Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAMOL

PETI SURAT 3018


90733 SANDAKAN
SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM KERJA AMAL
PRA U SMK PAMOL
TAHUN 2020

TEMPAT: SMK PAMOL

TARIKH: 21 JANUARI 2020


1.0 PENDAHULUAN

Kerja amal ini adalah sebuah program yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Pra U
Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol, Beluran, Sabah. Kerja amal ini disertai oleh
beberapa orang pelajar wanita tingkatan 6 Atas iaitu sebanyak tujuh orang pelajar. Kerja
amal ini dibawan bimbingan En. Pius Daini selaku guru penasihat Pra U Sekolah Menengah
Kebangsaan Pamol. Program ini diadakan dalam kawasan sekitar Sekolah Menengah
Kebangsaan Pamol. Kerja amal ini turut dilakukan pada 21 Januari 2020 tepat pada hari
selasa.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi nilai kesedaran terhadap kebersihan kawasan
sekitar sekolah di samping mengisi markah untuk kegiatan Ko-kurikulum pelajar Pra U
Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol. Kerja amal ini dilakukan bertujuan untuk mencabar
pelajar agar dapat melaksanakan sesebuah program amal yang memberi banyak manfaat bagi
pelajar. Program ini turut dapat melatih pelajar Pra U agar dapat merancang untuk
menganjur sesuatu program bagi persiapan untuk melangkah ke alam Universiti.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar untuk tidak bersikap egoistik.
3.2 Memberi pertolongan untuk membersihkan kawasan sekolah.
3.3 Membentuk pelajar yang bernilai murni tinggi.
3.4 Mengisi markah Ko-kurikulum pelajar.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Disertai oleh tujuh orang pelajar wanita tingkatan 6 atas:

1) Juliezrah Admiral
2) Kartini Binti Husin
3) Nur Shazarinah Binti Junah
4) Nur Syafiqah Natasha Binti Baharuddin
5) Nurul Atika Binti Alexius
6) Siti Nur Azyikin Binti Mohd Sabani
7) Wilhelnie Ignalea Gadus

5.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

PENGERUSI: NUR SYAFIQAH NATASHA BINTI BAHARUDDIN

TIMB. PENGERUSI 1: SITI NUR AZYIKIN BINTI MOHD SABANI

TIMB. PENGERUSI 2: KARTINI BINTI HUSIN

SETIAUSAHA: NURUL ATIKA BINTI ALEXIUS

TIMB. SETIAUSAHA: JULIEZRAH ADMIRAL


BENDAHARI: WILHELNIE IGNALEA GADUS

TIMB. BENDAHARI: NUR SHAZARINAH BINTI JUNAH

6.0 PENUTUP

Kerja amal yang dilaksanakan kali ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua ahli
yang terlibat dan memberi impak yang positif terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Usaha
dalam menjayakan kerja amal ini dilakukan dengan gigih untuk memastikan program
berjalan dengan lancar. Ahli jawatan kuasa pelajar ini berusaha melaksanakan
tanggungjawab yang perlu. Kami berharap agar program sedemikian dapat diteruskan lagi
untuk masa yang akan datang.

DISEDIAKAN OLEH:

_____________________
(NUR SYAFIQAH NATASHA BINTI BAHARUDDIN)
PENGERUSI PROGRAM KERJA AMAL

DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH:

_____________________
(EN. PIUS DAINI)
GURU PENASIHAT PERSATUAN PRA U
SMK PAMOL

Anda mungkin juga menyukai