Anda di halaman 1dari 2

En.Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff (770927035649) No.

322, Jalan Sentosa 3/3, Taman Sentosa , 81000 Kulaijaya, JOHOR DARUL TAKZIM Kepada; Pengarah, FAMA Negeri Johor, Pejabat FAMA Negeri Johor, Peti Surat 24, Susur 6, KM 8, Jalan Tun Abdul Razak, 80700 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM 18th Oktober 2009 Tuan, PERMOHONAN TAPAK JUALAN PROMOSI DI PASAR BANDAR PUTRA, KULAI Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti nama diatas berminat untuk memohon tapak jualan promosi di Pasar Tani Bandar Putra, Kulai. Produk yang saya akan pasarkan ialah pakaian dan aksesori wanita.Sehubungan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membenarkan saya mengembangkan jualan produk tersebut memandangkan potensi pasaran dan jualan di tapak berkenaan sangat memberangsangkan. Saya bersedia mengikuti syarat dan program yang ditetapkan oleh pihak tuan dalam membantu memasarkan produk saya. Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian pihak tuan berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ............................................. (Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff) 770927035649 Tel : 0179151749

En Hilman bin Muhamad, (771113036241) No. 26, Jalan Sentosa 10, Taman Sri Sentosa 2, 81000 Kulaijaya, JOHOR DARUL TAKZIM Kepada; Pengarah, FAMA Negeri Johor, Pejabat FAMA Negeri Johor, Peti Surat 24, Susur 6, KM 8, Jalan Tun Abdul Razak, 80700 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM 19 Jun 2009 Tuan, PERMOHONAN MENYAMBUNG TEMPOH JUALAN PROMOSI DI PASAR TANI INDAHPURA, KULAI Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti nama diatas adalah peserta jualan promosi pasar tani Indahpura Kulai, yang akan berakhir pada 28 Jun 2009. Produk yang saya akan pasarkan ialah komoditi Perencah Mee Bandung Muar, Perencah Soto Muar, Perencah Mee Rebus dan Perencah Kari. Sehubungan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membenarkan saya menyambung tempoh promosi jualan produk tersebut memandangkan potensi pasaran dan jualan di tapak berkenaan sangat memberangsangkan. Saya bersedia mengikuti syarat dan program yang ditetapkan oleh pihak tuan dalam membantu memasarkan produk saya. Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian pihak tuan berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ............................................. (HILMAN BIN MUHAMAD) 7711103036241 Tel : 0177591105

Anda mungkin juga menyukai