Anda di halaman 1dari 1

Refleksi:

Kekuatan

Secara keseluruhan, saya dapat memupukkan minat belajar murid melalui aktiviti yang pelbagai dan
bersesuaian. Dengan itu murid senang hendak mengingati kemahiran yang diajar. Murid-murid suka
dalam menjalankan aktiviti yang mengilirkan bola. Aktiviti ini dapat membantu murid melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran serta dapat memepertingkatkan tumpuan melihat dan mendengar
dengan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik bersamaan mengilirkan bola
yang diedarkan.

Kelemahan

Terdapat ramai murid yang kurang faham soalan operasi darab dan tidak dapat menyiapkan lembaran
kerja yang diberikan. Murid yang masih tidak dapat menguasai sifir darat tidak dapat menyiapkan
soalan darab dan bahagi dalam unit Berat. Murid lemah dalam menghafal sifir darab, maka tidak dapat
mereka siapkan soalan operasi bahagi.

Cara mengatasi

Kesimpulannya, saya perlu memberikan penekanan dengan memaksa murid mengingat sifir darab
dahulu sebelum meneruskan pelajaran yang lain. Sifir darab perlu dikuasai dahulu dengan baik
sebelim ke operasi bahagi dan seterusnya. Murid yang masih tidak dapat hafal sifir darab, saya akan
meluangkan lebih masa untuk membimbing mereka mengingat sifir dengan cara yang sesuai dan
senang diingati. Selepas murid dapat menguasai sifir darab, maka barulah boleh mereka mahir dalam
operasi bahagi sebab kedua-dua operasi ini adalah berkaitan. Saya perlu mempermudahkan
pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengajar dengan teknik yang lebih difahami oleh murid
yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai