Anda di halaman 1dari 1

Restoran Ratu Rasa,

No. 38 Bangunan UMNO,


Jalan Dato Abdullah,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur.

Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah dan Tanah Raub,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur. 12 Disember 2019

Tuan,

Permohonan Menyewa Tapak Bangunan Bagi Tujuan Perniagaan Dan Mempromosi


Masakan Serta Kebudayaan Tradisional Negeri Pahang

Merujuk perkara di atas, saya Noorizan Binti Mohamad Jabar pemilik Restoran Ratu Rasa
berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan untuk memberi kelulusan dan kebenaran
untuk menyewa tapak serta bangunan yang terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar
iaitu yang merupakan tapak lama Restoran Sentosa.

2. Tujuan saya adalah untuk memperkembangkan lagi perniagaan saya yang berasaskan
Masakan Tradisional Negeri Pahang dan secara tidak langsung dapat membantu mempromosi
makanan serta kebudayaan tradisional Pahang dengan memperkenalkannya kepada pelawat
serta pelancong yang datang ke daerah Raub.

3. Sekiranya saya dapat menyewa tapak tersebut, saya akan mempelbagaikan aktiviti
kebudayaan seperti persembahan tarian, permainan rakyat,serta pameran barangan tradisional
masyarakat Melayu khususnya kerana kawasan sekitar tapak adalah luas serta strategik untuk
menjadi kawasan tumpuan pelancong.

Akhir kata, semoga permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya
darpada pihak Tuan kerana perkara ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
industri pelancongan di daerah Raub. Kerjasama dan perhatian Tuan diucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian,

Yang benar,

…………………………..
(Noorizan Binti Mohamad Jabar)
Pemilik Restoran Ratu Rasa.

Anda mungkin juga menyukai