Anda di halaman 1dari 2

Sejarah pemilihan bunga kebangsaan bermula pada akhir tahun 1958, apabila

Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu Bunga


Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga
Cempaka dan Bunga Tanjung.

Berdasar kepada pertimbangan dari pelbagai aspek, kabinet memutuskan


untuk memilih bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kerana Bunga Raya
memiliki kelopak yang besar, lebar dan melentur, nama Bunga Raya telah
dikenali di Tanah Melayu sejak dahulu kala dengan satu nama sahaja.

Bunga Raya

Sehubungan itu, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk


identiti negara dengan nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol
bagi mempamerkan identiti sebagaimana yang terdapat pada Jata Negara,
logo, lencana, bendera, sulaman, setem, taman perumahan, jalan raya,
bangunan, wang kertas serta wang syiling.

Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip
Rukun Negara, yang diperkenalkan pada tahun 1970. Bunga Raya telah
didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan
Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan
Kebangsaan 2005.

Anda mungkin juga menyukai