Anda di halaman 1dari 2

ADAB BERJIRAN

Di dalam kehidupan
Kita saling memerlukan
Ada yang bergembira
Dan tak kurang yang berduka
Tapi semua itu,adalah ujian dari Allah
Bersangka baiklah,pastinya ada hikmah disebaliknya.

Adab berjiran itu,


Bagai aur dan tebing
Mawaddah persaudaraan
Hubungan erat terjalin
Di sekeliling kita pastinya ramai jiran tetangga
Sapalah dengan sapaan mesra itu yg terbaik

Ikutilah pesan baginda kepada Fatimah


Pilihlah jiran sebelum mendirikan rumah
Betapa pentingnya dalam berukun
Betapa indahnya ukhuwah fillah
Berkasih sayang kerana Allah dan juga rasulNya.

Bersedekah dlm senang


Buat mereka yg memerlukan
Beriadah di masa lapang
Mengeratkan silaturahim

Yang berat sama dipikul


Yang ringan sama dijinjing
Indahnya peribahasa kita
Ayuhlah dibudayakan

Ada ketikanya jiran sakit


Ziarahilah mereka
Tanda ukhuwah kerana Allah
Hidup dalam bermasyarakat
Haruslah bantu membantu
Hapuskan hasad dengki dan keegoan diri

Ayuhlah kawanku marilah bersamaku


Kita amalkan adab dan sopan santun
Pasti bahagia terasa di sukma dan di jiwa
Muhibbahnya suasana harmoni dan gembira
Jagalah perhubungan sesama manusia
Dan jagalah ibadah kita terhadap Allah
Kerana itu kunci kebahagiaan dunia akhirat
Jagalah ia peliharalah
Hikmah dalam berjiran

Salam sejahtera buatmu..

Anda mungkin juga menyukai