Anda di halaman 1dari 2

Tips pemakanan sihat

Brokoli yang dikenali sebagai salah satu jenis sayuran yang


berkhasiat serta kaya dengan serat, kalsium, kalium dan folat dapat
sedikit sebanyak mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes
dan beberapa jenis kanser. Brokoli juga mempunyai jumlah
kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Brokoli dan sayur-
sayuran lain seperti kubis dan Brussels Sprout juga boleh dikatakan
dapat menyembuhkan osteoarthritis; sejenis bentuk arthritis yang
paling biasa secara beransur-ansur. Satu lagi jenis buah-buahan yang
berkhasiat adalah bluberi yang kaya dengan serat serta antioksidan.
Menurut kajian orang dewasa yang makan banyak bluberi (dan
strawberi) kurang mengalami penurunan kognitif berbanding orang
lain. Bluberi juga berpotensi untuk mengelakkan obesiti dan
mengawal berat badan. Pengambilan bluberi biasanya dikaitkan
dengan bahan bioaktif yang boleh mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi. Ikan berminyak diketahui dapat memberi manfaat
kepada pesakit yang mengalami keradangan seperti arthritis. Ikan
berminyak juga mempunyai kandungan vitamin A dan D yang tinggi.
Rutin pengambilan satu bahagian ikan berminyak dua kali seminggu
boleh mengurangkan risiko mendapat artritis reumatoid.

Sayur-sayuran berdaun gelap, seperti bayam atau kubis jelas dapat


mengurangkan risiko seseorang itu daripada mendapat penyakit
kencing manis Jenis 2. Bayam adalah sayur yang kaya dengan
antioksidan, terutamanya apabila dimakan mentah, stim atau rebus.
Ia juga merupakan sumber vitamin A, B6, C, E dan K, dan juga
selenium, niasin, zink, fosforus, tembaga, asid folik, kalium, kalsium,
mangan, dan zat besi yang baik. Ubi keledek pula kaya dengan serat
pemakanan, kompleks dengan vitamin C, vitamin B6 dan karotena
(bagi yang bewarna merah jambu dan kuning). Keledek menduduki
tempat yang pertama kerana kandungan vitamin A dan C, zat besi,
kalsium, protein dan karbohidrat kompleks yang tinggi berbanding
dengan sayur-sayuran lain. Gandum juga kaya dengan beberapa
nutrien penting seperti vitamin E, asid folik, zink, magnesium,
fosforus, dan asid lemak yang diperlukan tubuh badan manusia. Ia
juga merupakan sumber serat yang baik dan merupakan alternatif
terbaik bagi mereka yang mengalami sembelit.

Avokado merupakan buah yang kaya dengan sumber vitamin B,


vitamin K dan vitamin E. Ia juga mengandungi serat larut dan tidak
larut yang tinggi yang menjadikannya buah pelawas dan
pengambilan buah ini secara kerap boleh mengurangkan tahap
kolesterol darah. Selain itu, avokado berfungsi untuk mengubati
diabetes atau tekanan darah tinggi dan sel-sel kanser mulut.
Makanan yang terakhir ialah oat. Oat adalah hidangan yang dibuat
dari oat yang telah dikisar. Kajian telah menunjukkan bahawa anda
boleh mengekalkan keseimbangan tahap kolesterol anda atau
mengurangkan tekanan darah tinggi jika anda makan oat setiap hari
disebabkan kandungan serat larut bijirin yang tinggi. Oat juga sangat
kaya dengan vitamin B, omega-3, asid lemak, folat dan kalium yang
dapat memenuhi keperluan badan anda!

Anda mungkin juga menyukai