1.0 Pendahuluan
PERMATA HATI SKSK 2020 ini digubal dan dirancang demi melonjakkan lagi kecemerlangan
pendidikan murid di peringkat awal. Program ini dikendalikan dan diselia oleh Unit Pemulihan
Sekolah dan segala pelaporan kemajuan akan dibuat pada akhir bulan MEI oleh Penyelaras
Program. Semua warga sekolah akan dilibatkan bersama-sama bagi memperkukuhkan
pelaksanaan program yang julung kali ini dan akan disokong-bantu oleh pihak Persatuan Ibu
bapa Guru (PIBG)
Semua pihak berkeyakinan penuh dan berhasrat melihat perkembangan yang positif serta
bersepadu dalam membentuk murid-murid yang berpotensi dan berketrampilan dalam aspek-
aspek yang difokuskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
2.0 Rasional
PERMATA HATI SKSK ini dirancang dan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain itu, program ini juga
dapat memberi tumpuan yang semaksima bagi murid-murid yang lemah kerana ianya
dijalankan dalam kumpulan yang kecil.
Selain itu juga,program ini dapat memupuk kerjasama yang lebih padu serta komitmen yang
tinggi di kalangan guru-guru dan ibu bapa dalam memastikan semua murid memperolehi
kemahiran yang perlu dikuasai.
3.0 Matlamat
Program ini dijalankan berpaksikan kepada hasrat murni guru-guru untuk membantu murid-
murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca dan mengira serta
memperkukuhkan keupayaan murid-murid agar sentiasa dapat meningkatkan kecemerlangan
dalam beberapa siri penilaian dan sebagainya dan adalah dijangka program ini dapat
menghasilkan SIFAR BELUM MENGUASAI kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu
terutamanya kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
4.0 Objektif
5.1 Seramai 28 orang murid-murid Tahun 1 , Tahun 2 , Tahun 3 dan Tahun 4 dipilih untuk
mengikuti PERMATA HATI SKSK ini. Senarai nama adalah seperti berikut :
Tahun 1
Tahap Sasaran
Penguasaan Standard
Nama Sumber Data Kemahiran Prestasi
STANDARD KANDUNGAN :
1.1 Mendengar dan memberikan respon
2.1 Asas membaca dan memahami
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1.1Mengajuk, dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi;
i) vokal
ii) konsonan
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul;
i) vokal
ii) konsonan
PELAKSANAAN
Tahap Sasaran
Penguasaan Standard
Nama Sumber Data Kemahiran Prestasi
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;
(i) perkataan
(ii) ayat
Tahap Sasaran
Penguasaan Standard
Nama Sumber Data Kemahiran Prestasi
STANDARD KANDUNGAN :
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai:
3.1.1 Menulis secara mekanis
PELAKSANAAN
TAHUN TINDAKAN
*penyesuaian jadual
*Semua guru, kakitangan bukan mengajar dan warga sekolah sama-sama membantu murid
PERMATA dengan mengajar / menyoal sekiranya berkesempatan dan di mana-mana sahaja di
kawasan sekolah.
*jombanteras
8.0 Keperluan Program
PERMATA HATI SKSK sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak sekolah
dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dalam mengendalikan aktiviti ini. Ini terutamanya dari
segi kewangan dan nasihat serta teguran bagi mencapat objektif PERMATA HATI SKSK
secara maksimum. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berinteraksi dengan guru PERMATA
HATI SKSK berkenaan dengan masalah pembelajaran anak mereka. Saya percaya , dengan
usaha dan penglibatan semua pihak, PERMATA HATI SKSK akan berjalan dengan licin
dan lancar.
__________________________ ____________________________