Anda di halaman 1dari 1

Bahagian Kewangan UNITEN,

UNITEN,Putrajaya Campus,
Jalan IKRAM-UNITEN,
43000 Kajang,
Selangor.
Mohamad Fikri Bin Mohamad Azahir,
11-D,Taman Bahagia,
06000 Jitra,
Kedah.

26 Januari 2016.

Tuan/Puan,
PERMOHONAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN TANPA PERLU
MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN SEPENUHNYA
Merujuk perkara di atas, saya Mohamad Fikri Bin Mohamad Azahir nombor pelajar
CE094643 dari jurusan ijazah kejuruteraan awam, ingin memohon kebenaran dari pihak
UNITEN agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menduduki peperiksaan akhir
semester ini.
2. Hal ini kerana saya telah tersilap membuat bayaran kepada pihak TNB sebanyak
RM3500.00 dimana sepatutnya saya ingin menjelaskan yuran saya kepada pihak
UNITEN.Saya telah merujuk perkara ini dengan pihak TNB dan mereka telah membawa
perkara ini kepada pihak yang berkaitan.
3. Di sini saya sertakan beberapa bukti transaksi saya agar pihak UNITEN dapat membuat
rujukan.Saya berharap pihak UNITEN dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan
permohonan saya ini memandangkan tarikh peperiksaan akhir semester semakin
dekat.Kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang Benar

.
(Mohamad Fikri Bin Mohamad Azahir)
Pelajar COE,
CE094643.

Anda mungkin juga menyukai