Anda di halaman 1dari 3

Jawab soalan berikut berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai budaya?


a. Perbezaan antara masyarakat
b. Keseluruhan cara hidup manusia
c. Amalan kelompok tertentu dalam masyarakat
d. Keseluruhan kepercayaan sesebuah masyarakat.

2. Antara berikut,yang manakah merupakan ciri-ciri budaya.


i. Boleh dipelajari
ii. Boleh dikongsi
iii. Bersifat sejagat
iv. Sentiasa berubah

a. i dan ii sahaja c. i, ii dan iv sahaja


b. i. ii dan iii sahaja d. i, ii, iii dan iv

3. Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Antara
berikut, yang manakah merupakan bukan klasifikasi kelompok dalam sesuatu
masyarakat.
a. Kelompok tugas c. Kelompok kepentingan
b. Kelompok keluarga d. Kelompok persahabatan

Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil untuk


etnik masing-masing.

4. Berdasarkan pernyataan di atas, manakah istilah berikut yang paling berkaitan.


a. Asimilasi c. Akulturasi
b. Akomodasi d. Sergregasi

5. Apakah yang dimaksudkan sebagai amalgamasi?


a. Pemisahan kebudayaan antara etnik
b. Percampuran budaya dan ras yang membentuk sesuatu yang baru
c. Proses penerimaan oleh kumpulan minoriti terhadap budaya kumpulan
majoriti
d. Persetujuan antara etnik untuk hidup bersama tanpa mengetepikan
kebudayaan masing-masing
6. Antara padanan kelompok ras dan ciri-ciri fizikal berikut, yang manakah paling
tepat.
a. Austroloid Kulit kelabu, rambut kerinting, hidung dan mata besar
b. Caucasoid Bibir tebal, hidung mancung, mata besar, kulit merah
c. Mongoloid Mata kecil dan badan kecil, kulit kelabu, rambut lurus
d. Negroid Kulit merah, hidung mancung, mata besar, rambut lurus

7. Dalam usaha untuk membantu orang Melayu bergiat dalam perniagaan, kerajaan
telah menubuhkan agensi-agensi seperti
a. JPJ c. LPKP
b. MARA d. Baitulmal

8. Berikut adalah antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam
memupuk perpaduan nasional kecuali
a. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
b. Pengeluaran kereta nasional
c. Dasar Pendidikan Kebangsaan
d. Pengenalan ideologi kebangsaan

9. Wajah Joshua kelihatan putih dan bermata kecil tetapi rambutnya kerinting. Hal
ini adalah kerana ibunya merupakan orang Cina dan ayahnya orang Eropah.
Perkara ini adalah berkaitan dengan proses
a. Akomodasi c. Amalgamasi
b. Asimilasi d. Sergregasi

10. Cikgu Samsul mengajar di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang murid. Semasa menyediakan perancangan pengajaran, aspek budaya
murid yang perlu diambilkira adalah
a. Lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima
b. Kepercayaan dan jantina, peralatan dan kelengkapan serta sistem ekonomi
c. Status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa dan adat
resam
d. Lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang telah diterima, status ekonomi,
sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan,
jantina, sistem kemasyarakatan, bahasa dan kesenian.
Jawapan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
b d b b b a b b c c

Anda mungkin juga menyukai