dengan itu, saya tidak mampu untuk membayar saman sejumlah besar
yang telah ditetapkan oleh pihak tuan/puan. Disebabkan itu juga, kewangan saya hanya
mencukupi untuk menampung kos makan dan minum di kampus sahaja.
4. Saya amat kesal atas perbuatan kerana membawa motosikal yang telah diubahsuai dan
cuai untuk memperbaharui lesen memandu. Saya memohon jasa baik tuan/puan agar dapat
mempertimbangkan dan memperhalusi permohonan saya ini. Segala jasa baik pihak tuan/puan
amatlah saya hargai.
Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

………………………...

Anda mungkin juga menyukai