Anda di halaman 1dari 4

(https://pusatislam.unimap.edu.

my/v2)
Select Language ▼

(/v2/index.php/en/) (/v2/index.php/en/pusat-islam) (/v2/index.php/en/unit-unit)


HOME ABOUT US UNITS

(/v2/index.php/en/hadhanah) (/v2/index.php/en/takwim/month.calendar/2018/08/22/-)
HADHANAH TAKWIM

(/v2/index.php/en/muat-turun) (/v2/index.php/en/hubungi-kami)
DOWNLOAD CONTACT US

(/v2/index.php/en/peta-laman) (/v2/index.php/en/ms-iso-9001-2015)
SITEMAP MS ISO 9001 2015

ANNOUNCEMENT
Cik Khairina: 013-3928803
Ustazah Nurhanisah: 013-4822454

PENYERTAAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN


UniMAP

Hanya 5 Langkah Kebajikan Anda Terjaga.

REFLECTION search...
Pusat Islam UniMAP
2,866 likes

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang PERLIS PRAYER TIMES


menghidupkan Ramadhan dengan penuh Like Page Share
Perlis - MALAYSIA
keimanan dan mengharap pahala,
1439 ‫ ذو اﻟﺤﺠّﺔ‬10 ‫اﻷرﺑﻌﺎء‬
diampunkan baginya dari dosa-dosanya Be the first of your friends to like this
Wednesday Dhul-Hijjah 10 1439
yang telah lalu”. Wednesday August 22 2018

al-Bukhari Subuh 6:02 am

Syuruk 7:13 am

Zohor 1:22 pm

Asar 4:34 pm
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah
penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya: Maghrib 7:31 pm
Isya 8:38 pm
Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti
puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah
ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?
LATEST ACTIVITY
No events
Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:
PENGIKTIRAFAN
MS ISO 9001:2015
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Time remaining

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.


22 Days
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa
21 h : 28 m : 48 s
fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang
fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
sound by (http://www.jfriendly.net) Jbgmusic
‫ﺎم اﻟﺪﱠھْﺮ‬
َ ‫ﺻ‬َ َ‫ﻀﺎنَ ﺛ ُ ﱠﻢ أَﺗْﺒَﻌَﮫُ ﺳِﺘﺎ ﻣِ ْﻦ ﺷ ﱠَﻮا ٍل ﻛَﺎن‬
َ ‫ﺎم َر َﻣ‬
َ ‫ﺻ‬َ ‫َﻣ ْﻦ‬ (http://www.jfriendly.net)

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal
maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun,
maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah
dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid –
www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan
diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun,
pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa
al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua
dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga
mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama
seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk
ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya;
mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini
terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

َ ‫ﻲ ﱠإﻻ ﻓِﻲ‬
( ‫اﻟﺸﻐﻞ ﻣﻦ اﻟﻨﺒﻲ أو ﺑﺎﻟﻨﺒﻲ‬:‫ ﻗﺎل ﯾﺤﯿﻰ‬. َ‫ﺷ ْﻌﺒَﺎن‬ ِ ‫ ﻓَ َﻤﺎ أ َ ْﺳﺘَﻄِ ﯿ ُﻊ أ َ ْن أ َ ْﻗ‬، َ‫ﻀﺎن‬
َ ‫ﻀ‬ ‫ﻋﻠ َ ﱠ‬
َ ‫ﻲ اﻟﺼ ْﱠﻮ ُم ﻣِ ْﻦ َر َﻣ‬ َ ُ‫) ﻛَﺎنَ ﯾَﻜُﻮن‬

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk
melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah
seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah
RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan
Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum
mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal
tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam
Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh
melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam
hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah
lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa
sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah
yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa
enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka
pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya
satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan
Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata:
Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau
menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari
hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud."
[Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan
umum firman Allah Taala:

َ‫ض أ ُ ِﻋﺪﱠتْ ﻟ ِْﻠ ُﻤﺘﱠﻘِﯿﻦ‬


ُ ْ‫ﺴ َﻤ َﺎواتُ َواﻷَر‬ ُ ْ‫ﺎرﻋُﻮا إِﻟَﻰ َﻣ ْﻐﻔ َِﺮةٍ ﻣِ ْﻦ َر ِﺑّ ُﻜ ْﻢ َو َﺟﻨﱠ ٍﺔ ﻋَﺮ‬
‫ﺿ َﮭﺎ اﻟ ﱠ‬ ِ ‫ﺳ‬َ ‫َو‬

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari
Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”
[Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal

Tweet

AL - ULUM ARCHIVE BICARA DAKWAH DEPARTMENT & SCHOOL E-FORM FOOTAGE MUFTI DEPARTMENT ONLINE APP

STATE RELIGIOUS DEPARTMENT UNIVERSITY ISLAMIC CENTER

Garis Panduan Penulisan Majalah Al Ulum (/public_html/v2/ulum/GUIDELINES_FOR_AUTHORS.pdf)

VISITOR ISLAMIC LESSON

3576085
Hari Ini 5645

Kemarin 5907
(http://www.unimap.edu.my/index.php/my/awards)The
spectacular international achievement Minggu Ini 24464
(http://www.unimap.edu.my/index.php/my/awards) Minggu Lepas 43419
of UniMAP. This page collected all the
Bulan Ini 125713
achievements of UniMAP.
Sejak 27 Julai 2011 3576085
 
Online (15 minutes ago):71
71 guests

Your IP:10.0.3.2
Visitor Counter (http://www.zootemplate.com/)

YouTube Slider (http://showlands.com)

(http://mygov.malaysia.gov.my/BM/Pages/default.aspx) (http://www.mscmalaysia.my/)   (http://www.mampu.gov.my/warga-mampu) 

      (http://www.unimap.edu.my)

Security Policy (/v2/index.php/en/2-uncategorised/100-polisi-keselamatan)  |  Privacy Policy (/v2/index.php/en/2-uncategorised/101-dasar-privasi)  |  Disclaimer (/v2/index.php/en/2-


uncategorised/102-penafian)  |  Copyright (/v2/index.php/en/2-uncategorised/103-hakcipta)  |  FAQ (/v2/index.php/en/unit-unit/121-soalan-lazim)|  Support Link (/v2/index.php/en/2-
uncategorised/111-bantuan) | Client Charter (/v2/index.php/en/unit-unit/122-piagampelanggan)

Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis


Pusat Kegiatan Pelajar PPK Mekatronik, Kampus Pauh Putra, 02600 Pauh Putra,  Perlis. MALAYSIA
Tel : +604-988 5371 / +604 979 8008, Faks : +604-988 5336 , E-mail : pusatislam@unimap.edu.my (mailto:pusatislam@unimap.edu.my)

Disclaimer : Pusat Islam UniMAP (/v2/../) in no event will be liable for any loss or damage whatsoever arising from loss of data in connection with the use of this website and consumption of Google
Translate for English and other languages are not accurate.

Best viewed with Mozilla Firefox, Internet Explorer 7 & Google Chrome in 1280 x 800 resolution
Powered by Warp Theme Framework (http://www.yootheme.com)

Anda mungkin juga menyukai