Anda di halaman 1dari 15

Alamat:

No 793 Tingkat Bawah,


Lorong Sejati 10,
Taman Sejati,
32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: +6 011 11103677

Laman Web: http://www.alveena.my


Facebook Page: https://www.facebook.com/alveenastation
Email: alveena.ent@gmail.com
KANDUNGAN PROFAIL
KATA ALUAN PENASIHAT ................................................................................................................................................... 3
DARI MEJA PENGURUS OPERASI........................................................................................................................................ 4
TENTANG KAMI .................................................................................................................................................................. 5
LATAR BELAKANG .......................................................................................................................................................... 5
OBJEKTIF ........................................................................................................................................................................ 5
WAWASAN PERNIAGAAN .................................................................................................................................................. 6
VISI ................................................................................................................................................................................. 6
MISI ................................................................................................................................................................................ 6
MOTTO PERNIAGAAN .................................................................................................................................................... 6
BUTIRAN PERNIAGAAN ...................................................................................................................................................... 7
SENARAI KAKITANGAN....................................................................................................................................................... 8
CARTA ORGANISASI ........................................................................................................................................................... 9
PRODUK MAKANAN ......................................................................................................................................................... 10
Perkhidmatan Yang Ditawarkan .................................................................................................................................. 11
UNIT DAGANG & PEMASARAN ........................................................................................................................................ 12
PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN ...................................................................................... 12
......................................................................................................................................................................................... 12
STRATEGI PERNIAGAAN ................................................................................................................................................... 12
Strategi Pertama - “Differentiation” ............................................................................................................................ 13
Strategi Kedua - “Cost Leadership”.............................................................................................................................. 13
RAKAN STRATEGIK ........................................................................................................................................................... 14
PENUTUP.......................................................................................................................................................................... 15
FALSAFAH PERNIAGAAN .............................................................................................................................................. 15
i) Sosial .............................................................................................................................................................. 15
ii) Ekonomi .......................................................................................................................................................... 15
iii) Budaya ........................................................................................................................................................ 15
KATA ALUAN PENASIHAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengusaha Muda di
atas kegigihan dan kesungguhan dalam meningkatkan perniagaan untuk terus maju dan sentiasa
berdaya saing.

Pengalaman saya sepanjang berkecimpung di dalam dunia pekerjaan dan perniagaan selama lebih
kurang 20 tahun ini diharap dapat membantu beliau melangkah ke arah yang lebih tinggi. Disertakan
dengan pengalaman saya menerajui beberapa pertubuhan bukan kerajaan maka saya yakin
perniagaan yang ini juga mampu muncul sebagai antara usahanita terbaik suatu hari nanti.

Perniagaan yang dijalankan ini berasaskan makanan dan juga Teknologi Maklumat telah
menyakinkan saya bahawa beliau berada di landasan yang betul dan tepat untuk mengecapi
kejayaan. Ini kerana industri yang diceburi merupakan industri yang amat berdaya saing dan
pulangan yang bakal diperolehi adalah cukup baik. Pengalaman saya sendiri di dalam bidang
Teknologi Maklumat ini amat mengujakan apatah lagi saya sendiri telah menyaksikan bagaimana
teknologi yang digunapakai di luar Negara dalam pengurusan perniagaan ini mampu memberikan
pulangan yang lumayan kepada para pengusaha.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada golongan muda yang ingin menggembleng tenaga di
dalam industri yang sangat diperlukan di negara ini

Akhir kata, saya amat berbesar hati untuk sama-sama menyumbang idea dan pendapat dalam
memajukan perniagaan ini. Dengan harapan agar ianya benar-benar mampu menjadi wadah
perjuangan ekonomi untuk orang-orang Melayu – Islam di negara ini terutamanya untuk generasi
muda agar dapat bersatu membina ekonomi bersama.

Sekian, Terima Kasih

AZMI MURID
Penasihat Korporat

3
DARI MEJA PENGURUS OPERASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat terus berkembang dan menukilkan sedikit perjalanan
perniagaan saya ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang membantu saya dengan begitu gigih dan kesungguhan dalam memastikan perniagaan
ini terus maju dan berdaya saing.

Sudah tiba masanya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bersifat tradisional perlu ditransformasikan
kepada aktiviti-aktiviti perniagaan baru yang lebih luas pasarannya, releven dengan keadaan
semasa,berisiko rendah dan mendatangkan pulangan yang tinggi. Sektor Makanan dan Teknologi
Maklumat misalnya, amat wajar diterokai kerana masih kurang Bumiputera terlibat dalam bidangkan
ini sedangkan ianya menjadi satu keperluan dalam dunia kehidupan masa kini.

Perniagaan saya bermula pada tahun 2015 secara kecil-kecilan dari rumah ke pasar-pasar. Selepas
itu, pada tahun 2018 saya telah membuka sebuah kedai di kawasan Titi Gantung dan kemudian
berkongsi kedai di kawasan Bandar Baru Teluk Intan Perak.

Kini saya telah membuka kedai sendiri di Taman Sejati Sitiawan Perak dalam usaha membangunkan
perniagaan berasaskan industri makanan dan teknologi maklumat. Semoga usaha ini menyumbang
kepada pembangunan dan kemajuan yang lebih baik di masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

NORFARAHIMA ALI
Pengusaha

4
TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG

Fara Alveena Enterprise, atau lebih dikenali sebagai Alveena Station, adalah sebuah perniagaan
berdaftar yang ditubuhkan semula pada 22 Jun 2020 dengan tujuan untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi keluarga mengikut prinsip-prinsip perniagaan.

Sejak ditubuhkan, Fara Alveena Enterprise telah melalui beberapa proses percubaan untuk mencari
dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhannya.

Selama hampir 8 tahun usia perniagaannya, kini Fara Alveena Enterprise mula mengorak langkah
untuk memajukan aktiviti perniagaan di dalam industri Teknologi Maklumat pula. Ini bersesuaian
dengan perubahan serta peredaran masa danperniagaan itu sendiri iaitu menjalankan aktiviti
perniagaan berasaskan Perkhidmatan dan Peruncitan.

Berbekalankan pengalaman sendiri dan dari Penasihat perniagaan yang juga merupakan usahawan
tempatan diharap dapat menyuntik nafas baru dan terus memacu Fara Alveena Enterprise ke tahap
yang lebih baik.

OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan FARA ALVEENA ENTERPRISE ialah untuk mengembeling modal dan
tenaga bagi memenuhi keperluan keluarga dan meningkatkan taraf sosial ekonomi. Objektif
penubuhan perniagaan ini juga bermatlamat untuk mewujudkan peluang pekerjaan setempat. Bagi
memaksimumkan pulangan, perniagaan ini telah mempelbagaikan aktiviti. Ini termasuklah dengan
menceburi perniagaan bidang Teknologi Maklumat dan Hartanah. Aktiviti yang berkaitan dengan
kebajikan anggota turut diberi penekanan.

Objektif Perniagaan dapat diringkaskan seperti berikut :-

- Memenuhi permintaan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut citarasa serta
kehendak pelanggan.
- Memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan dan pengedar kami.
- Menyediakan perkhidmatan dan komunikasi yang profesional dalam perniagaan.
- Menjadi salah satu pengeluar utama kek dan lain-lain lagi bagi memenuhi kepuasan
pelanggan tempatan dan antarabangsa.
- Mengeluarkan produk yang memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur dan sesuai mengikut
citarasa setempat.

5
WAWASAN PERNIAGAAN

VISI

Menjadikan FARA ALVEENA ENTERPRISE antara perniagaan yang maju dan terbaik di Negeri
Perak dan Malaysia dengan menekankan kepada memenuhi keperluan dan matlamat perniagaan
berasaskan prinsip–prinsip dan nilai–nilai islam.

FARA ALVEENA ENTERPRISE berhasrat menjadi sebuah perniagaan yang berasaskan makanan
dan Teknologi Maklumat untuk memajukan kesejahteraan kakitangan khususnya dan masyarakat
umumnya. Dengan pengelolaan organisasi serta usaha berdikari, terbuka, kukuh, berkembang,
profesional dan diyakini sehingga mampu mengembangkan usaha perpaduan ummah dan jatidiri
yang di dalamnya memupuk semangat secara adil serta berperanan sebagai gerakan perniagaan
untuk menyumbang kepada faktor perekonomian setempat serta peringkat nasional melalui
Ekonomi Rakyat dalam rangka mewujudkan masyarakat yang maju, adil dan makmur.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua tanpa ada pilih kasih dan kompromi
dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan.

Visi dan Misi telah diperhalusi dengan terperinci. Semuanya adalah sia-sia tanpa sokongan perilaku
yang bersesuaian iaitu dengan mengamalkan budaya yang positif. Kami percaya dengan
mengamalkan sifat-sifat berikut serta nilai dan sikap yang positif, kami akan sama-sama mencapai
matlamat perniagaan :-

- Pemikiran Berkualiti
- Berlandaskan Keputusan
- Kepimpinan
- Profesionalisme
- Mengutamakan Pelanggan
- Komunikasi
- Kerja Berpasukan

SLOGAN PERNIAGAAN

“Merentasi pengalaman norma baru perkhidmatan ..”

6
BUTIRAN PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Fara Alveena Enterprise

Nombor Pendaftaran : 201903127060 (IP0522320-H)

Tarikh Pendaftaran : 22 Jun 2020

Alamat Berdaftar : Jalan Semangat 3, Kampung Semangat Titi Gantung,

32600 Bota Perak

Alamat Perniagaan : No 793 Tingkat Bawah,

Lorong 10, Taman Sejati

32000 Sitiawan Perak

Bank : Ambank Malaysia Berhad,

8881035365020 / Akaun Semasa

No 79, Jalan Besar,

Taman Desa Jaya, 32400 Ayer Tawar, Perak

7
SENARAI KAKITANGAN

Penasihat : Azmi bin Murid


Email : azmimu@gmail.com

Pengurus Operasi : Norfarahima binti Ali


Email : alveena.ent@gmail.com

Pentadbiran : Normah binti Alias


Email : norjulie.alias@gmail.com

Kewangan : Qistina Jazlin binti Azmi


Email : qistinajazlin36@gmail.com

Teknikal : Putra Daniel bin Azmi


Email : ptradniel9898@gmail.com

Information Technology : Putra Danish bin Azmi


Email : ptradnsh80@gmail.com

Procurement : Muhammad Zulfikri Zulkarnian


Email : zulkifli.zulkarnian@gmail.com

Material Control : Nur Fajrina Marini binti Azmi


Email : manjarynaismi@gmail.com

Marketing : Qarlina Irene binti Azmi


Email : qistinajazlin36@gmail.com

Management Trainee : Dharmila a/p Vnegkateswara


Email : vdharmilar@gmail.com

8
CARTA ORGANISASI

PENASIHAT
AZMI BIN MURID

PENGURUS OPERASI
NORFARAHIMA BINTI ALI

PENTADBIRAN KEWANGAN
NORMAH BINTI ALIAS QISTINA JAZLIN BINTI AZMI

KAKITANGAN

PUTRA DANISH MUHAMMAD ZULKIFLI PUTRA DANIEL

DHAMILA NUR FAJRINA MARINI QARLINA IRENE

9
PRODUK MAKANAN

Fara Alveena Enterprise memulakan perniagaan sebagai pengedar kek dan kerepek keluarga
yang agak kecil. Dengan usaha secara bersendirian pada mulanya, banyak produk dihasilkan
secara manual. Memulakan perniagaan dengan membekalkan kek, roti, pastri, dan beberapa
lagi di Dearah Perak Tengah ini.

Hari ini, Fara Alveena Enterprise memiliki sebuah kedai sendiri yang agak besar namun ia
tetap dikendalikan oleh keluarga. Rangkaian produk kami telah dipelbagaikan dan diperluas
untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat. Fara Alveena Enterprise kini
menghasilkan hamper seribu jenis barangan kek, kerepek, bouquet, patung cenderahati dan
banyak lagi.

Visi kami adalah untuk menyediakan portfolio produk berkualiti tinggi yang terus meningkat di
pasaran, sambil mengekalkan kepuasan pelanggan yang sangat baik dalam setiap interaksi.
Asas produk kami yang pelbagai dan tumpuan kami terhadap perkhidmatan pelanggan yang
unggul telah menjadikan Fara Alveena Enterprise sebagai pusat sehenti yang
membanggakan kepada pelbagai pelanggan.

Pangkalan pelanggan kami terus berkembang dan berkisar dari pasar pagi dan malam, kedai
kopi dan kedai makanan, penyedia perkhidmatan perkahwinan, penghantar hadiah harijadi
dan perniagaan berprofil tinggi sekitar daerah ini.

Pasukan pekerja kami yang sangat terlatih dan armada kenderaan yang kami kenali
memastikan bahawa semua barang dihasilkan dan diedarkan segar kepada pelanggan kami.

Fara Alveena Enterprise berusaha untuk terus maju dalam persaingan dan pasukan
penyelidikan dan pengembangan kami terus berusaha dan berinovasi untuk membawa
produk baru ke serata negeri ini.

10
Perkhidmatan Yang Ditawarkan

- Penghantaran ke rumah-rumah

- Pakej hadiah harijadi

- Perkhidmatan aturcara Majlis keraian

- Latihan praktikal dan amali

- Tempahan khas

11
UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu
memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan ini. Dalam masa yang sama, unit ini
akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut
kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Fara Alveena Enterprise.

Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Telefon Pintar, Laptop
dan Komputer. Ini termasuk Perkhidmatan membaiki telefon dan laptop. Selain itu, terdapat juga
barangan-barangan aksesori telefon dan computer dijual.

PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN

QF Gadjet Café (kedai serbaneka menjual barangan telefon dan komputer)


Iphone (Diperbaharui) – Refurbished Iphone
Komputer Riba Diperbaharui (Refurbished Laptop)
Kabel pengecas telefon (Charger Cable)
Alat Pendengar Telinga (Earphone)
Penyimpan Kuasa (Powerbank)
Pemegang Telefon bimbit (Phone Holder)
Pelindung Skrin (Screen Protector)
Pembesar Suara Bluetooth (Bluetooth Speaker)
Dan banyak lagi gajet-gajet bagi peralatan telefon dan laptop.

12
STRATEGI PERNIAGAAN

Aktiviti utama di Fara Alveena Enterprise ialah Makanan dan Teknologi Maklumat. Mesyuarat
Lembaga Pengurusan dan Penasihat telah memutuskan konsep strategi perniagaan “Competitive
Advantage” diguna pakai sebelum merancang dan memulakan apa-apa aktiviti perniagaan.

Asas strategi “Competitive Advantage” menyarankan dalam bidang perniagaan yang diceburi, Fara
Alveena Enterprise hendaklah memastikan perniagaan ini mempunyai kelebihan berbanding
pesaing yang lain dalam banyak aspek.

Pihak Pengurusan menggariskan strategi-strategi perniagaan yang berikut bagi semua aktiviti-
aktiviti perniagaannya:

1. Strategi Pertama - “Differentiation”

2. Strategi Kedua - “Cost Leadership”

3. Strategi Ketiga - “Strategic Alliance” atau Rakan Niaga Strategik

Strategi Pertama - “Differentiation”

Kelangsungan Fara Alveena Enterprise dalam perniagaan, bergantung penuh kepada strategi
“differentiation”. “Differentiation” ialah apabila perniagaan ini mampu menghasilkan produk yang
berbeza, unik dan berkelebihan berbanding pesaing lain. Hanya dengan strategi ini, Fara Alveena
Enterprise mampu menghasilkan produk dengan nilai tambah (“Value Added Product”) dan
seterusnya menjual dengan harga yang premium berbanding pesaing.

Strategi Kedua - “Cost Leadership”

“Cost Leadership” ialah apabila Fara Alveena Enterprise mampu menjalankan operasi perniagaan
dengan kos yang kompetitif dan rendah berbanding pesaing dan pasaran. Ini akan meningkatkan
margin keuntungan. Untuk mencapai satu tahap operasi yang efisien, kompetitif dan mampu
bersaing secara terbuka dipasaran, sesuatu operasi perniagaan itu kebiasannya perlu cekap dan
berskala besar (economic of scale). Fara Alveena Enterprise sebagai sebuah perniagaan,
menyasarkan pemilikan modal sendiri.

13
RAKAN STRATEGIK

Demi memastikan kejayaan perniagaan, maka Fara Alveena Enterprise telah memilih beberapa
rakan strategik perniagaan berdasarkan pengalaman perniagaan, daya saing yang tinggi dan
mampu membantu perniagaan ini menjadi sebuah entiti perniagaan yang lebih maju.

QIST EMPIRE RESOURCES


- Pembekal peralatan elektronik

KIAMBANG MEWAH SDN BHD


- Pembekal peralatan laptop dan komputer

IMIKA EMPIRE SDN BHD


- Pembekal peralatan telefon dan gajet

ASALJAYA SDN BHD


- Perunding perniagaan

AFFLUENT VISTA RESOURCES


- Penyedia Perkhidmatan ICT

TRI-C MARKETING
- Penyedia Perkhidmatan pengiklanan

14
PENUTUP

FALSAFAH PERNIAGAAN

Penubuhan Fara Alveena Enterprise bertujuan mewujudkan kerjasama melalui keadilan sosial dan ekonomi
dengan menghapuskan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Kerjasama
dilihat dari aspek:

i) Sosial – perniagaan bertujuan membentuk persekitaran yang lebih baik supaya kakitangan
mencapai kepuasan dalam kerjaya. Persekitaran yang lebih baik dapat dicapai apabila perniagaan
memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, menyediakan peluang dan memberi
pendidikan kepada kakitangannya, menjaga kesihatan, kebajikan dan perlindungan kakitangan
dan memastikan kakitangannya bergabung dan mengamalkan nilai serta etika yang baik supaya
perpaduan yang kukuh dan harmoni dapat dicapai.

ii) Ekonomi – perniagaan bertujuan membantu semua kakitangan menikmati kehidupan yang lebih
selesa. Kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan dan usaha yang dilaksanakan bagi
memenuhi setiap keperluan bersama dapat mengurangkan beban kehidupan mereka seperti
perkhidmatan perbankan/kredit, kepenggunaan, perumahan, perusahaan, perindustrian dan
sebagainya.

iii) Budaya – perniagaan bertujuan membina jati diri masyarakat yang bersatu dan harmoni mengikut
nilai dan etika yang boleh diterima pakai oleh kakitangannya. Antara kegiatan yang sesuai
dilaksanakan adalah seperti bekerjasama, menyambut bersama perayaan dan sebagainya. Selain
itu ianya turut menanam budaya positif yang lain seperti budaya membaca, budaya IT,
menghormati waktu, berwawasan dan berkeusahawanan.

TERIMA KASIH
Dari kami

Pengurusan dan Pentadbiran


FARA ALVEENA ENTERPRISE

15

Anda mungkin juga menyukai