Anda di halaman 1dari 1

Aiman Faris Bin Noor Hisham Ali

No 13 E, Kg Alai, Kg Alai Jalan Muar

85000 Segamat, Johor, Malaysia

Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan kecil pelajar

Jabatan dan Perkhidmatan Sokongan Pelajar

Universiti Teknologi Mara Cawangan Kampus Segamat

85000, Johor Malaysia 7 Disember 2022

Tuan/Puan

Permohonan Untuk Mengurangkan Kadar Bayaran Saman

Adalah saya Aiman Faris Bin Noor Hisham Ali bernombor matrik 2021123157 dari program BA
114 Analisis Perlaburan Tahun Akhir Semester 4, di alamat seperti di atas dan bernombor telefon 019-
3357309. Berhubung dengan perkara di atas,saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk
mengurangkan kadar bayaran saman yang telah dikenakan dan saya sertakan sebab-sebab saya
memohon rayuan pengurangan saman tersebut:

2. Saman yang saya terima adalah atas kesalahan (meletakkan kenderaan di tempat yang tidak
sepatutnya iaitu di parking staf). Kesalahan ini berlaku di kawasan kolej kediaman. Sejujurnya,saya
tidak peka kawasan tersebut adalah kawasan larangan bagi pelajar untuk meletakkan kenderaan di situ
malahan saya juga baru pertama kali berada di Uitm bagi sem ini. Tambahan pula, tempat tersebut
merupakan tempat parking kenderaan bagi pengurus kolej.

3. Selain itu, saya juga ingin menguruskan hal penting bersama rakan saya di kolej iaitu
menyiapkan assignment yang diberi oleh lecturer. Saya mengakui itu adalah kesalahan yang tidak
patut saya lakukan kerana ingin menyiapkan kerja tersebut dengan tergesa-gesa.

4. Dengan ini, saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini dikemudian hari dan lebih peka
pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya berharap pihak tuan/puan dapat memaafkan
perbuatan saya.

Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,

Aiman

Anda mungkin juga menyukai