Anda di halaman 1dari 6

Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV

18 - 21 November 2019
MAKLUMAN KEPADA PEGAWAI PEMANTAU :

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Pemantau:-

1. Bertindak sebagai KETUA URUSETIA peperiksaan akhir di PBC.

2. Memastikan PPL menjalankan tugas dengan betul.

3. Memastikan PBC memberikan kerjasama yang baik sepanjang peperiksaan akhir.

4. Sebagai Pakar Rujuk dan pemudah cara sekiranya terdapat permasalahan di antara
PPL dan PBC. Mohon di baca semua peranan dan tugasan PPL dan tatacara Penilaian
Akhir.

5. Melaporkan kepada Urusetia Induk JPK sekiranya terdapat sebarang permasalahan di


PBC.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAN KEPADA PPL :

Peranan dan Tanggungjawab PPL:-

1. Bertindak sebagai KETUA PENGAWAS peperiksaan akhir di Pusat Bertauliah Cawangan


(PBC).

2. Menyemak Minit Mesyuarat TAC berkaitan penggubalan, pemilihan dan pengesahan


soalan peperiksaan akhir semasa lawatan.

3. Mengetuai proses semakan dan pemeriksaan kertas jawapan untuk teori dan menilai
hasil kerja praktikal bagi Peperiksaan Tahap 3 dengan bantuan Pengawas yang
bertugas.

4. Mengesahkan Portfolio pelajar merangkumi Tahap 1, 2 & 3 serta Core Abilites. Sila
semak setiap bukti keterampilan yang dilampirkan mengikut modul merangkumi
Penilaian Teori & Amali. Semak nilai markah kerja kursus bagi setiap tahap mengikut
penilaian pengetahuan dan preastasi yang telah dilaksanakan.

5. Mengesahkan keputusan Penilaian Akhir bagi Tahap 2 yang telah dilaksanakan secara
dalaman oleh PBC.
Nota : Sila semak semula markah yang dicatatkan dan hendaklah mengikut
peratus markah lulus minimum yang ditetapkan JPK seperti Jadual 1.

6. Mengisi dan mengesahkan keputusan yang diperolehi calon pada Sistem Kredit
Kemahiran Malaysia (SKKM) secara atas talian. Walaubagaimanapun, borang T1003
manual perlu di isi markah pelatih bagi tujuan rujukan PPL dan PB sebelum
memasukkan markah pelatih di atas talian SKKM.

7. Bagi pelatih program Single Tier Mengikut Tahap dan Belum Terampil Tahap 3
tetapi pelatih ini Terampil pada Tahap 2, pelatih boleh memohon kepada PPL untuk
dipersijilkan dengan penurunan tahap. PPL hendaklah mengisi dan mengesahkan
markah pelatih ini menggunakan Borang (JPK/P6(T1003)-T2T3) secara manual
untuk Tahap 2 bagi permohonan pengeluaran sijil.Di SKKM pelatih ini BELUM
TERAMPIL Tahap 3. Keputusan penurunan Tahap lebih rendah buat masa ini tidak
dapat direkodkan secara atas talian SKKM. Pelatih yang memohon penurunan
tahap tidak lagi layak untuk melakukan ulang nilai tahap tinggi yang telah
gagal sebelum ini.
Page 1 of 6
Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV
18 - 21 November 2019

Nota : Pada keputusan yang menggunakan borang T1003 secara manual, sila
pastikan hanya 1 salinan asal (master copy) sahaja yang ditandatangani dan
sekiranya PBC ingin membuat salinan kedua, hanya perlu membuat fotostat pada
salinan asal sahaja.

8. Bagi pelatih program Single Tier Tidak Mengikut Tahap dan program Multi Tier
Tahap 3, sekiranya Belum Terampil Tahap 3, Pelatih ini tidak layak untuk
dipersijilkan kepada tahap yang lebih rendah. Pelatih ini hanya layak untuk memohon
ulang nilai tahap yang gagal untuk mendapatkan persijilan.

9. Ulang nilai boleh dijalankan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh Peperiksaan pertama
dijalankan.

10. Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan sebagai PPL berdasarkan arahan yang
ditetapkan oleh JPK dari masa ke masa (jika ada).

NOTA :
PPL perlu uruskan masa mengikut kesesuaian bagi menyemak setiap komponen
penilaian yang merangkumi Penilaian Akhir Teori , Penilaian Akhir Amali, Semakan
Portfolio dari Tahap 1,2 & 3

Skop Tugas PPL - PPL hendaklah memastikan bahawa:-

a) Semak Semua Pegawai Pengesah Dalaman dan Pegawai Penilai hendaklah hadir di
Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) sepanjang lawatan tersebut.

b) Satu mesyuarat di antara Pegawai Pengesah Luaran (P PL) dengan semua Pegawai
Penilai (PP) serta Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) yang berkaitan diadakan
sebelum aktiviti selanjutnya merangkumi perkara-perkara berikut :

i. Penyusunan Jadual Minggu Peperiksaan bagi proses lawatan pengesahan


portfolio dan lawatan pengawasan merangkumi Peperiksaan Akhir Teori,
dan Peperiksaan Akhir Amali.
ii. Pembahagian dan skop tugas semua Pegawai yang dilantik bagi sesi Minggu
Peperiksaan yang terdiri daripada Pengawas, Pembantu Pengawas dan lain-lain.
iii. Mendapatkan maklumat awal berkaitan status terkini pelajar-pelajar yang akan
menduduki Peperiksaan Akhir.

c) Mengetuai sesi Peperiksaan Akhir Teori & Amali bagi Tahap 3 dengan bantuan
Pengawas yang dilantik. Pastikan semua persediaan telah lengkap dan tersedia untuk
dijalankan. Rujuk formula dan Jadual 1 bagi membuat pengiraan markah
berdasarkan peratusan yang ditetapkan oleh JPK.

NOTA :
i. Soalan Teori dan Amali telah disediakan dan disahkan dari Pentadbir Induk BPTV.
ii. Pastikan soalan dicetak dan mencukupi mengikut bilangan pelajar.
iii. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kesalahan soalan, PPL perlu
maklumkan kepada Pegawai Pemantau dengan kadar segera untuk
diselaraskan.
iv. Pastikan markah peperiksaan direkodkan mengikut peratusan yang ditetapkan
JPK.

Page 2 of 6
Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV
18 - 21 November 2019

v. Ulang Nilai (Teori dan Amali) boleh dijalankan sekiranya pelajar gagal dan
set soalan kedua telah disediakan. Aturan untuk Ulang nilai merujuk kepada
PBC masing-masing.

Contoh Pengiraan Markah Peperiksaan Akhir : Formula Pengiraan Markah Purata


Peperiksaan Akhir Tahap 2 & 3 :

1. Markah Peperiksaan Akhir (Teori) :

Jumlah markah keseluruhan teori yang diperolehi x 20%


Jumlah bilangan modul (kertas peperiksaan teori)

Contoh Pengiraan :
Markah keseluruhan yang diperolehi =650
Jumlah bilangan modul (kertas peperiksaan teori) = 8

650 X 20 % = 16.25
8

2. Markah Peperiksaan Akhir (Amali) :

Jumlah markah keseluruhan amali yang diperolehi x 40 %


Jumlah bilangan modul (kertas peperiksaan amali)

Contoh Pengiraan :
Markah keseluruhan yang diperolehi = 738
Jumlah bilangan modul (kertas peperiksaan amali) = 8

738 X 40 % = 36.9
8

Panduan Peratus JPK :

Jadual 1 : PENILAIAN SKM TAHAP 2 & 3


Komponen Penilaian % Lulus % Lulus Skor
Bil.
Maksimum Minimum
1 Kerja Kursus Teori 15 7.5 Lulus
Praktikal 25 12.5 Lulus
2 Peperiksaan Akhir Teori 20 15 Lulus

Praktikal 40 25 Lulus

MARKAH LULUS (100%) 60 LULUS

NOTA :
i. Pastikan setiap modul mengandungi bukti keterampilan (Penilaian Teori dan
Penilaian Amali). PPL perlu menemuduga pelajar mengikut kesesuaian semasa
menyemak dan mengesahkan Portfolio.
ii. Rujuk Matriks Pemetaan dan Training Pathway yang disediakan bagi
mengenalpasti modul-modul KSKV sepadan dengan NOSS.
iii. Sila semak markah kerja kursus yang direkodkan pada borang pemarkahan
kerja kursus yang disediakan PBC atau melalui sistem KV.

Page 3 of 6
Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV
18 - 21 November 2019

iv. Bagi kerja kursus disemak dengan memastikan setiap markah penilaian teori &
amali di dalam Portfolio yang dilampirkan dikira dengan betul.
v. Sila semak tempoh latihan amali yang dijalankan di premis luar itu mencukupi
mengikut modul-modul dan bukti penilaian amali disertakan di dalam Portfolio
sebagai bukti latihan telah dilaksanakan.
vi. Kertas Tugasan dan Kertas Kerja tidak boleh dijadikan sebagai bukti
keterampilan.
vii. Setiap Penilaian Teori dan Amali hendaklah disahkan semula oleh PP & PPD
merujuk kepada tarikh mula pentauliahan hinggalah sebelum tarikh sesi
verifikasi PPL.
viii. Portfolio Core Abilities adalah merujuk panduan terkini Core Abilities.

KELULUSAN KHAS :
i. Susunan Portfolio adalah mengikut susunan yang ditetapkan oleh BPTV dan
setiap komponen bukti penilaian hendaklah lengkap bagi semua modul.
ii. Penilaian Teori & Amali (Kerja kursus) yang terdahulu (sebelum tarikh kelulusan
pentauliahan) hendaklah disahkan semula oleh PP yang dilantik bermula dari
tarikh kelulusan pentauliahan program sehingga tarikh sebelum lawatan PPL.

d) Menyemak markah Peperiksaan Akhir bagi Tahap 2 sebagimana yang direkodkan di


dalam Borang atau Sistem yang disediakan oleh KV. Rujuk cara pengiraan
seperti dibawah dengan menyemak Kertas Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) mengikut modul. (Bagi Tahap 2 = Tahun 2 ; Tahap 3 = Tahun3 )

KELULUSAN KHAS :

Markah Peperiksaan Akhir Tahap 2 dikira berdasarkan kepada nilai markah purata
Peperiksaan Akhir Semester (merujuk kepada markah Peperiksaan Akhir dibawah
Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan peratusan permakahan lulus hendaklah
merujuk kepada peratus markah JPK (rujuk formula di atas).

e) Sebarang pindaan tarikh, masa lawatan dan pelatih adalah tidak dibenarkan.

f) Memastikan semua pelatih hadir semasa lawatan. Pelatih yang tidak hadir
keseluruhan penilaian akhir dikira gagal penilaian dan tidak boleh dipersijilkan pada
mana-mana tahap.

g) Semua pelatih yang terlibat dengan verifikasi perlu ditetapkan keputusan sama
ada terampil atau belum terampil di SKKM secara atas talian untuk tahap 3 sahaja.

Page 4 of 6
Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV
18 - 21 November 2019

h) Satu sesi Mesyuarat Penutup hendaklah diadakan bagi memaklumkan


kepada Pengurusan PBC berkaitan dapatan dan penemuan sepanjang sesi
Verifikasi dijalankan.

i) Setiap penemuan dan ketidakpatuhan (sekiranya ada) sepanjang sesi verifikasi


ini berjalan, hendaklah dinyatakan di dalam Laporan PPL.

** Senarai skop tugas ini adalah sebahagian daripada senarai tugas PPL
sahaja. PPL masih lagi bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas
sedia ada lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPK.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Pemantau JPK atau Urusetia Induk JPK
dengan kadar segera.

Urusetia Induk JPK:

BIL NAMA NO. TELEFON EMEL


1. En. Mohamad Aizuddin bin 03-8886 2430 mdaizudin@mohr.gov.my
Sa'edon
2. Cik Fazlynda Bt Abdul 03-8886 5487 fazlynda@mohr.gov.my
Halim
3. En. Mohd Ariff Bin Abdul 03-8886 5412 Mohdariff.abd@mohr.gov.my
Ghani
4. En. Uda Hamdan bin Abd 03-8886 5461 udahamdan@mohr.gov.my
Rahim

Kemaskini : 31 Oktober 2019

Page 5 of 6
Nota Pegawai Pemantau & PPL semasa Peperiksaan Akhir di 80 KV
18 - 21 November 2019

LARANGAN KEPADA PPL :

a) Berketerampilan bersesuaian dan sopan (Pakaian).

b) Lewat menghadiri sesi lawatan.

c) Bertengkar/berdebat/merendahkan tugas/usaha personel PBC (Memadai membuat


laporan secara bertulis kepada JPK).

d) Sebarang tindakan yang boleh merendahkan integriti PPL & JPK.

e) Sebarang tindakan yang di luar dari peranan dan tanggungjawab PPL.

f) Memberi pendapat/pandangan yang bertentangan dengan keputusan JPK.

g) Mengambil sebarang dokumen pengajaran & pembelajaran atau apa-apa dokumen


berkaitan daripada PBC sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy.

h) Membuat keputusan yang melanggar kriteria dan peraturan SPKM tanpa merujuk
kepada JPK terlebih dahulu.

i) Mengeluar dan menyebarkan kenyataan yang akan menjatuhkan imej JPK dan juga
PBC.

Page 6 of 6

Anda mungkin juga menyukai